Platform membolehkan pelanggan menawarkan penyelesaian awan awam atau persendirian secara cekap kos dengan ciri-ciri tambahan yang amat dihargai oleh pelanggan.
SEATTLE, 11 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Virtuozzo, penyedia global bagi penyelesaian infrastruktur hiper-tertumpu (HCI) dan virtualisasi, mengumumkan kemas kini terkini untuk produk HCI generasi seterusnya, Platform Infrastruktur Virtuozzo. Kemas kini ini memperkenalkan ciri-ciri baharu yang memberikan penyedia perkhidmatan dan perusahaan dengan kebolehan untuk melancarkan penyelesaian awan dengan ketangkasan dan prestasi yang dipertingkat dalam pusat-pusat data mereka dengan kos pemilikan yang rendah.
Platform Infrastruktur Virtuozzo menggabungkan ciri pengkomputeran, perangkaian, storan dan pengurusan yang berdaya tahan dalam seluruh penyelesaian berasaskan perisian. Kemas kini ini membolehkan pelanggan untuk meningkatkan kestabilan infrastruktur mereka dan merendahkan kos operasi mereka secara drastik. Ia menyokong pelbagai senarai tindakan secara unik, seperti awan persendirian maya, awan hibrid, awan persendirian terurus dan storan-sebagai-satu-perkhidmatan. Rakan-rakan kongsi Platform Infrastruktur Virtuozzo di seluruh dunia termasuk United Hoster (Jerman), OCS (Rusia), Tsukaeru (Jepun), Cloudmatika (Indonesia), Treemind (Afrika) dan TLine (Amerika Latin).
"Versi terkini Platform Infrastruktur Virtuozzo ini membolehkan penyedia perkhidmatan menyediakan fungsi layan diri dan sokongan berbilang penyewa kepada pelanggan mereka, yang membolehkan tempoh memperoleh nilai yang pantas untuk kedua-dua pihak," kata Ketua Pegawai Eksekutif Virtuozzo, Alex Fine. "Ia turut menangani peningkatan permintaan untuk prestasi VM yang tinggi daripada pelanggan perusahaan."
Tline, penyedia penyelesaian virtualisasi dan awan khidmat penuh yang mempunyai operasi-operasi di Amerika Latin, merupakan satu contoh penting. Carlos Pino, Ketua Pegawai Eksekutif Tline berkata, "Kami memilih Platform Infrastruktur Virtuozzo kerana ia membolehkan kami memberikan pelanggan kami pengalaman awan yang tangkas, selamat dan boleh diskala dengan kebebasan untuk mengurus sumber-sumber mereka sendiri," sambil menambah, "dan ia turut menyokong model perniagaan berasaskan langganan yang penting untuk pertumbuhan kami."
Ciri-ciri baharu tambahan termasuk:
Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana penyedia perkhidmatan dan perusahaan dapat memanfaatkan faedah-faedah daripada Platform Infrastruktur Virtuozzo, kunjungi www.virtuozzo.com/vip.
Untuk cubaan percuma selama 30 hari, sila hubungi Virtuozzo di sini.
Untuk maklumat lanjut dalam peti masuk anda, sila daftar di halaman blog Virtuozzo.
Hubungi: Tom Baumgartner, tom.baumgartner@virtuozzo.com
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/944908/Virtuozzo_Logo_Horizontal_RGB_72__002.jpg