omniture

Ubah Kelebihan Jadi Produk Berkualiti: Yili masuki pasaran Asia Tenggara uRancakkan Industri Tempatan

Yili Group
2019-07-22 09:40 307

HOHHOT, China, 22 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Inner Mongolia Yili Industrial Group (SHA: 600.887) (Kumpulan) senaraian Shanghai, syarikat No.1 tenusu di Asia, telah mengumumkan komitmen untuk membuat pelaburan besar di Asia Tenggara tahun ini, mengumpulkan sumber-sumber yang terbaik di dunia untuk memperkenalkan lebih banyak produk tenusu yang berkualiti tinggi kepada pengguna tempatan.

Transforming Advantages into Quality Products: Yili to Enter Southeast Asian Market to Bolster Local Industry
Transforming Advantages into Quality Products: Yili to Enter Southeast Asian Market to Bolster Local Industry

Mempunyai dedikasi untuk menyumbang kepada pembangunan keseluruhan rantaian perindustrian dalam industri tenusu Asia Tenggara, Yili merancang untuk memanfaatkan kelebihan industri dan R&D untuk memperkasa pembekal-pembekal tempatan dan bakat untuk menyediakan peluang pekerjaan dan menyokong pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

"Asia Tenggara, rantau dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang paling pesat di dunia, mempunyai potensi hampir tidak terhad; terutamanya dalam pembangunan industri tenusu," kata Yipeng Zhang, Naib Presiden Yili Group. "Pada masa akan datang, Yili akan mempelbagaikan pelaburan di negara-negara Asia Tenggara, membawakan produk-produk dan konsep kesihatan, dan juga akan berkongsi peluang baharu dengan rakan kongsi tempatan."

Mengubah Kelebihan Menjadi Produk-produk Berkualiti di Asia Tenggara

  • Setelah membangunkan satu sistem sumber, inovasi dan pemasaran global, Yili menyasarkan untuk mempercepatkan aliran sumber yang berkualiti tinggi dalam rantaian industri antara Asia Tenggara dan pasaran global, mengoptimumkan peruntukan serantau sumber.
  • Yili telah menerima pakai piawaian kawalan kualiti bertaraf dunia melalui kerjasama strategik dengan SGS (Société Générale de Surveillance), LRQA (Lloyd's Register Quality Assurance) dan Intertek, menjamin pengeluaran yang berkualiti tinggi dalam pasaran Asia Tenggara.
  • Dengan sumber-sumber penyelidikan di Asia, Eropah, Oceania, dan Amerika Utara, Yili akan mewujudkan kumpulan bakat global bersepadu, memajukan inovasi teknologi untuk mewujudkan "rantaian kebijaksanaan global", meningkatkan keupayaan penyelidikan saintifik negara-negara Asia Tenggara yang selanjutnya.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Yili telah mempercepatkan peluasannya ke pasaran Asia Tenggara. Yili melancarkan "Joyday" jenama ais krim di Jakarta, Indonesia, menandakan peristiwa penting dalam penubuhan "tenusu jalan sutera" yang ditakrifkan oleh perkongsian produk tenusu yang lazat dan berkhasiat. Berikutan itu, Yili segera mengumumkan pemerolehan Chomthana, pengedar ais krim dan makanan sejuk beku terbesar di Thailand. 

Yili telah mematuhi strategi penyetempatan bakatnya. Lebih daripada 85% daripada pekerja syarikat-syarikat subsidiari Kumpulan di Thailand dan Indonesia ialah warga tempatan. Di Chomthana, subsidiari Yili di Thailand, lebih 800 pekerjaan telah diwujudkan, termasuk untuk ramai orang kurang upaya.

Dengan penekanan terhadap inovasi untuk mencipta produk yang sihat, syarikat menubuhkan sistem "WISH" (Perkongsian Kesihatan Bersepadu Dunia) pada tahun 2017 sebagai panduan untuk amalan tanggungjawab sosial korporat yang meliputi kebajikan awam, pemakanan, keselamatan, pendidikan dan budaya.

Latar Belakang Yili Group 

Sejak tahun 1956, Yili Group merupakan pengeluar tenusu terbesar di China dengan lebih 60 tahun pembangunan. Sekarang, Yili berada pada kedudukan terutama di Asia mengikut 2018 Rabobank "Global Diary Top 20". Kumpulan ini aktif merancang penyumberan susu berkualiti tinggi dari kawasan jalur emas di Asia, Eropah, Oceania dan Amerika dan menyasarkan untuk menjadi pembekal makanan kesihatan yang paling dipercayai di dunia.

Hubungi: 
Liu Yu
+86 10 5864 0418
press.office@yili.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190719/2529390-1?lang=0

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Food/Beverages