omniture

Pertukaran Pengurusan di TEMSA

TEMSA
2019-07-18 23:46 147

Aslan Uzun, dilantik sebagai Wakil Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif TEMSA

ADANA, Turki, 18 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Aslan Uzun dilantik sebagai Wakil Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif TEMSA, salah satu pengeluar bas persiaran utama di dunia dan yang terkemuka di Turki.

TEMSA CEO Aslan Uzun
TEMSA CEO Aslan Uzun

Aslan Uzun berkelulusan dari Middle East Technical University, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan memulakan kerjaya beliau pada tahun 1988 di Koç Group. Sepanjang 17 tahun kerjaya beliau dengan Ford Otosan di Koç Group, Uzun berkhidmat sebagai Naib Presiden Ram Foreign Trade dan Pengarah Pembangunan Perniagaan TNT Logistics. Beliau menjadi Pengerusi Ceva Logistics pada tahun 2004 yang bertanggungjawab untuk Turki, Greece, Balkan, Mesir dan Asia Tengah. Menjelang tahun 2013, beliau menyandang jawatan Pengerusi di Toros Tarım diikuti dengan jawatan Pengurus Besar di Enerya dan Presiden STFA Energy Group. Menerusi jawatan terakhir beliau sebelum menyertai TEMSA, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan Pembinaan STFA Group.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/948263/Aslan_Uzun.jpg 

Source: TEMSA
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Travel Trucking and Road Transportation Personnel announcements