omniture

Masa Depan Pembangunan Hartanah: Country Garden Beralih menjadi Penyedia Gaya Hidup Digital

Country Garden Holdings
2019-07-11 19:58 477

Rancangan kemampanan baharu akan menyaksikan pemaju melanjutkan penggunaan strategi digital bagi meliputi setiap segmen perniagaannya bermula dengan reka bentuk kepada pembinaan, operasi harian dan pengurusan keselamatan.

FOSHAN, China, 11 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Country Garden (HK.02007), sebuah syarikat hartanah Fortune 500 yang disenaraikan di Hong Kong, mengumumkan rancangan untuk meletakkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat teknologi pelbagai yang menghasilkan produk-produk gaya hidup untuk pasaran global. Pengumuman ini dibuat susulan pengeluaran Laporan Kemampanan ke-10 oleh syarikat yang mendedahkan visi, strategi dan amalannya untuk pembangunan mampan masa depan.

Tapak pembinaan pasang siap Country Garden di Shenzhen
Tapak pembinaan pasang siap Country Garden di Shenzhen

Penggunaan rintis robot-robot berkuasa AI oleh syarikat dalam pengurusan hartanah - perniagaan intensif buruh yang berkembang pantas yang perlahan dalam menerima teknologi baharu - menyaksikan Country Garden menjadi peneraju industri dalam kualiti pembinaan dan juga pengurusan komuniti.

"Penggunaan robot akan membolehkan Country Garden menjadi peneraju industri. Kami berpendapat masanya telah tiba untuk membawa industri ini ke tahap seterusnya, dengan menggunakan teknologi baru muncul yang terkini untuk mendorong pembangunan mampan demi masa depan," kata Yeung Kwok Keung, Pengerusi Lembaga Country Garden. "Industri pembinaan ialah salah satu daripada beberapa industri lama milenia. Rancangan mampan kami untuk masa depan akan menyaksikan kami menggunakan teknologi terkini dalam seluruh aspek untuk menjadikan industri ini bersifat moden."

Didorong oleh misi untuk "mewujudkan masyarakat yang lebih baik dengan kehadiran kami," Country Garden telah menyiapkan rangka tindakan untuk membenamkan AI ke dalam pengurusan hartanahnya, dalam khidmat pelanggan dan analisis pejabat belakang. Syarikat akan menerima pakai teknologi baru muncul, seperti IoT, Pengkomputeran Awan dan Pengkomputeran Pinggir buat julung kalinya dalam kesemua segmen perniagaan.

Strategi digital holistik untuk pembangunan hartanah 

Pada tahun 2018, syarikat memperkenalkan robot-robot pintar untuk kempen perekrutan kampus HR, menggunakan sistem berasaskan AI untuk menjalankan temu duga kampus dalam talian. Pasukan sumber manusia berupaya menjimatkan masa dan sumber dengan membolehkan para penemu duga AI menilai sekiranya calon memenuhi keperluan bagi suatu jawatan. Berdasarkan respons lisan calon, ekspresi wajah atau gerak isyarat, sistem AI boleh membuat keputusan dalam beberapa minit. Dalam tahun yang sama, Country Garden meningkatkan bilangan penstriman Hari Terbuka, lalu membolehkan pemilik rumah untuk melihat proses pembangunan hartanah secara jarak jauh.

Kejayaan langkah-langkah ini ke dalam sektor pembangunan digital membawa kepada kesimpulan dalam "Laporan Kemampanan 2018" dan keputusan oleh syarikat untuk mewujudkan strategi digital yang holistik untuk pembangunan yang akan memberi kesan kepada setiap segmen perniagaan. Untuk pemilik hartanah, penerimaan ini bermakna pelancaran robot-robot berkuasa AI yang mampu membersihkan tangga, menyapu, memotong rumput, meronda dan banyak lagi.

Dengan 200,000 kakitangan, termasuk lebih 1,300 pemegang PhD, syarikat membuat pelaburan besar-besaran dalam bidang teknologi. Pada tahun 2018, syarikat melabur sebanyak lebih RMB 1.224 bllion dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). "Teknologi baharu penting untuk produktiviti dan potensi untuk pembuatan pintar adalah amat besar," menurut Country Garden dalam Laporan Kemampanan 2018, menunjukkan salah satu sebab mengapa syarikat meletakkan semula kedudukannya sebagai sebuah syarikat teknologi yang pelbagai.

Salinan "Laporan Kemampanan 2018" Country Garden sedia untuk dimuat turun daripada https://en.bgy.com.cn/csr.aspx?type=33

Latar Belakang Country Garden 

Country Garden ialah sebuah syarikat Fortune 500 yang disenaraikan secara terbuka dan juga syarikat teknologi pelbagai yang menghasilkan produk gaya hidup untuk pasaran global. Country Garden komited untuk "menyediakan kediaman mampu milik kepada orang biasa" dan menawarkan nilai kepada orang ramai yang bercita-cita untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Untuk butiran lanjut tentang Country Garden, sila kunjungi https://en.bgy.com.cn/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190710/2519180-1

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Real Estate