omniture

Breville Group Peroleh ChefSteps

Breville Group
2019-07-17 22:16 102

Transaksi himpunkan dua syarikat paling inovatif dalam perkakas memasak dan dapur terhubung  

SYDNEY, 17 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Pembuat perkakas dapur bertaraf global, Breville Group, hari ini mengumumkan pemerolehan syarikat makanan dan teknologi berpangkalan di Seattle, ChefSteps. Pemerolehan ini menggabungkan dua syarikat dengan misi yang sejajar untuk membantu tukang masak di rumah mencapai hasil yang sempurna, di samping menawarkan peluang yang tiada bandingan untuk terus melabur dalam pertumbuhan, kandungan asal dan inovasi demi manfaat pengguna, peruncit dan komuniti ChefSteps.

Ditubuhkan pada tahun 2012, ChefSteps, menerusi laman sesawangnya ChefSteps.com, direka untuk menginspirasikan daya kreativiti dan menggalakkan percubaan di dapur melalui kandungan, teknik, alatan dan sumber interaktif yang berkualiti tinggi. Pada tahun 2015, syarikat mengumumkan peluasannya kepada perkakas dapur pintar dengan produk Joule™, peredaran rendaman sous vide terkecil dan paling berkuasa di dunia yang dikawal oleh aplikasi telefon pintar yang mengandungi resepi, panduan serta ciri-ciri rintis seperti ciri Visual Doneness™, kawalan sous vide yang tepat, dan koleksi luas resepi yang dicipta oleh pasukan ChefSteps.

Pemerolehan ChefSteps oleh Breville akan meningkatkan kapasiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) jangka panjang yang membawa produk Joule™ ke pasaran, membolehkan tumpuan yang berterusan dan mampan terhadap inovasi, di samping meningkatkan skala komersial global untuk memaksimumkan lagi nilai platform kandungan ChefSteps dan portfolio produk Joule™ terhubung yang berkembang pantas. Ia turut menjadi lanjutan bertumpu pengguna yang alami untuk rangkaian produk sous vide komersial sedia ada Breville susulan pemerolehan bahagian PolyScience Culinary pada tahun 2014. Terkenal dengan teknologi peredaran rendaman dan kawalan suhu, PolyScience Culinary ialah peneraju kategori sous vide komersial yang disanjungi oleh cef-cef profesional.

Mengulas mengenai pemerolehan ini, Ketua Pegawai Eksekutif Breville, Jim Clayton menjelaskan, "ChefSteps telah menghasilkan inovasi yang luar biasa dalam segmen kandungan serta perkakas terhubung dan kami teruja dengan skala yang boleh kami capai dengan menggabungkan kandungan serta harta intelek mereka dengan produk pengguna semasa dan masa depan kami. Kami juga berharap dapat terlibat dan menawarkan perkhidmatan kepada komuniti yang amat aktif dan bersemangat yang telah dibina oleh ChefSteps berkisarkan produk dan kandungannya. Saya teruja dengan peluang untuk memanfaatkan kombinasi aset luar biasa ini sambil meneruskan misi bersama kami."

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Chris Young, menambah "Sejak ditubuhkan, misi kami di ChefSteps adalah untuk membantu orang ramai memasak dengan lebih pintar. Dengan berpegang teguh kepada dedikasi tak berbelah bahagi kami terhadap inovasi, kami telah mencapai banyak perkara hebat. Menjadi sebahagian daripada Breville Group merupakan lembaran baharu yang amat mengujakan, membuka peluang-peluang penting untuk membantu ChefSteps merealisasikan potensi penuhnya di persada global."

ChefSteps akan disepadukan dalam perniagaan Breville Group sambil mengekalkan pejabat-pejabatnya di Seattle.

Perniagaan ChefSteps akan dilaporkan sebagai sebahagian daripada segmen Global Breville, tetapi dijangka tidak memberi kesan ketara ke atas perniagaan Kumpulan.

Latar Belakang Breville Group
Sepanjang lebih 80 tahun Breville berkembang menjadi jenama global yang ikonik, menyediakan produk dapur kepada lebih 70 negara di seluruh dunia. Syarikat menembusi pasaran sebagai jenama Sage di Eropah, dan sebagai jenama Breville di seluruh pelosok dunia. Breville telah meningkatkan kehidupan orang ramai melalui penyediaan inovasi yang pintar dan reka bentuk yang bertimbang rasa berdasarkan pemahaman pengguna yang mendalam, memperkasa orang ramai untuk melakukan perkara dengan lebih hebat atau mudah daripada apa yang dianggap boleh dilakukan di rumah mereka sendiri dan akhirnya membolehkan mereka Master Every Moment™ (Menguasai Setiap Detik).

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/947923/Breville_Group_Logo.jpg

 

 

Source: Breville Group
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Acquisitions, mergers, takeovers