omniture

Solar Apungan: Filipina Aktifkan Projek Kuasa Hidro Fotovolta Apungan Hibrid Pertamanya

GCL System
2019-07-17 00:26 305

SUZHOU, China, 17 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Projek kuasa solar apungan 200kw pertama Filipina oleh Ocean Sun, a, sebuah syarikat tenaga solar terkemuka yang berpangkalan di Norway baru-baru ini telah beroperasi. Projek bersama ini merupakan sebahagian daripada perkongsian antara Ocean Sun dan GCL-SI, penyedia utama modul yang digunakan untuk pembinaan kemudahan solar apungan. Kemudahan rintis ini merupakan projek bukan hidro pertama SN Aboitiz Power-Magat (SNAP), salah sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui yang terkemuka di Filipina.

GCL will take part in Philippines first 200kw floating solar power project
GCL will take part in Philippines first 200kw floating solar power project

Terletak di reservoir Magat berkeluasan 1,170 hektar, kemudahan binaan khas ini direka agar mampu bertahan daripada keadaan cuaca yang buruk dan taufan yang kuat. Projek ini akan menjalani ujian rintis yang berjalan selama sepuluh bulan dan pada peringkat awal akan menawarkan perkhidmatan untuk keperluan beban rumah hidro Magat SNAP. Sekiranya berjaya, SNAP akan mempertimbangkan untuk meluaskan projek agar kuasa yang dijana dapat menyumbang kepada kapasiti tenaga boleh diperbaharuinya dan kepada jaminan tenaga negara.

Eric Luo, Pengerusi GCL-SI, berkata, "GCL menjadi pengusaha aktif dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui yang berkesan kos pada skala global. Jalinan kerjasama dengan Ocean Sun untuk projek rintis di Filipina ini sekali lagi akan menekankan kepercayaan yang kami peroleh daripada rakan-rakan kongsi global kami."

Sebagai teknologi yang mencipta peluang baharu, kemudahan solar apungan - pemasangan panel fotovolta pada kawasan air - dilihat sebagai kelebihan untuk negara-negara yang mana kawasan darat mendapat permintaan tinggi. Alfonso Cusi, Setiausaha Jabatan Tenaga Filipina, berkata bahawa potensi solar apungan akan dapat menyediakan rangsangan yang amat diperlukan untuk bekalan tenaga tatkala permintaan negara terhadap kuasa mencecah 11,000MW.

Melalui satu perjanjian antara Ocean Sun dan GCL-SI di Shanghai SNEC, kedua-dua syarikat telah bekerjasama untuk pembangunan modul PV bagi penyelesaian PV apungan dan kemudahan solar apungan. GCL-SI akan mengukuhkan lagi penyelidikan dan pembangunannya untuk produk-produk berkecekapan tinggi, menyokong Ocean Sun untuk pembinaan kemudahan tenaga solar agar sepadan dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan tuntutan yang semakin meningkat terhadap tenaga boleh diperbaharui di Filipina.

"Pemeteraian perkongsian dengan GCL merupakan satu pencapaian penting untuk Ocean Sun dan akan membolehkan pengoptimuman teknologi untuk penggunaan berskala luas. Kami berasa amat gembira dengan adanya GCL sebagai rakan kongsi dan berharap dapat membawa solar apungan ke tahap seterusnya," kata Oyvind Rohn, Ketua Pegawai Eksekutif dan Borge Bjorneklett, Pengerusi dan Ketua Pegawai Teknologi Ocean Sun.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190715/2524445-1

Source: GCL System
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services