omniture

Forum Kelanjutan Usia Dunia dan Persidangan Sains Hayat Pertama dimulakan di Hezhou, Selatan China

Hezhou Municipal People's Government
2019-07-15 08:09 269

HEZHOU, China, 15 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Forum Kelanjutan Usia Dunia dan Persidangan Sains Hayat (WLF&LSC) Pertama, dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Hezhou, membuka tirainya pada hari Jumaat di bandar Hezhou, selatan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China.

WLF&LSC bertujuan untuk membina jenama bandar panjang umur untuk Hezhou, mempromosikan penggunaan sains hayat dan memudahkan kesihatan dan kelanjutan usia manusia.

Pakar-pakar, para ilmuwan dan wakil-wakil perniagaan daripada bidang perubatan, kesihatan dan sains hayat global mengadakan perbincangan mendalam di WLF&LSC dan memberi nasihat serta cadangan untuk menyelesaikan masalah penuaan penduduk.

Bandar Hezhou, yang terkenal dengan budaya panjang umurnya, mempunyai anugerah ekologi yang unggul. Guangxi turut aktif mempromosikan pembangunan industri penjagaan kesihatan. Melalui persidangan ini, idea baharu, inisiatif baharu dan pengalaman baharu di dalam dan luar negara boleh dikongsi untuk membawa industri penjagaan kesihatan tempatan ke tahap baharu, kata Liu Muren, naib pengerusi Jawatankuasa Guangxi bagi Persidangan Perundingan Politik Rakyat Cina (CPPCC), satu badan penasihat politik tempatan.

Hezhou mempunyai lima kelebihan dan ciri-ciri luar biasa bagi membangunkan industri-industri sihat dan panjang umur, seperti kelebihan serantau yang jelas, persekitaran ekologi yang unggul, sumber alam semula jadi yang beraneka, kekayaan sejarah dan kemanusiaan serta potensi yang amat besar untuk pembangunan selanjutnya. Bandar ini akan lebih menumpu pada pembinaan ekologi dan memanfaatkan persidangan untuk meningkatkan kelebihannya dalam pembangunan mesra alam, menurut Li Hongqing, setiausaha Jawatankuasa Parti Perbandaran Hezhou.

Kesihatan dan kelanjutan usia merupakan isu-isu utama yang diberi perhatian dan dikaji oleh semua negara di dunia. Pada masa kini, penduduk yang semakin meningkat usia di dunia menjadi semakin serius. Standard yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk kelanjutan usia yang luar biasa ialah lebih 75 sentenarian kepada setiap 1 juta orang. Perkadaran sentenarian di Bandar Hezhou ialah 19.91/100,000, jauh melebihi konsensus antarabangsa bagi standard kelanjutan usia, kata Denis G. Antoine, pengerusi Majlis Tetap Pertubuhan Negara-negara Amerika (OAS).

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, di bawah bimbingan jenama "Bandar Panjang Umur Dunia", bandar Hezhou aktif membangunkan industri eko-kesihatan.

Pada masa kini, terdapat sebanyak 91 projek eko-kesihatan di bandar ini termasuk 35 projek yang sedang dibangunkan, dengan jumlah pelaburan kira-kira sebanyak 21.55 bilion yuan; dan 56 projek utama untuk perancangan dan rizab, dengan jumlah belanjawan sebanyak 27.95 bilion yuan.

Source: Hezhou Municipal People's Government
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Travel New products/services