omniture

Suzano Eucafluff Bentang Kelebihan Beri Tumpuan kepada Kelestarian dan Inovasi

Suzano Eucafluff
2019-07-20 08:42 128

Syarikat umumkan bekalan Fluf Karbon Neutral untuk Ontex

SAO PAULO, 20 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Suzano Eucafluff, dengan fluf kayu putihnya, berada pada kedudukan sebagai alternatif yang mampan untuk industri produk penyerap pakai buang. Produk ini, di samping membawa ciri-ciri unik seperti penyerapan dan pengekalan cecair yang lebih baik, lebih keselesaan dan terlindung untuk pengguna akhir, juga memberikan prestasi alam sekitar yang baik.

Penilaian kitaran hayat Eucafluff ini, dilaksanakan dengan cara perbandingan, menunjukkan bahawa produk ini mempunyai hasil yang baik dalam beberapa kategori kesan alam sekitar, seperti pelepasan gas rumah hijau, penggunaan air dan bahan api fosil yang lebih rendah, serta pengurangan penggunaan tanah. Selain itu, ia mempunyai amalan mampan bagi pengurusan kayu putih, pensijilan alam sekitar dan komitmen Suzano untuk pemuliharaan alam sekitar.

Suzano menyasarkan untuk membangunkan penyelesaian yang inovatif dan mampan untuk cabaran perniagaan pelanggannya. Inilah keadaannya dengan Ontex, pengeluar kelima terbesar dalam segmen kebersihan peribadi dan rakan kongsi strategik untuk konsolidasi Eucafluff dalam pasaran. Penjajaran tujuan mampan antara kedua-dua organisasi menghasilkan projek bekalan neutral karbon 2019 untuk operasi Ontex di Itali, Perancis, Mexico dan Brazil. "Kami amat menyokong inisiatif ini yang diambil oleh pembekal kami Suzano Eucafluff. Ontex telah menetapkan matlamat yang mencabar bagi dirinya untuk menjadi neutral karbon menjelang tahun 2030. Dalam usaha untuk berbuat demikian, kami menghargai semua usaha yang dilakukan oleh pembekal kami untuk menyokong kami dalam mencapai matlamat ini." kata Bart Waterschoot, Pengarah Kelestarian & Pengawasan Produk Kumpulan di Ontex.

Latar Belakang Suzano

Suzano, syarikat yang terhasil daripada penggabungan Suzano Pulp & Paper dan Fibria, komited untuk menjadi rujukan global dalam penggunaan lestari sumber asli. Pengeluar yang terkemuka di dunia bagi pulpa kayu putih dan salah satu daripada pengeluar kertas terbesar di Amerika Latin, Suzano mengeksport kepada lebih 80 negara dan, melalui produk-produknya, memainkan peranan dalam kehidupan lebih dua bilion orang. Syarikat melaksanakan piawaian tertinggi tadbir urus korporat di bursa-bursa di mana sahamnya didagangkan, iaitu B3 di Brazil dan NYSE di Amerika Syarikat.

PLANIN - Agensi Perhubungan Awan Suzano
Angélica Consiglio, Beatriz Imenes dan pasukan - www.planin.com
E-mel:  suzano@planin.com- Telefon: +55 (11) 2138-8940

Source: Suzano Eucafluff
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Retail Utilities New products/services