omniture

'Homeless to Billionaire' Forbesbooks Rangkumkan Kisah Hartawan Hartanah Andres Pira dan Prinsip-prinsip Menarik Kekayaan, Dibawa ke Malaysia di Amazon.com

Success Events Asia
2019-07-17 13:28 277

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Berikutan kejayaan pelancaran baru-baru ini di Bandar Raya New York pada bulan April 2019, penulis Forbesbooks Andres Pira, pengasas Success Events Asia membawakan Buku Paling Laris No. 1 Amazon 'Homeless To Billionaire: The 18 Principles of Wealth Attraction and Creating Unlimited Opportunity' ke Malaysia di Amazon.com.

Mr. Andres Pira, author of ForbesBooks 'Homeless To Billionaire: The 18 Principles of Wealth Attraction and Creating Unlimited Opportunity'
Mr. Andres Pira, author of ForbesBooks 'Homeless To Billionaire: The 18 Principles of Wealth Attraction and Creating Unlimited Opportunity'

Buku Paling Laris No. 1 Amazon 'Homeless To Billionaire' membawakan sebuah pengembaraan seorang lelaki biasa yang berubah menjadi hartawan, Andres Pira dan 18 prinsip beliau untuk menarik kekayaan, mencipta peluang bagi meraikan penemuan diri. Diinspirasikan oleh perubahan besar dalam hidup beliau sendiri, Andres memperincikan perjalanan perniagaan beliau bermula sebagai ahli telepasaran di Sweden, menjadi gelandangan di pantai Phuket dan kemudiannya menjadi salah seorang jutawan Thailand.

Penulis Sweden itu membeli tiket sehala ke Thailand ketika berusia 20 tahun menggunakan wang $2,000 daripada peninggalan datuknya. Hidup sengsara di Stockholm, beliau tiba di Thailand dengan berbekalkan $100, tanpa kenalan, pekerjaan atau mengetahui bahasa Thai. Tanpa hala tuju, beliau tiba di Phuket dan akhirnya menghabiskan hidup dengan menganggur dan tidur di salah sebuah pantai yang indah di Phuket. Terlalu malu untuk meminta bantuan daripada keluarga, beliau menghubungi seorang rakan di Sweden untuk meminjam wang.
 
"Saya tidak akan beri kamu wang, tetapi saya akan beri kamu sebuah buku," kata rakan tersebut. Dengan rasa lapar dan marah dengan kata-kata rakannya, Andres membaca The Secret: The Law of Attraction dengan hati dan perut yang sedang berantakan. Hari berikutnya beliau memulakan langkah untuk membuktikan kesilapan "hukum tarikan", kerana tiada apa yang boleh dilakukannya selain itu. Tak disangka-sangka, kecurigaannya bertukar menjadi kepercayaan dan buku tersebut telah mengubah hidupnya dengan cara yang tidak pernah dibayangkan.

Mengikuti mentor-mentor beliau seperti Brian Tracy, Jack Canfield dan Bob Proctor, seorang pengembara milenia tanpa arah tuju membuat keputusan untuk mengamalkan bacaan, prinsip-prinsip yang dipelajari sendiri, dan hukum tarikan. Kepintaran berniaga beliau terus membuat pembaharuan bersama kakitangan serta pelanggan beliau, mengubah beliau menjadi seorang ahli perniagaan yang berkebolehan dalam segenap aspek, penuh dengan kajian kes serta pengajaran hebat.

Apakah ertinya untuk menarik kehebatan? Bagi Andres, ia bererti kebolehan memanifestasikan hukum tarikan. Langkah-langkah mudah untuk menarik kekayaan besar dan peluang-peluang yang tidak terhad bermula dengan melaksanakan prinsip-prinsip perniagaan praktikal untuk menjadikan perkara yang anda tarik suatu kenyataan. Ia lebih daripada pemikiran positif, menurut buku tersebut, namun pelaksanaannya adalah perkara penting.

Selain Thailand, negara yang digelarnya sebagai tempat kediaman, 'Homeless To Billionaire' paling relevan untuk penduduk Asia Tenggara. Hakikat bahawa seorang warga asing yang tidak berpelajaran dengan segala penghalang yang menyekat beliau boleh berjaya dan mengumpul kekayaan yang besar di sebuah negara asing, bermakna masih ada harapan untuk setiap orang. Andres menghabiskan masa selama bertahun-tahun belajar tentang tabiat, teknik dan pemikiran orang-orang paling kaya sebelum mengamalkannya pada diri beliau sendiri. Sekiranya beliau dapat melakukannya, anda juga mampu.

Dengan kata pengantar oleh Jack Canfield, 'HomelessTo Billionaire: The 18 Principles of Wealth Attraction and Creating Unlimited Opportunity' kini boleh didapati di Amazon dengan penghantaran seluruh dunia. Klik di sini untuk mendapatkan naskhah anda. https://www.amazon.com/Homeless-Billionaire-Principles-Attraction-Opportunity/dp/1946633860/

Homeless To Billionaire: The 18 Principles of Wealth Attraction and Creating Unlimited Opportunity is available now on Amazon.com
Homeless To Billionaire: The 18 Principles of Wealth Attraction and Creating Unlimited Opportunity is available now on Amazon.com

"Ketika saya menulis buku Chicken Soup for the Soul, saya tidak pernah membayangkan bahawa lebih satu juta orang akan membaca buku saya. Jangkaan saya adalah apabila satu juta orang membaca buku Andres, beliau tidak akan terkejut kerana beliau telah belajar untuk menjangkakan kejayaan. Beliau akan menuntut kejayaan, percaya bahawa ia akan berlaku dan melihat ia tercapai. Apa yang diajar oleh Andres kepada saya, si penulis buku Chicken Soup ini, adalah sekiranya seorang guru melakukan tugasnya dengan betul, sudah pasti sampai satu masa, guru itu pula yang akan jadi pelajar." Jack Canfield, Penulis Buku Paling Laris Amerika & penulis bersama Chicken Soup for the Soul

"Mereka yang inginkan bukti bahawa minda boleh mencipta realiti perlu membaca buku yang menginspirasikan ini. Andres yang masih muda berubah daripada gelandangan menjadi jutawan. Hebatnya lapan belas prinsip beliau. Ia berhasil!" Bob Proctor, penulis buku paling laris peringkat antarabangsa

Latar Belakang Andres Pira 

Daripada seorang gelandangan menjadi seorang jutawan hartanah yang memenangi anugerah, Ketua Pegawai Eksekutif Blue Horizon Developments Andres Pira telah mencapai satu lagi kejayaan penting sebagai penulis Forbesbooks, 'Homeless To Billionaire: The 18 Principles of Wealth Attraction and Creating Unlimited Opportunity'. Andres mengurus lebih 19 syarikat, menggaji lebih 250 kakitangan dan menerima lebih 26 anugerah di bawah portfolio syarikat beliau. Beliau juga merupakan pengasas bagi ciri ceramah motivasi yang dikenali sebagai Success Events Asia, menarik minat penceramah-penceramah yang paling mendapat permintaan seperti Brian Tracy, Jack Canfield dan Dr. Joe Vitale yang dikenali sebagai Success Events. Pada usia 37 tahun, beliau telah dipaparkan di peringkat antarabangsa dalam Forbes US, CNBC, Entrepreneur, Money.com dan banyak lagi. Andres kini menjelajah ke seluruh dunia untuk membimbing orang ramai melalui prinsip-prinsip tarikan kekayaan yang mengubah hidup beliau dan bagaimana untuk mencipta peluang-peluang tanpa had.

Untuk mengikuti Andres, kunjungi laman sesawang rasmi andrespira.com, Halaman Rasmi Facebook: PiraAndres dan YouTube: AndresPiraOfficial

Untuk maklumat lanjut, hubungi Publicist
Natt Kawinrachataprida
YSIS ASIA
natt@ysisasia.com
+66-858319858

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190711/2522030-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190711/2522030-1-b

Source: Success Events Asia
Keywords: Books Publishing/Information Service Retail New products/services