![]() |
![]() |
Penganugerahan Sambungan Kabel Submarin Lengkap Memanfaatkan Kapal Pemasangan Kabel Baharu
Semua Kabel Darat Bakal Disediakan untuk Laluan UK
"Kami berbangga untuk menyokong National Grid dan Energinet dalam pembangunan penyambung tara yang terpanjang di dunia," isytihar Ketua Pegawai Eksekutif Prysmian V. Battista
MILAN, 26 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Prysmian Group, peneraju dunia dalam industri tenaga dan sistem kabel telekomunikasi, menerima surat penganugerahan daripada National Grid Viking Link Limited dan Energinet, untuk pembangunan Viking Link, sambungan kabel submarin pertama antara UK dan Denmark. Bernilai hampir €700 juta, kontrak ini termasuk reka bentuk siap guna, pengeluaran dan pemasangan penyambung tara yang terpanjang di dunia dengan keseluruhan kabel 1,250 km untuk laluan submarin dan kesemua dengan kira-kira 135 km kabel darat di sebelah UK, untuk 4 daripada 5 Lot yang dianugerahkan.
"Kami berbangga kerana berpeluang untuk menyokong dua pelanggan paling penting kami, National Grid dan Energinet, dalam pembangunan infrastruktur yang sedemikian strategik yang akan menjadi suatu pencapaian penting untuk penaiktarafan seluruh grid penghantaran kuasa EU," ujar Valerio Battista, Ketua Pegawai Eksekutif Prysmian Group.
Penyambung tara Arus Terus Voltan Tinggi (HVDC) akan beroperasi pada ± 525 kV DC dan akan membolehkan sehingga 1,400 MW kuasa dihantar antara kedua-dua negara yang melintasi perairan UK, Belanda, Jerman dan Denmark, menggunakan kabel bertebat-kertas terisi-penuh teras-tunggal. Sistem kabel HVDC akan menghubungkan stesen penukar yang terletak di Bicker Fen, Lincolnshire, UK, ke stesen penukar yang terletak di Revsing, selatan Jutland, Denmark, dengan tujuan untuk meningkatkan akses kepada sumber tenaga boleh diperbaharui dan mampan untuk lebih 1.4 juta isi rumah, mengurangkan kos kuasa elektrik di UK serta memberi keandalan sistem tambahan.
"Projek ini mengesahkan lagi kepimpinan pasaran dan teknologi kami yang tidak dapat dipertikaikan. Komitman kami adalah untuk memastikan semua sumber yang diperlukan bagi menyokong pelanggan kami dalam peralihan kepada senario tenaga yang lebih mampan dan lebih pintar," ujar Hakan Ozmen, Naib Presiden Eksekutif Projek, Prysmian Group.
Semua kabel akan dikeluarkan di pusat kecemerlangan Kumpulan di Arco Felice (Itali). Operasi kabel luar pesisir akan dilaksanakan menggunakan kapal pemasangan canggih yang baharu daripada Prysmian, yang akan menjadi yang paling berkebolehan dalam pasaran. Dengan pelaburan melebihi €170 juta, aset strategik ini akan mengukuhkan pendekatan Prysmian sebagai penyedia penyelesaian kedai sehenti, yang mampu menawarkan kefleksibelan projek yang dipertingkat hasil daripada ciri-ciri termajunya. Pentauliahan projek dijadualkan pada akhir tahun 2023.
Prysmian Group
Prysmian Group ialah peneraju dunia dalam industri tenaga dan sistem kabel telekomunikasi. Dengan pengalaman selama hampir 140 tahun, jualan melebihi €11 bilion, dengan kira-kira 29,000 kakitangan di lebih 50 negara dan juga 112 kilang, Kumpulan ini berkedudukan kukuh dalam pasaran berteknologi tinggi dan menawarkan rangkaian terluas seumpamanya bagi produk, perkhidmatan, teknologi dan kepakaran. Ia beroperasi dalam perniagaan kabel dan sistem bawah tanah serta dasar laut untuk penghantaran dan pengagihan kuasa, dengan kabel khas untuk kegunaan dalam banyak industri berbeza dan kabel bervoltan sederhana dan rendah untuk sektor-sektor pembinaan dan juga infrastruktur. Bagi industri telekomunikasi, Kumpulan ini mengeluarkan kabel dan aksesori untuk penghantaran suara, video dan data, menawarkan rangkaian komprehensif gentian optik, kabel optik dan tembaga serta sistem sambungan. Prysmian ialah sebuah syarikat awam, disenaraikan dalam Bursa Saham Itali dalam indeks FTSE MIB.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/951144/Prysmian_Group.jpg