omniture

Jualan Ultra di Tokinex Selesai dalam 35 Saat

Tokinex
2019-07-20 20:19 122

ROAD TOWN, Kepulauan Virgin British, 20 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Tokinex, platform jualan token Bitfinex dan Ethfinex, hari ini mengumumkan kejayaan penyelesaian jualan token Ultra (UOS) sebanyak USD 5 juta hanya dalam masa 35 saat.

Ultra ialah protokol dan platform yang ditempatkan untuk mengubah industri permainan yang bernilai $140 bilion menggunakan teknologi rantaian blok bagi membolehkan sesiapa sahaja membina dan mengendalikan platform pengedaran permainan atau perkhidmatan perdagangan barangan maya mereka sendiri.  

Peserta-peserta yang berjaya berupaya menyumbang terus daripada dompet pertukaran mereka dan akan menerima token UOS sebagai pulangan pada 17 Julai, apabila deposit dan pengeluaran UOS dibuka pada jam 08:00 UTC.

Nicolas Gilot, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Ultra menyatakan, "Jualan Ultra pada Tokinex amat baik sekali, dengan proses yang benar-benar lancar dari awal hingga akhir. Kami berasa gembira dengan permintaan untuk UOS dan membuktikan bahawa komuniti kripto berkongsi visi yang sama dengan kami untuk masa depan industri permainan. Kami teruja untuk maju ke hadapan menerusi peringkat seterusnya dalam perjalanan Ultra ini, bersama-sama."

Ultra ialah jualan kedua melalui Tokinex yang berjaya mencapai nilai maksimum USD 5 juta, susulan jualan komoditi sintetik AMPL daripada projek Ampleforth.

Jean Louis van der Velde, Ketua Pegawai Eksekutif Bitfinex dan Ethfinex menambah, "Jualan kedua yang berjaya ini menunjukkan Tokinex merupakan platform yang layak secara berterusan untuk memulakan inisiatif token kualiti. Menyediakan komuniti dengan akses kepada projek-projek yang paling inovatif adalah sangat penting buat kami, dan projek seterusnya dalam perancangan, yang bakal diumumkan dalam masa terdekat, tidak terkecuali."

Perdagangan token UOS dibuka pada Bitfinex & Ethfinex jam 10:00 UTC bertarikh 17 Julai, dengan UOS/USD dan UOS/BTC menjadi gandingan pertama yang tersedia.

Latar Belakang Tokinex 

Dilancarkan pada Mei 2019, Tokinex ialah platform IEO untuk Bitfinex dan Ethfinex yang membawa peluang yang saksama untuk mengambil bahagian dalam projek-projek token yang dipilih atur. Ia memberi peluang kepada semua orang untuk menyumbang kepada jualan token yang diperiksa terlebih dahulu terus daripada dompet peribadi mereka melalui aset kripto biasa dan tanpa data peribadi atau dana yang dipegang oleh bursa. Uniknya, Tokinex tidak memerlukan token untuk membayar bayaran pendahuluan bagi tujuan penyenaraian dan susulan pengumpulan modal yang berjaya kemudiannya disenaraikan dalam dua bursa sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang yang diguna pakai.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi partners@ethfinex.com.

 

 

Source: Tokinex
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Blockchain Financial Technology