omniture

ENN, Salah Satu Penyedia Perkhidmatan Tenaga Terbesar di China Mulakan Transformasi Digitalnya pada Rantaian Blok VeChainThor

VeChain
2019-07-26 11:07 157

SHANGHAI, 26 Julai 2019 /PRNewswire/ -- China mempunyai pasaran Gas Asli Cecair (LNG) yang maju. Pada tahun 2018 sahaja, 280 bilion meter padu gas asli telahpun digunakan. Dengan dasar penukaran arang batu-kepada-gas dan ekonomi yang pantas berkembang China, kita dapat menjangkakan permintaan yang semakin meningkat untuk LNG pada tahun-tahun mendatang. Untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pasaran Cina yang amat besar, ENN Energy Holdings Limited, salah satu penyedia perkhidmatan tenaga yang terbesar di China, beralih kepada Rantaian Blok VeChainThor untuk kawalan kualiti dan pengurusan rantaian bekalan yang dioptimum. Di seluruh negara, ENN mengendalikan 187 bandar projek yang meliputi penduduk bandar terhubung seramai 94.57 juta di China.

 

Komposisi, nilai kalori, dan kadar pengegasan LNG adalah berbeza bergantung pada sumber dan pemprosesan, dan bagi menjamin kualiti dan keselamatan, penting untuk mengesan data yang relevan dengan cara yang jitu dan tepat pada masanya. Atas sebab yang sama, tekanan gas berubah semasa pengangkutan dan masa ketibaan juga akan direkodkan. Secara tradisi, data direkodkan oleh kakitangan berbeza di rantaian bekalan dan dihantar melalui pelbagai alatan komunikasi secara manual, yang mengambil masa dan terdedah kepada kesilapan manusia.

Atas sebab itulah Rantaian Blok VeChainThor dan teknologi IoT digunakan. Pada Ogos 2018, di Pameran Teknologi dan Peralatan Gas & Pemanasan Antarabangsa China 2018, ENN, VeChain, platform rantaian blok awam tahap perusahaan, dan Shanghai Gas, syarikat milik negara yang menyumbang sebanyak lebih 90% daripada jumlah pasaran gas Shanghai, menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik untuk membangunkan penyelesaian LNG berasaskan Rantaian Blok VeChainThor.

Dalam perkongsian ini, ENN bertanggungjawab untuk reka bentuk dan pembinaan sistem senario perniagaan berkaitan LNG. VeChain pula bertanggungjawab untuk menyediakan teknologi teras rantaian blok dan perkhidmatan perisian yang diperlukan. Shanghai Gas mengawasi pihak yang memastikan penyelesaian ini diperluas merentas seluruh pasaran LNG negara.

Penyelesaian ini mula digunakan oleh Pusat Simpanan dan Pengagihan LNG Zhoushan semasa fasa pertama sebelum pelancaran penuh.

Dalam kes ini, Rantaian Blok VeChainThor diaplikasikan dengan kombinasi peranti IoT bagi memudahkan pengurusan rantaian bekalan. Setelah tiba, gas akan disuntuk ke dalam tangki-tangki berbeza, dan dari situ, setiap tong gas diberikan nombor tangki, yang dikaitkan dengan data relevan yang disimpan pada rantaian blok, seperti nilai penjelasan, sumber dan sebagainya. Apabila dihantar kepada peruncit, maklumat logistik dan laporan kualiti LNG akan turut dimuat naik ke rantaian blok. Melalui proses ini, data LNG daripada pembawa kepada pengedar tempatan boleh disahkan secara bersilang dan ditentusahkan pada rantaian blok.

Selain itu, pengenalan kepada Rantaian Blok VeChainThor memungkinkannya untuk melanjutkan pembiayaan rantaian bekalan kepada akuan janji resit gudang, kebolehkesanan kualiti, jaminan keselamatan dan banyak lagi. Dengan data sahih dan disulitkan yang disediakan untuk semakan, penyedia perkhidmatan kewangan rantaian blok kini disediakan dengan alatan yang dipertingkat bagi tujuan pertanyaan dan pengesahan maklumat.

Menuju masa depan, VeChain akan bekerjasama dengan lebih erat bersama ENN untuk mempromosikan model tersebut kepada projek-projek LNG yang lain dan pelbagai senario perniagaan, menjana nilai untuk kedua-dua ekonomi sebenar dan juga pengguna akhir.

Latar Belakang VeChain
Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain bermatlamat untuk menghubungkan teknologi rantaian blok ke dunia sebenar dengan menyediakan struktur tadbir urus komprehensif, model ekonomi yang mantap serta penyepaduan IoT. VeChain ialah perintis bagi aplikasi dunia sebenar menggunakan teknologi rantaian blok awam, dengan operasi antarabangsa di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Paris, Hong Kong dan San Francisco.  

Bersama-sama rakan kongsi strategik kami PwC dan DNV GL, kami menjalin hubungan kerjasama dengan banyak perusahaan terkemuka dalam industri-industri berbeza termasuk Walmart China, BMW, BYD Auto, Haier, Bright Food, D.I.G, DB Schenker, PICC dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut tentang VeChain, sila ikuti Twitter kami @vechainofficial atau kunjungi laman sesawang rasmi kami https://www.vechain.com/

Video - https://www.youtube.com/watch?v=4yAgBEGqkVk

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/738221/VeChain_Logo.jpg

Source: VeChain
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Gas Utilities Licensing/marketing agreements Blockchain