omniture

Syarikat Baharu Rantaian Blok RENBDO Sedia Lancar Pra-ICO

RENBDO
2019-07-19 09:00 139

LONDON, 18 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Eco Smart Energies Ltd (www.renbdo.io) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa syarikat kini bersedia untuk memulakan kempen pra-ICO untuk projek akan datang mereka RENBDO atau Rangkaian Tenaga Boleh Diperbaharui Berdasarkan Organisasi Terpencar. Matlamat kempen ini adalah untuk memperoleh dana bagi tujuan pemasangan sebanyak lima puluh dua turbin angin bagi penghasilan tenaga mesra alam.

Pra-ICO ini merupakan peluang yang sangat baik untuk pelabur kripto membeli Token Tenaga Boleh Diperbaharui (RET) proprietari projek dengan potongan harga 50%, yang akan disediakan untuk 10% token pertama. Sebaik sahaja sepuluh juta token terjual, fasa pra-ICO akan berakhir dan kempen ICO akan bermula.

Pembakaran bahan api fosil yang berlebihan menjadi salah satu cabaran alam sekitar yang utama selama bertahun-tahun. Aktiviti oleh manusia ini membebaskan beberapa bahan pencemar udara yang berbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan awam. Walau bagaimanapun, penggunaan arang batu masih banyak berlaku dalam sektor-sektor kuasa konvensional. Salah satu alternatif yang paling disyorkan adalah untuk menggantikan bahan api fosil dalam penggunaan tenaga angin.

Dengan keluasan pengalaman dalam penghasilan dan pengagihan kuasa elektrik, Eco Smart Energies Ltd has mewujudkan projek RENBDO dengan tujuan untuk menubuhkan ladang angin yang terdiri daripada lima puluh dua turbin. Menariknya, 70% daripada dana yang diperlukan untuk inisiatif ini telahpun ditanggung oleh dana tak boleh tebus Kesatuan Eropah untuk tenaga mesra alam manakala baki 30% akan ditanggung oleh ICO yang akan datang.

Melalui kempen pra-ICO, Eco Smart Energies akan memperkenalkan Token Tenaga Boleh Diperbaharui (RET) mereka ke pasaran dengan objektif untuk mencipta ekosistem yang mana pelabur akan menerima pulangan daripada pelaburan mereka berdasarkan jumlah token yang dimiliki oleh mereka. Pemilikan salah satu RET bersamaan dengan pemilikan satu aset dalam Eco Smart Energies. 90% daripada jumlah keuntungan akan diagihkan antara pemegang-pemegang token manakala baki 10% akan dibelanjakan untuk tujuan penyelenggaraan serta untuk kakitangan.

Tidak lama lagi Eco Smart Energies akan melancarkan aplikasi yang akan membolehkan pemilik token untuk melihat kuasa angin yang dihasilkan serta menghantar dan menerima token. Pemegang-pemegang token juga dapat mengambil bahagian secara aktif dalam isu-isu yang berkaitan dengan masa depan ladang angin. Akhir sekali, dengan menghapuskan orang tengah, RENBDO dapat meminimumkan kebarangkalian berlakunya urus niaga dan aktiviti penipuan.

Untuk membeli RET dengan potongan harga 50%, pelabur-pelabur kripto diundang untuk melayari http://www.renbdo.io/

Latar Belakang RENBDO: RENBDO atau Rangkaian Tenaga Boleh Diperbaharui Berdasarkan Organisasi Terpencar ialah usaha niaga peringkat permulaan mata wang kripto akan datang yang bertujuan untuk mewujudkan ladang angin bagi tujuan penghasilan tenaga mesra alam. Objektif utama projek ini adalah untuk mengumpul dana yang mencukupi bagi tujuan pemasangan sehingga 52 turbin angin melalui Tawaran Syiling Awal (ICO). Projek ini merupakan hasil gagasan Eco Smart Energies Ltd, sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun 2015 oleh sekumpulan pakar industri. Sebelum pelancaran platform RENBDO, mereka terlibat dalam penghasilan dan pengagihan kuasa elektrik.

Source: RENBDO
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Utilities European Government New products/services Blockchain Financial Technology