omniture

Platform Pembayaran Generasi Baharu Terkemuka Turki ininal Jalin Kerjasama Dengan Visa Dayakan Rangkuman Kewangan Lebih Besar untuk Pelanggan

ininal
2019-07-25 22:00 230

Di bawah perkongsian tersebut, 3 juta pemegang kad ininal kini boleh bertukar kepada kad prabayar Visa 

ISTANBUL, 25 Julai 2019 /PRNewswire/ -- ininal, platform pembayaran generasi baharu, mengumumkan satu perkongsian baharu dengan Visa, yang membolehkan Teknologi Kewangan (FinTech) mengeluarkan kad Visa prabayar kepada 3 juta pelanggannya. Pelanggan ininal akan berupaya menggunakan kad baharu yang direka semula di kedai-kedai dan secara dalam talian di lebih 53 juta peniaga yang menerima Visa di seluruh dunia. Kad prabayar ini akan turut membolehkan pengguna ininal mengeluarkan wang tunai di ATM yang menerima Visa di seluruh dunia.

General Manager for Turkey at Visa Merve Tezel & ininal CEO Ömer Suner
General Manager for Turkey at Visa Merve Tezel & ininal CEO Ömer Suner

Ketua Pegawai Eksekutif ininal Ömer Suner menekankan bahawa ininal akan terus menjadi produk kewangan pertama untuk ramai pengguna muda dan berkata: "Melalui perkongsian kami dengan Visa, kami telah meningkatkan keupayaan produk yang kami tawarkan kepada pemegang kad kami dan menjadikan perkhidmatan kewangan asas lebih mudah diakses kepada semua.

Menerusi pelancaran semula produk ini, kami telah menambah ciri pengeluaran wang tunai yang telah lama dinanti-nantikan oleh pemegang kad kami. Kami berbangga kerana dapat mengeluarkan kad kami di bawah BIN Visa kami sendiri dan menyediakan semua sekuriti dan capaian seluruh dunia Visa kepada pemegang kad kami. Awal tahun ini, kami telah memperkenalkan keupayaan pembayaran bil melalui Dompet ininal kami. Menuju masa depan, kami merancang untuk mempelbagaikan perkhidmatan perbankan asas yang kami tawarkan dan menambah keupayaan pemindahan wang sepanjang masa kepada ciri produk kami."

Merve Tezel, Pengurus Besar unutuk Turki di Visa menekankan bahawa inovasi menjadi teras dalam perniagaan Visa dan berkata: "Ketika pembayaran terus menjadi semakin bersifat digital, menyediakan akses kepada penduduk yang tidak mempunyai akaun bank dan kurang menggunakan perkhidmatan perbankan menjadi amat penting untuk pembangunan perdagangan. Melalui perkongsian kami dengan ininal, kami membolehkan tiga juta pemegang kad mendapat manfaat daripada inovasi Visa yang menjadikannya lebih senang, lebih selamat dan lebih mudah untuk membuat bayaran di mana mereka berada – dalam kedai dan dalam talian. Kami akan terus bekerjasama dengan ininal bagi mencetuskan perubahan kepada pengguna yang tidak mempunyai akaun bank dan kurang menggunakan perkhidmatan perbankan di seluruh Turki."

Bagi fasa pertama perkongsian ini, lebih 3 juta pengguna kad ininal akan berpeluang mendapatkan kad prabayar Visa baharu mereka di lebih 10,000 tempat jualan di Turki (ŞOK Market, Migros, D&R, Teknosa, Practical Transactions, PTT, Vatan Computer dan KİM Market).

General Manager for Turkey at Visa Merve Tezel & ininal CEO Ömer Suner
General Manager for Turkey at Visa Merve Tezel & ininal CEO Ömer Suner

 

 

 

Source: ininal
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Joint ventures New products/services Financial Technology