omniture

Natura &Co ambil langkah tegas dalam perjuangan menentang perubahan iklim

Natura &Co
2019-07-29 03:21 172

- Natura &Co komited tetapkan sasaran iklim 1.5°C sejajar dengan masa depan sifar-bersih.

SÃO PAULO, 29 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Menjelang Sidang Kemuncak Tindakan Iklim PBB pada September ini, Natura &Co mengukuhkan komitmennya untuk menetapkan tahap baharu cita-cita berkaitan iklim sebagai sebahagian daripada kempen "Cita-cita Perniagaan untuk 1.5°C: Satu-satunya Masa Depan Kita". Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, Natura &Co bersama-sama 21 syarikat lain dengan permodalan pasaran keseluruhan mencecah lebih $1.7 trilion akan berikrar untuk mengehadkan sumbangannya terhadap peningkatan suhu dunia kepada 1.5°C melebihi paras praperindustrian dan mencapai emisi sifar-bersih selewat-lewatnya pada tahun 2050.

Komitmen ini menyokong laporan* paling terkini oleh Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC) yang memberi amaran tentang akibat-akibat yang menimbulkan bencana sekiranya pemanasan global melebihi suhu 1.5°C. 

"Setiausaha Agung PBB menggesa pemimpin-pemimpin untuk hadir ke Sidang Kemuncak Tindakan Iklim pada September ini dengan rancangan jelas berhubung pemotongan besar emisi dalam usaha menuju ekonomi emisi bersih-sifar menjelang tahun 2050," kata Duta Luis Alfonso de Alba, Wakil Khas Setiausaha Agung PBB untuk Sidang Kemuncak Tindakan Iklim. "Begitu menggalakkan apabila melihat pemimpin-pemimpin iklim dalam komuniti perniagaan global ini bertindak, untuk membantu menangani masalah kecemasan iklim dan kerana mengambil tindakan iklim membawa peluang-peluang besar kepada penggerak awal. Dengan menghantar petanda pasaran yang mantap, syarikat-syarikat ini menunjukkan kepada Kerajaan bahawa mereka perlu meningkatkan rancangan negara mereka dengan segera selari dengan sains iklim yang terkini."

Roberto Marques, Pengerusi Eksekutif Natura &Co berkata:  "Demi generasi seterusnya, kita tidak boleh mengabaikan masalah kecemasan iklim yang dihadapi oleh kita pada masa kini. Syarikat, kerajaan, masyarakat awam dan individu perlu bertindak bersama-sama dan kita perlu lebih bercita-cita tinggi kerana apabila diamati dengan teliti, kita tidak dapat menjalankan perniagaan di bumi yang tandus. Kempen ini merupakan satu permulaan hebat dan saya ingin menggalakkan setiap perniagaan untuk turut terlibat."

Ini merupakan komitmen besar yang pertama dibuat oleh Natura &Co sejak penubuhannya susulan penggabungan antara Natura, Aesop dan The Body Shop bagi membentuk sebuah kumpulan kosmetik yang didorong matlamat.

Latar Belakang Natura &Co
Hasil daripada gabungan antara Natura, Aesop dan The Body Shop, Natura &Co ialah kumpulan kosmetik bertaraf global yang didorong matlamat, berbilang saluran dan berbilang jenama. Natura &Co mencatatkan pendapatan bersih sebanyak R$ 13.4 bilion pada tahun 2018. Ketiga-tiga syarikat yang membentuk kumpulan ini komited untuk mewujudkan kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang positif. Ditubuhkan pada tahun 1969, Natura ialah sebuah syarikat multinasional Brazil dalam segmen kosmetik dan penjagaan peribadi serta peneraju bagi jualan langsung. Ditubuhkan pada tahun 1976 di Brighton, England, oleh Dame Anita Roddick, The Body Shop ialah jenama kecantikan global yang didorong oleh etos perniagaan sebagai kuasa demi kebaikan. Jenama kecantikan Australia Aesop ditubuhkan pada tahun 1987 dengan usaha untuk mencipta rangkaian produk superlatif untuk kulit, rambut dan tubuh. https://naturaeco.com

Latar Belakang United Nations Global Compact
Sebagai satu inisiatif khas Setiausaha Agung PBB, United Nations Global Compact bekerjasama dengan syarikat-syarikat di merata tempat untuk menyelaraskan operasi dan strategi mereka dengan sepuluh prinsip sejagat dalam bidang hak asasi manusia, buruh, alam sekitar dan antirasuah. Dilancarkan pada tahun 2000, UN Global Compact membimbing dan menyokong komuniti perniagaan global dalam memajukan matlamat dan nilai PBB melalui amalan korporat yang bertanggungjawab. Dengan lebih 9,500 syarikat dan 3,000 penandatanganan bukan perniagaan yang berpangkalan di lebih 160 negara, serta 70 Rangkaian Tempatan, ia merupakan inisiatif kemampanan korporat yang terbesar di dunia. Untuk maklumat lanjut, ikuti @globalcompact di media sosial dan kunjungi laman sesawang kami di www.unglobalcompact.org.

* https://www.ipcc.ch/sr15/

Source: Natura &Co
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Social Responsibility