NINGBO, China, 18 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Risen Energy Co., Ltd (seterusnya dirujuk sebagai Risen Energy), mengumumkan dua berita positif daripada pasaran negara Jalur dan Jalan, Bengal dan Kazakhstan.
Projek Bengal 10MW berjaya disambungkan ke grid baru-baru ini. Ia merupakan projek terhubung kedua selepas Bengal melancarkan dasar PPA tiga tahun lalu. Dengan mengambil kira semua keadaan untuk dipertimbangkan, Risen Energy membekalkan modul polisilikon 1500V 275Wp kepada projek ini. Lantaran dasar import khas Bengal, semua produk perlu melalui proses pelepasan kastam yang amat ketat. Disebabkan oleh keadaan ini, Risen Energy menyesuaikan proses penyerahan produk dan mengoptimumkan proses komunikasi pelepasan kastam. Selain itu, dengan mengambil kira musim hujan yang akan datang, Risen Energy mewujudkan garis masa projek khusus untuk menangani tempoh hujan yang lebat. Kesemua usaha yang disebutkan di atas menyumbang kepada sambungan grid yang tepat pada masanya pada awal Julai 2019. Projek ini sangat dipuji oleh Kementerian Tenaga Bengal dan pemilik projek, yang turut berjanji untuk menjadikan Risen Energy sebagai rakan kongsi utama mereka untuk projek-projek masa depan.
Satu lagi berita baik datangnya dari Kazakhstan, yang mana Risen Energy baru sahaja memuktamadkan sambungan grid projek 40 MW pertama mereka. Ini merupakan projek kedua yang mana Risen Energy merupakan kontraktor EPC am di Kazakhstan. Proses pembinaan telahpun bermula minggu lalu. Projek ini terletak di Chulakkurgan, dengan jumlah kapasiti sebanyak 50 MW. Selain membekalkan modul polisilikon 330W kepada projek ini, Risen Energy turut membina stesen penggalak 110 KV baharu dan talian penghantaran 110 KV untuknya. Risen Energy menjangkakan penubuhan satu lagi projek 63 MW yang dibiayai oleh European Bank for Reconstruction and Development (EBRD) lewat tahun ini.
Xie Jian, Presiden Risen Energy, mengulas, "Risen Energy menjadi semakin aktif dalam arena antarabangsa, malah akan lebih berdedikasi untuk pemupukan pasaran global. Kami berminat untuk mengeksport teknologi dan penyelesaian China ke luar negara melalui produk-produk kami yang amat cekap dan berkualiti tinggi. Kami telah membangunkan dan menyerahkan lebih 1000 projek di seluruh dunia, termasuk negara-negara dan wilayah-wilayah di sepanjang kawasan Jalur dan Jalan seperti Indonesia, India, Nepal, Kazakhstan, Belorussia, Ukraine, Ukraine, Republik Czech, Romania, Bulgaria, Macedonia dan Kemboja."
Risen Energy menjangkakan lebih banyak berita positif dari kawasan Jalur dan Jalan.