omniture

Respons ke Pasaran: Produk Diari Yili Baharu Tiba ke Pasaran Asia Tenggara

Yili Group
2019-07-23 23:51 465

BEIJING, 23 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Yili Group (SHA: 600887), firma tenusu terbesar di Asia, melancarkan Ais Krim Kopi Mocha pertama mereka di Indonesia baru-baru ini, menandakan satu pencapaian baharu dalam pengembangan untuk salah satu daripada jenama tenusu China yang paling diiktiraf. Ais krim perisa mocha, produk di bawah jenama Joyday menampilkan resipi unik yang dicipta khusus untuk pasaran dengan aroma yang lebih kuat dan tahap kemanisan yang lebih tinggi. 

Respons ke Pasaran: Produk Diari Yili Baharu Tiba ke Pasaran Asia Tenggara
Respons ke Pasaran: Produk Diari Yili Baharu Tiba ke Pasaran Asia Tenggara

Produk ini dihasilkan susulan pandangan mendalam yang diperolehi oleh pasukan penyelidikan pemasaran Yili, yang mendapati bahawa produk yang kuat perisa, dengan bahagian yang kecil dan harga berpatutan merupakan yang paling popular di kalangan pengguna Indonesia. Berbeza dengan barisan produk semasa dalam pasaran tempatan, produk aiskrim ini menonjol dengan pembungkusan mereka yang menarik dan 11 perisa yang berbeza, termasuk perisa pudina, beri biru dan jagung manis, dengan perisa durian dan mangga akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Yili juga mendapati bahawa bekalan yogurt di Asia Tenggara dikekang oleh kos logistik rantaian sejuk  yang tinggi dan isu-isu bekalan susu mentah. Untuk menangani isu-isu rantaian bekalan, Yili gunakan spesies bakteria asid laktik yang unik yang dibangunkan oleh Agricultural University of Athens untuk pelancaran yogurt mereka, Ambrosial, yang digabungkan dengan teknologi pembuatan dan pembungkusan termaju Yili untuk menyediakan yogurt suhu bilik dibotolkan PET yang pertama. Selain itu, kandungan proteinnya adalah 35% lebih tinggi daripada purata produk yogurt, menurut Pusat Inovasi Yili.

"Kami gembira menyaksikan kejayaan pelancaran produk kami dalam pasaran Asia Tenggara. Kita ucapkan terima kasih yang tulus ikhlas kepada usaha bersama pusat-pusat R&D kami di seluruh dunia," kata Yipeng Zhang, Naib Presiden Yili Group. "Yili sentiasa terbuka dan bekerjasama dalam proses pengantarabangsaan. Yili berharap untuk memacu industri tenusu global lebih jaun lagi dengan keupayaan inovatif dan sumber global kami," tambah Zhang.

Yili telah menubuhkan rangkaian R&D yang luas yang bertujuan untuk terus menggalakkan dan menyepadukan penggunaan sumber global. Di Eropah, Yili bekerjasama dengan University of Wageningen di Belanda untuk menubuhkan Pusat Inovasi Eropah Yili. Di Amerika Utara, Yili melaksanakan "SINO-U.S. Food Wisdom Valley" dengan universiti dan institusi penyelidikan saintifik terkemuka di Amerika Syarikat. Di Oceania, Yili melaburkan RMB tiga bilion (USD 437 juta) untuk membina "Tapak Pengeluaran Oceania Yili Group", salah satu tapak pengeluaran tenusu bersepadu yang paling luas di dunia, yang meliputi pengeluaran, pemprosesan, R&D, dan pembungkusan.

Pada tahun-tahun mendatang, Yili menyasarkan untuk menjadi pembekal makanan kesihatan yang paling dipercayai di dunia.

Latar Belakang Yili 

Bermula pada tahun 1956, Yili Group merupakan pengeluar tenusu terbesar di China dengan lebih 60 tahun pembangunan. Kini Yili berada pada kedudukan pertama di Asia menurut 2018 Rabobank "Dairy Global Top 20". Yili telah dianugerahkan "amalan terbaik China untuk Mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)" oleh UN Global Compact, inisiatif kemampanan korporat terbesar di dunia pada tahun 2017, dan berada di kedudukan ketiga dalam "50 Teratas  Jenama Makanan Paling Bernilai di Dunia" oleh Brand Finance pada 2019.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190722/2530530-1?lang=0

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Food/Beverages New products/services