KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Jasmine Food Corporation (Jasmine) Sdn Bhd telah membuktikan syarikatnya sebagai jenama yang boleh dipercayai oleh pengguna setelah menerima anugerah "Jenama Dipercayai Platinum" dua belas kali berturut-turut dalam Kategori Beras daripada Reader's Digest Malaysia. Anugerah ini diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation, Lim Swee Keat, semasa upacara penyampaian "Anugerah Jenama-jenama Dipercayai Reader's Digest" 2019 pada 11 Jun 2019.
Anugerah Jenama-jenama Dipercayai Reader's Digest yang berprestij ini disampaikan kepada pemimpin-pemimpin industri merentas enam negara Asia yang cemerlang dalam aspek-aspek Kebolehpercayaan dan Kredibiliti, Kualiti, Nilai, Pemahaman tentang Keperluan Pelanggan, Inovasi dan Tanggungjawab Sosial. Diundi oleh ribuan pengguna, skor terakhir dihitung dengan mendarabkan jumlah undi terakhir berserta skor purata untuk enam kategori.
"Kemenangan 15 kali berturut-turut oleh Jasmine Food sebagai jenama yang paling dipercayai di Malaysia dalam kategori Beras telah mengukuhkan kedudukan kami untuk membantu sektor makanan dan minuman Malaysia berkembang. Kini, kami telah menetapkan penanda aras utama, bagi menjamin pembangunan sihat industri ini dan memastikan kepuasan pelanggan yang lengkap. Kami akan terus mendukung kepercayaan kami dan terus menambah baik perkhidmatan dan produk kami untuk mengekalkan piawaian setinggi mungkin," kata Lim.
Sebagai peneraju pasaran dalam industri beras Malaysia, Jasmine Food Corp telah menyediakan rangkaian luas produk beras selama lebih tiga dekad lamanya. Pada tahun 1996, Jasmine menjadi subsidiari Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dan juga mula mengimport pelbagai jenis beras dari Thailand, Myanmar, China, Vietnam, India, Pakistan, Australia dan AS.
"Kami mencipta dan menyediakan pelbagai jenis produk yang paling sesuai dengan keperluan pelanggan yang pelbagai. Produk-produk kami terdiri daripada beras wangi, beras putih import dan tempatan, beras basmati khas, beras perang, beras pulut dan bihun. Selain daripada kepelbagaiannya, kami turut memastikan semua produk kami berkualiti tertinggi bagi mendapatkan kepercayaan pengguna. Ini dapat dilihat menerusi kedudukan kami di Malaysia - salah satu pengeluar beras yang terbesar dan paling dipercayai di negara," tambah Lim.
Kepercayaan adalah penting untuk mana-mana syarikat menurut Tinjauan Pandangan Global PWC 2018. Ia menyatakan bahawa selain daripada harga, "kepercayaan terhadap jenama" adalah antara tiga sebab utama orang ramai memilih suatu produk. Oleh itu, Lim menambah, "Anda memerlukan kepercayaan untuk memenangi hati pelanggan anda, selain untuk memastikan perniagaan anda terus berkembang."
Bagi meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pengguna, Jasmine Food menyediakan waranti jaminan termasuk jaminan pulangan wang balik bagi pembelian produk terpilih. Pelanggan akan dibayar balik sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pembelian mereka.
Selain itu, untuk kekal membangunkan perniagaan mereka, Jasmine Food juga terus menginovasi menerusi teknologi, di samping menjalin perkongsian yang lebih kukuh bagi memanfaatkan nilai mereka.
Antara produk-produk inovatif daripada Jasmine Food termasuk beras basmati bijirin panjang, gebu, yang lebih rendah lemak, indeks glisemik dan mengandungi lebih banyak serat yang lebih baik untuk pesakit diabetes. Ini sejajar dengan matlamat jenama ini untuk mewujudkan masyarakat yang lebih sihat, dengan sokongan penuh dan perkongsian oleh institut kesihatan negara, Tung Shin Hospital, Pusat Derma Darah Kebangsaan, Persatuan Diabetes Kebangsaan dan Institut Jantung Negara (IJN).
Terdahulu, Jasmine Food Corporation turut dianugerahkan dengan Anugerah Pemenang Jenama berprestij selama 4 tahun, dari tahun 2007 hingga 2017 dan dikurniakan dengan Anugerah Superbrands Malaysia selama lebih sedekad. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.jasmine.com.my