omniture

Guna Teknologi Dorong Perubahan Positif Alam Sekitar

Gardner Denver
2019-07-25 18:32 398

SINGAPURA, 25 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Teknologi dan industri memainkan peranan yang semakin penting dalam kehidupan harian. Teknologi baharu telah membolehkan revolusi perindustrian keempat bermula, lalu mewujudkan dunia yang hiper cekap dan terhubung yang bakal meningkatkan bukan sahaja cara organisasi-organisasi berfungsi, tetapi juga cara orang ramai di seluruh dunia bekerja, menjalani kehidupan dan bermain. Meskipun organisasi-organisasi masih berdepan dengan cabaran menjalankan perniagaan yang berdaya maju secara komersial namun mampan dari segi alam sekitar, terdapatnya peningkatan bilangan produk yang menggunakan teknologi untuk memberi tahap prestasi yang setara, di samping menggunakan kurang tenaga dan sumber.

Teknologi turut menyediakan perniagaan dengan pemahaman yang lebih baik tentang peralatan dan proses mereka, lalu membolehkan jurutera memaksimumkan kecekapan pengeluaran dengan menggunakan data untuk merancang secara strategik setiap aspek dalam proses pengeluaran; bermula dari permulaan ke output puncak kepada penyelenggaraan dan masa henti.

Kecekapan tanpa Menjejaskan Prestasi 

Sebagai pengeluar dan pembekal utama bagi penyelesaian udara termampat bebas-minyak, CompAir oleh Gardner Denver menggabungkan budaya kualiti dan inovasi dengan pemahaman mendalam tentang keperluan operasi dan perniagaan pelanggan kami. Pendekatan ini telah membolehkan kami kekal berada di hadapan dalam teknologi pemampat bebas-minyak dan membangunkan produk-produk yang dapat menyediakan faedah-faedah dunia sebenar kepada pelanggan kami; menawarkan produk-produk yang unik dan inovatif seperti rangkaian pemampat bebas-minyak Ultima(TM).

Pemampat Bebas-Minyak Ultima
Pemampat Bebas-Minyak Ultima

Membawakan reka bentuk rintis, rangkaian serba baharu Ultima(TM) menggunakan dua motor berkelajuan tinggi dan amat cekap yang bergabung dengan airend skru kering yang berkecekapan tinggi. Kecekapan maksimum diberikan oleh pengawal bawaan pintar, yang memadankan dengan sempurna nisbah penghantaran dengan memantau dan mengawal secara individu kelajuan setiap peringkat. Dengan mengubah kelajuan pemampat bebas-minyak tersebut, Ultima(TM) dapat mencapai tahap produktiviti tertinggi dalam seluruh julat pelarasan penuh.

Dilengkapi dengan pengawal skrin sentuh GD Pilot XTC(TM), Ultima(TM) memberi keupayaan untuk memantau parameter operasi pemasangan dan berhubung dengan iConn—perkhidmatan pengawasan waktu sebenar yang menyediakan pengetahuan mendalam pada waktu nyata tentang sistem. Teknologi yang proaktif dan pintar ini memberi ketenangan minda yang sepenuhnya, memastikan bahawa perancangan pengeluaran dilindungi oleh statistik yang tepat dan maklumat yang dihasilkan oleh pengawal. Data ini memastikan pengguna sentiasa dimaklumkan tentang prestasi dan menonjolkan sebarang punca yang perlu diambil perhatian sebelum masalah timbul.

Menetapkan Standard

Ketulenan udara adalah penting untuk pelbagai proses pengeluaran, yang mana bahkan setitik minyak yang paling kecil boleh membawa kepada pencemaran produk, kerosakan peralatan mahupun penurunan kecekapan. Pemampat bebas-minyak PureAir menetapkan standard untuk ketulenan udara dan disahkan ISO 8573-1 KELAS 0, menawarkan 100% udara tulen yang bebas minyak bagi menyediakan pelanggan dengan:

  • Kos Penyelenggaraan Lebih Rendah & Penjimatan Tenaga – Pemampat bebas-minyak sebenar tidak mempunyai minyak dalam kebuk pemampatan. Ini dapat mengurangkan keperluan penapisan hiliran dan penurunan tekanan, yang terus ditafsirkan kepada penjimatan tenaga serta jumlah kos pemilikan yang lebih rendah.
  • Kemampanan Dipertingkat – Dengan 100% udara bebas bahan pencemar, kami yakin bahawa sistem udara termampat anda akan beroperasi sebersih dan secekap yang mungkin.
  • Risiko Pencemaran Sifar – Beberapa proses memerlukan udara yang bersih, kering dan bebas-minyak yang tidak boleh mengambil risiko pencemaran.

Dengan pemampat bebas-minyak, anda tidak perlu bimbang terhadap sistem anda dan juga perniagaan anda.

Apabila pelanggan memilih CompAir, mereka dijamin untuk mendapat penyelesaian sebaik mungkin tanpa mengira industri atau aplikasi. Bermula dengan makanan & minuman, farmaseutikal dan penjagaan kesihatan kepada elektronik, automotif dan penjanaan kuasa, pemampat bebas-minyak PureAir kami membantu pelanggan di seluruh dunia melangkaui objektif kualiti dan pengeluaran mereka secara mampan dan cekap.

Latar Belakang Gardner Denver 

Gardner Denver (NYSE: GDI) ialah penyedia global yang terkemuka bagi kawalan aliran misi kritikal, peralatan pemampatan dan komponen selepas jualan berkaitan, produk guna habis dan perkhidmatan, yang dijual olehnya dalam pelbagai pasaran akhir yang menarik dalam perindustrian, industri tenaga dan perubatan. Rangkaian luas dan lengkap produk serta perkhidmatan pemampat, pam, vakum dan penghembus, berserta kepakaran aplikasinya dan lebih 155 tahun warisan kejuruteraan, membolehkan Gardner Denver menyediakan tawaran produk dan perkhidmatan berbeza untuk kegunaan khusus pelanggannya. Gardner Denver menyokong pelanggannya melalui jejak geografi globalnya dengan 41 kemudahan pengilangan utama, lebih 30 pusat perkhidmatan dan pembaikan pelengkap dalam enam benua serta kira-kira 6,700 kakitangan di seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190722/2530511-1?lang=0

Source: Gardner Denver
Keywords: Machinery Mining/Metals New products/services