omniture

Pakar-pakar berhimpun di Chengdu bincang bagaimana bandar-bandar dapat manfaatkan kuasa budaya

Belt and Road World Cities Culture Centre
2019-07-26 17:59 182

CHENGDU, China, 26 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Di Simposium Modal Budaya Dunia Tianfu ke-2, pegawai-pegawai Chengdu sekali lagi disertai oleh pakar-pakar budaya dunia daripada Forum Budaya Bandar-bandar Dunia untuk meneroka pembangunan budaya dan peluang bandar untuk ekonomi baharu. Antara pelbagai siri topik dan pakar dari seluruh dunia, satu panel perbincangan mengkaji peranan budaya dalam mengembangkan identiti bandar. Paul Owens, Pengarah Forum Budaya Bandar-bandar Dunia, bertanyakan peserta "Sejauh manakah bandar-bandar berjaya mengimbangi budaya tempatan yang tulen tatkala ia berkembang menjadi bandar-bandar global?" Bagi memberi respons kepada soalan beliau, John Howkins, Pengerusi Pusat Budaya Bandar-bandar Dunia Jalur dan Jalan menarik perhatian terhadap peranan teknologi dan ekonomi baharu dalam menentukan reputasi masa depan serta mewujudkan sektor-sektor budaya yang serba baharu sewaktu mengusahakannya. Howkins berfikir secara mendalam tentang inisiatif baharu yang dilancarkan di simposium tersebut pada sebelah paginya. Naib Pengerusi Persatuan Penulis-penulis Cina, Jidi Majia, menyatakan bahawa "Kebijaksanaan individu akan mewujudkan dialog yang lebih terbuka dan stabil – ini akan menjadi kebijaksanaan individu-individu berbeza dan negara-negara berbeza, tamadun besar bersifat inklusif dan belajar daripada satu sama lain."

Five Continents Congratulate Chengdu
Five Continents Congratulate Chengdu

Pegawai-pegawai bandar dari Chengdu melancarkan projek Bandar Media Pintar Tianfu, satu inisiatif baharu yang menyatakan cita-cita untuk menyepadukan pelbagai inisiatif media pintar termasuk platform teknologi seperti 5G dan teknologi ekonomi baharu seperti AI, bagi membina reputasi baharu di persada global.

Peserta-peserta menyukai pembentangan daripada Shan Jixiang, pengarah Palace Museum dan individu penting dalam dokumentari baru-baru ini yang meneroka kejayaan istana tersebut. Shan menggariskan bagaimana misi muzium tersebut adalah untuk meluaskan budaya, membawa lebih banyak artifak budaya untuk dilihat oleh orang awam dan dikongsikan dalam kisah-kisah tersembunyi Kota Larangan (Forbidden City).

Peserta-peserta persidangan turut mendengar daripada Robert Govers, pakar penjenamaan tempat antarabangsa, yang berbincang tentang kepentingan bandar-bandar mengaplikasikan pendekatan imaginatif untuk membentuk reputasi bandar tersebut. Ramai peserta bersetuju dengan kata-kata dan sentimen daripada Jidi Majia apabila beliau menyatakan bahawa "kod-kod bandar misteri terdapat dalam setiap bandar dunia yang hebat," barangkali memberi definisi kejayaan, seperti sajak yang bagus, sentiasa dapat dirasai dengan dekat namun agak jauh dari genggaman kita. Penyajak jelas tentang kepentingan dan karakter Chengdu, merujuknya sebagai bandar di mana cahaya dan puisi muncul.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190725/2534510-1?lang=0

Source: Belt and Road World Cities Culture Centre
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Computer/Electronics Entertainment Travel