omniture

Forum Kerjasama Antarabangsa Pelabuhan Jalan Sutera Maritim ke-5 bermula di Ningbo, China

Zhejiang Seaport Group
2019-07-15 08:19 388

NINGBO, China, 15 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Forum Kerjasama Antarabangsa Pelabuhan Jalan Sutera Maritim ke-5 (MPF), bertema untuk mempromosikan pembangunan inklusif dan terbuka, membuka tirainya di Bandar Ningbo, sebelah timur Wilayah Zhejiang, China pada Khamis lalu.

The 5th Maritime Silk Road Port International Cooperation Forum (MPF) was opened in Ningbo City, east China's Zhejiang Province on Thursday.
The 5th Maritime Silk Road Port International Cooperation Forum (MPF) was opened in Ningbo City, east China's Zhejiang Province on Thursday.

Forum sepanjang 2 hari, dianjurkan oleh Zhejiang Seaport Group dan institusi-institusi lain, ialah forum selari untuk Forum Maritim China 2019, sebuah acara yang dilancarkan untuk meraikan Hari Maritim China pada 11 Julai dan dibimbing oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri China, Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Rakyat Wilayah Zhejiang.

Xu Zuyuan, bekas timbalan menteri Kementerian Pengangkutan China dan Duta Maritim Organisasi Maritim Antarabangsa (IMO), berkata bahawa dunia sedang menjalani perubahan dan pelarasan mendalam. Dengan membina bersama platform dan berkongsi hasil daripada kerjasama dan pembangunan bersama, negara-negara dan wilayah-wilayah di sepanjang Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 akan melaksanakan pembangunan bersama untuk pelabuhan dan perniagaan perkapalan mereka. 

Selepas lima tahun melakukan usaha sama, MPF kini berperanan sebagai platform penting untuk menggalakkan kerjasama dan komunikasi antara pelabuhan dan perniagaan perkapalan di seluruh dunia, tambah Xu.

Sejak lima tahun lalu, industri pelabuhan global telah mencapai pembangunan luar biasa meskipun berlakunya cabaran transformasi penggunaan tenaga, pertukaran data, moral, tadbir urus, keselamatan dan kecekapan tenaga, kata Santiago Garcia Mila, presiden Persatuan Pangkalan dan Pelabuhan Antarabangsa (IAPH).

Guo Xuejun, timbalan ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Ekonomi Antarabangsa Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri China, berkata bahawa Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 ialah bahagian sedia ada dalam pembinaan bersama Jalur dan Jalan. Bagi membina jalan sutera maritim, usaha bersama diperlukan dalam lima aspek termasuk mempromosikan kesalinghubungan marin, membangunkan Jalan Sutera hijau, meneroka inovasi, mendukung ekonomi dunia terbuka dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa berserta pewujudan perkongsian lautan.

Menurut laporan pembangunan pelabuhan global 2018, sembilan pelabuhan Cina termasuk Pelabuhan Guangzhou, Pelabuhan Ningbo-Zhoushan dan Pelabuhan Tianjin kesemuanya tersenarai antara 20 pelabuhan terbaik dunia dengan senarai kedudukan lebih tinggi berbanding pada tahun 2017 dan 2018 biarpun berlakunya pertumbuhan yang umumnya lebih perlahan dalam daya pemprosesan kontena seluruh dunia.

Sejak tahun 2015, MPF telah diadakan selama lima tahun berturut-turut. Pada bulan April, Inisiatif Ningbo, sebagai hasil daripada MPF 2018, telah dimasukkan ke dalam Senarai Boleh Serah untuk Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Jalan Kedua.

Mao Jianhong, Chairman of Zhejiang Seaport Group addresses the The 5th Maritime Silk Road Port International Cooperation Forum.
Mao Jianhong, Chairman of Zhejiang Seaport Group addresses the The 5th Maritime Silk Road Port International Cooperation Forum.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190712/2523276-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190712/2523276-1-b

Source: Zhejiang Seaport Group
Keywords: Banking/Financial Service Maritime/Shipbuilding Transportation