omniture

ICO Pertama RENBDO Diluluskan untuk Dana Tak Boleh Tebus EU

RENBDO
2019-07-24 02:23 108

LONDON, 24 Julai 2019 /PRNewswire/ -- RENBDO.io dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kempen ICO yang pertama yang dijalankan oleh projek tenaga hijau RENBDO telah diluluskan untuk dana EU. RENBDO ialah usaha mesra alam dari Eco Smart Energies Ltd. yang bersiap sedia menubuhkan sebuah ladang angin dengan lima puluh dua turbin untuk menghasilkan tenaga angin. Sebelum meluluskan ICO, Kesatuan Eropah akan merangkumi 70% daripada keperluan pembiayaan projek ini melalui dana tak boleh tebus Kesatuan ini untuk tenaga hijau.

RENBDO atau Rangkaian Tenaga Boleh Diperbaharui Berasaskan Organisasi Terpencar baru-baru ini telah memulakan kempen Pra-ICOnya. Objektif kempen ini adalah untuk mengumpul baki 30% keperluan pendanaannya. RENBDO telah membina ekosistem terpencar yang berkisarkan Token Tenaga Boleh Diperbaharui proprietarinya atau RET. Tidak seperti projek yang menawarkan token yang tidak boleh digunakan kepada pelabur, RENBDO telah mencipta ekosistem keuntungan yang sebenar bagi pelabur kerana memegang satu RET adalah bersamaan dengan memiliki satu aset dalam syarikat. Yang paling penting, 90% daripada keuntungan yang diperolehi oleh projek ini akan diagihkan dalam kalangan pemegang token.

https://youtu.be/CxL-ql_o62Y 

Bagi memastikan peluang yang lebih baik untuk para pelabur, RENBDO telah memberi token projek tersebut. Bergantung kepada pegangan mereka, semua pemegang RET akan menerima jumlah pulangan tertentu. Berdasarkan kelulusan untuk Dana EU, harga setiap RET kini berada pada 0.495$/. Sesiapa sahaja kini boleh membeli RET dengan menyertai kempen ICO RENBDO. Eco Smart Energies Ltd telah meminimumkan kebarangkalian penipuan dengan menghapuskan semua orang tengah. Menariknya, pelabur juga akan mempunyai suara dalam semua keputusan penting yang berkaitan dengan operasi RENBDO.

"Saya amat berbangga dan berbesar hati untuk memaklumkan kepada anda bahawa kempen ICO RENBDO telah diluluskan oleh Dana EU. Kami berterima kasih kepada EU atas sokongan mereka dan yakin bahawa sokongan ini akan membawa kejayaan kepada kami," kata Marc Robert Biggins, Ketua Pegawai Eksekutif Eco Smart Energies Ltd. "Kami juga percaya bahawa ini ialah berita baik bukan sahaja untuk RENBDO, tetapi seluruh komuniti mata wang kripto di seluruh dunia. Sokongan aktif dari perdagangan arus perdana dan badan kewangan seperti EU boleh membawa kebaikan besar ke arah penggunaan mata wang kripto pada skala yang besar."

Kempen ICO RENBDO akan berlangsung selama empat puluh lima hari, membolehkan pelabur membeli RET menggunakan Ethereum, Bitcoin dan Litecoin. Jumlah syiling yang boleh dijual ialah 80,000,000 dan had maksima untuk kempen ini ialah 39,600,000.

Untuk mendaftar kempen ICO RENBDO, sila layari https://www.renbdo.io/ 

Latar Belakang RENBDO: RENBDO atau Rangkaian Tenaga Boleh Diperbaharui Berasaskan Organisasi Terpencar ialah usaha niaga peringkat permulaan mata wang kripto akan datang yang bertujuan untuk mewujudkan ladang angin bagi tujuan penghasilan tenaga mesra alam. Objektif utama projek ini adalah untuk mengumpul dana yang mencukupi bagi tujuan pemasangan sehingga 52 turbin angin melalui Tawaran Syiling Awal (ICO). Projek ini merupakan hasil gagasan Eco Smart Energies Ltd, sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun 2015 oleh sekumpulan pakar industri. Sebelum pelancaran platform RENDBO, mereka terlibat dalam penghasilan dan pengagihan kuasa elektrik.

Hubungi:
Laman Sesawang: http://www.renbdo.io/    
Emel: contact@renbdo.io

 

Source: RENBDO
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Accounting news, issues European Government Blockchain