omniture

Dwayne Johnson Dan VOSS Water Umum Perkongsian Strategik

VOSS Water
2019-07-27 00:14 164

Johnson peroleh kepentingan dalam VOSS, akan berperanan sebagai penasihat strategik tatkala ia berkembang kepada kategori, pempakejan dan platform baharu

NEW YORK, 27 Julai 2019 /PRNewswire/ -- VOSS Water hari ini mengumumkan perkongsian strategiknya dengan ikon hiburan global, usahawan dan penyokong setia VOSS, Dwayne Johnson. Johnson, yang memperoleh kepentingan dalam VOSS, akan berperanan sebagai rakan kongsi jenama sebenar dan penasihat strategik tatkala jenama tersebut menginovasi dan meneruskan peluasan ke wilayah-wilayah antarabangsa baharu termasuk China, serta kategori produk, pempakejan dan platform baharu. Sebagai peneraju budaya yang mengikuti perkembangan terkini tentang apa yang diinginkan oleh khalayak, pengaruh dan kepakaran global Johnson akan menjadi sangat berharga untuk memperkenalkan jenama tersebut kepada khalayak baharu.

Photo Credit: Hiram Garcia
Photo Credit: Hiram Garcia

Setiap inovasi yang dicipta di bawah perkongsian ini akan menginspirasikan pengguna untuk memperoleh kesemua yang boleh dicapai dalam kehidupan, selari dengan cita-cita Johnson sendiri, di samping mendukung komitmen sekian lama jenama ini terhadap kualiti dan kemampanan. Inovasi kolaboratif sulung ini, yang pertama oleh jenama ini daripada pelbagai tawaran fungsian yang memberi faedah kesihatan yang unik dan bermakna kepada pengguna, dirancang untuk dilancarkan pada awal tahun 2020.

"Saya telah minum air VOSS selama bertahun-tahun, sama ada di set penggambaran, di Iron Paradise atau ketika meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan saya. Perkongsian ini merupakan satu evolusi semula jadi ketika saya mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan jenama-jenama luar biasa yang ingin menginovasi dan memberi impak kepada dunia dengan produk boleh serah yang terbaik dalam kelas dan mampan. Saya teruja kerana dapat mengembangkan minat sejati saya terhadap VOSS menjadi satu pelaburan perniagaan formal dan dapat bekerjasama dengan pasukan kepimpinan luar biasa mereka, bagi mencipta produk baharu dan membangunkan inisiatif dan kolaborasi jenama yang strategik," kata Johnson. "Kita akan membina perkara yang hebat bersama-sama."

VOSS akan turut mendapat manfaat daripada pengetahuan dan kepakaran mendalam Johnson dalam pemasaran dengan peralihan budaya melalui perundingan dan kolaborasi penjenamaan yang berterusan. Ini termasuk pelancaran pengiklanan menghadap pengguna yang terbesar oleh VOSS dan kempen media sosial selama bertahun-tahun, "Live Every Drop," yang akan menampilkan Johnson sendiri.

"Saya berasa gembira dapat bekerjasama dengan Dwayne dan pasukan beliau sepanjang beberapa bulan lalu untuk mengaturkan secara khusus rancangan bercita-cita tinggi VOSS untuk peluasan. Dwayne berkongsi minat yang sama ke arah kecemerlangan, tanggungjawab dan kepuasan pengguna. Saya hanya mengharapkan perkara-perkara hebat daripada perkongsian ini dan turut menyuarakan pandangan yang sama daripada semua eksekutif kami ketika saya mengatakan bahawa kami amat bersemangat dengan hubungan ini dan peluang unik yang akan dicipta bersama-sama," kata John Shulman, Naib Pengerusi VOSS Water.

Kempen "Live Every Drop" akan menunjukkan contoh mentaliti bahawa anda akan menuai hasil daripada benih yang disemai dalam kehidupan, berkongsi imbasan mesra di belakang tabir bagaimana Johnson berusaha untuk mengatasi batasan setiap hari. Kempen ini akan dilancarkan melalui kawasan luar berskala luas, digital dan media sosial dalam seluruh pasaran utama, bermula di Amerika Syarikat pada 5 Ogos 2019.

"Kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan rakan kongsi yang benar-benar merangkumkan visi jenama VOSS," kata Ariel Boorstin, Pengarah Pemasaran Global untuk VOSS. "Komitmen Johnson untuk berusaha keras sebagaimana yang diperlukan bagi menjalani kehidupan yang baik, bertindak dengan tujuan dan menginspirasikan kehebatan, persis etos 'Live Every Drop.' Sebagai salah seorang bakat yang paling berpengaruh di dunia, Dwayne Johnson akan memainkan peranan penting tatkala VOSS melangkah ke hadapan – menyokong visi jenama yang diperluas tatkala kami berkembang ke dalam kategori dan wilayah baharu serta meluaskan jangkauan nilai bersama kami yang utama."

Langkah ini menunjukkan sejauh mana VOSS terus berkembang dan memahami penggunanya. Air premium terus daripada sumber yang paling bersih, ketulenan VOSS menjadikannya jenama yang layak meraih kehebatan setiap hari dan sebagai galakan harian untuk berusaha lebih lagi. Pengguna telah mula mengharapkan hanya yang terbaik daripada VOSS dan tiada rakan kongsi sekuat Johnson yang dapat membantu menjadikan visi jenama yang diperluas ini suatu kenyataan.

Latar Belakang VOSS Water:
Sumber VOSS terdapat di Iveland, kawasan yang sangat kurang penduduknya di hujung selatan Norway. Terkepung dalam akuifer jauh di perut bumi, air VOSS terletak di bawah lapisan batu dan pasir, yang mewujudkan penapis semula jadi, lalu melindunginya daripada udara dan bahan pencemar lain. Ketulenan luar biasa VOSS dan rasa segar yang unik dan bersih sebahagiannya adalah lantaran kadar rendah Jumlah Pepejal Terlarut (TDS) yang secara semula jadinya berlaku dalam sumber VOSS.

Ketulenan VOSS yang luar biasa hanya dapat dipadankan oleh reka bentuk botolnya yang menakjubkan, yang secara uniknya menunjukkan perbezaan air di dalamnya. Kini menjadi ikon, VOSS diraikan di seluruh dunia dalam lebih 50 negara, menerusi pelbagai saiz dengan tarikan yang unik dan bersifat sejagat. Disesuaikan untuk waktu penggunaan yang berbeza, Air Mati VOSS disediakan dalam botol kaca dan plastik PET bergred tinggi. Rangkaian Air Berbuih VOSS termasuk Air Berbuih Berperisa disediakan dalam botol kaca. Air Berbuih Berperisa VOSS didatangkan dengan kombinasi rasa yang unik & menyegarkan – Timun Lemon, Serai Limau Tangerin, Pudina Limau Nipis, Halia Strawberi & Ros Raspberi – setiap satunya tidak mengandungi kalori dan tidak mempunyai gula atau pemanis tiruan. Rangkaian Air Berbuih Berperisa kini disediakan di EU, U.K., A.S., Australia, Kanada & Mexico.

Pertanyaan Media:

Untuk Dwayne Johnson 
JONESWORKS 
TeamRock@Jonesworks.com

Untuk VOSS Water
NIKE COMMUNICATIONS
eshor@nikecomm.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/952114/VOSS_Water_Dwayne_Johnson.jpg

Source: VOSS Water
Keywords: Advertising Beverages Entertainment Film & Motion Picture Household/Consumer/Cosmetics Non-Alcoholic Beverages Retail Joint ventures