omniture

Bangunan Empire State Perkenal Pengalaman Balai Cerap Tingkat Kedua Serba Baharu

Empire State Realty Trust, Inc.
2019-07-29 03:29 159

Pameran Imersif Dibuka kepada Orang Awam pada 29 Julai

NEW YORK, 29 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Bangunan Empire State (ESB) hari ini mengumumkan fasa kedua Pengalaman Balai Cerap yang diperbaharui semula sepenuhnya. Dibuka kepada orang awam pada 29 Julai 2019, projek bernilai $165 juta itu membawakan satu-satunya muzium di Bandar Raya New York yang dibuka tujuh hari seminggu dari jam 8 pagi hingga 2 pagi. Terletak di tingkat dua ikon antarabangsa, galeri-galeri berkeluasan 10,000 kaki persegi itu menjemput Tetamu untuk mengalami satu perjalanan bermula dengan pembinaan bangunan kepada kedudukan semasanya dalam budaya pop. Dinamakan sebagai mercu tanda A.S. yang paling banyak dimuat naik di Instagram dalam satu kajian yang dijalankan oleh Sony Mobile, galeri-galeri baharu tersebut membawakan pameran yang imersif dan interaktif yang dapat memenuhi keinginan pengembara moden masa kini untuk berkongsi pengalaman autentik – kesemuanya ketika mereka melakukan perjalanan menuju pemandangan unik dari Balai Cerap Tingkat ke-86.

Dipimpin oleh pereka berpengalaman Thinc bersama ahli-ahli pasukan IDEO, Squint Opera, Beneville Studios, Diversified., Intersection, Kubik Maltbie, Otis Elevator Company dan Tenguerian Model, fasa kedua menyusuli fasa pertama, pintu masuk Balai Cerap serba baharu di 20 West 34th Street yang telahpun siap pada Ogos 2018.

Galeri-galeri yang dijelajah oleh pengunjung untuk merasai pemandangan terkenal ESB dari pusat Bandar Raya New York termasuk:

  • Tapak pada tahun 1920-an: Imej berpanorama hitam-dan-putih menggambarkan tapak Waldorf-Astoria Hotel asal ketika pembinaan Bangunan Empire State bermula. Melalui juruukur bangunan, Tetamu dapat memandang ke dalam dan melihat jalan raya Bandar Raya New York pada lewat tahun 1920-an dihidupkan dengan warna penuh.
  • Pembinaan: Diinspirasikan oleh fotografi Lewis Hine, pengunjung akan dibawa kembali ke masa lampau apabila rivet panas dan rasuk keluli terbang di atas kepala dan bunyi Bandar Raya New York dihidupkan dengan bunyi keliling. Pengunjung juga boleh berinteraksi dengan arca acuan pekerja-pekerja binaan tugasan khas ketika mereka bekerja dan berehat untuk makan tengah hari.
  • Hari Pembukaan: Keterujaan hari pembukaan dapat dirasai dengan budak surat khabar mengumumkan pembukaan Bangunan Empire State ketika budak itu menjual surat khabar di jalan raya tahun 1930-an Bandar Raya New York.
  • Keajaiban Moden: Pameran Keajaiban Moden menggariskan langkah-langkah tertentu yang diambil untuk menjadikan Bangunan Empire State sebagai peneraju dunia dalam kemampanan dan menjadi contoh utama dalam kecekapan tenaga.
  • Lif Otis: Otis menyediakan teknologi rintis yang menjadikan ketinggian ESB yang menjulang suatu kenyataan. Dalam satu pameran khusus, Otis mempamerkan bukan sahaja bagaimana lif asal beroperasi, tetapi mengajar pengunjung tentang teknologi terkini yang dipasang dalam lif terbaharu, yang mengangkut lebih 10 juta penyewa dan Tetamu Balai Cerap setiap tahun. Pengunjung juga dapat berjalan melalui simulasi aci lif sebenar dan merasakan tenaga yang terhasil oleh gerakan kereta yang berdekatan.
  • Kampus Bandar: Sangat sedikit pengunjung ke Bangunan Empire State menyedari apa yang berlaku hampir di 100 tingkat yang tidak dapat dilihat oleh mereka. Kampus Bandar menawarkan satu imbasan tentang beberapa ruang penyewa utama, kemudahan dan pemandangan tersembunyi pada bangunan tersebut sebagaimana yang dialami oleh mereka yang bekerja di sana. Pameran ini menekankan beberapa perniagaan era internet kontemporari ini, yang dapat dilihat melalui lubang intip yang memberikan tetamu pemandangan orang dalam tentang keadaan pejabat berteknologi tinggi ini.
  • Bangunan Paling Terkenal di Dunia: Disediakan dengan skor asal yang dihasilkan untuk pameran ini, lebih tujuh puluh skrin memaparkan sorotan berhubung peranan utama ESB dalam budaya pop dari setiap dekad sejak tahun 1930-an. Pengunjung di seluruh dunia akan mengenali ratusan filem, rancangan TV, iklan, kartun, buku komik dan permainan video yang menampilkan bangunan yang terkenal di dunia ini.   
  • King Kong: Pengunjung berjalan ke pejabat dari tahun 1930-an di mana jari-jari mawas yang terkenal dan sangat besar menembusi dinding-dinding tersebut ketika ia berayun dari bangunan tersebut dan mengelak daripada pesawat pejuang vintaj. Mereka yang cukup berani boleh menjejak ke tangan King Kong – tetapi awas, anda mungkin dapat merasai sendiri kuasa mawas yang menakutkan ini!
  • Selebriti: Bangunan Empire State ialah destinasi popular untuk selebriti-selebriti ternama dan bakat seluruh dunia dengan banyak wajah terkenal dari seluruh dunia mengunjungi Balai Cerap Tingkat ke-86 yang terkenal di dunia ini. Pameran ini menonjolkan beberapa pengunjung yang paling terkenal (atlet, pemuzik, pelakon) dengan imej mereka dan memorabilia bertandatangan menghiasi dinding-dinding untuk diamati oleh Tetamu ketika mereka menuju ke lif yang akan membawa mereka ke hentian seterusnya: NYC: Above & Beyond di Tingkat ke-80

"Biarpun pemandangan dari Balai Cerap Tingkat ke-86 terkenal di seluruh dunia, Bangunan Empire State mempunyai kekayaan sejarah yang padat dengan peristiwa menarik dan projek inovatif yang kini dapat dikongsi melalui pameran tingkat kedua baharu kami," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Empire State Realty Trust. "Kami bermula pada Ogos 2018 menerusi pemindahan pintu masuk Balai Cerap kami ke 34th Street, dan kini galeri-galeri baharu kami di tingkat kedua memberi peluang kepada pengunjung kami untuk belajar dan terhubung dengan ketulenan ikonik yang hanya dapat diberikan oleh Bangunan Empire State dan bukan sahaja unik di Bandar Raya New York, bahkan di dunia. Menerusi kepakaran daripada rakan-rakan kongsi reka bentuk kami, galeri-galeri baharu ini akan menghubungkan pengunjung dengan cara yang belum pernah diberikan sebelum ini."

Pasukan silang bidang yang terbaik dalam kelas daripada industri seni dan seni bina, teknologi serta hiburan, yang mengolah dan menyusun atur projek tersebut termasuk:

  • Beneville Studios
  • Corgan
  • Diversified.
  • IDEO
  • Intersection
  • JLL
  • Kubik Maltbie
  • Otis Elevator Company
  • Skanska
  • Squint / Opera
  • Syska Hennessy Group
  • Tenguerian Models
  • The Lighting Practice
  • Thinc Design
  • Thornton Tomasetti

Kekal terhubung di media sosial melalui #ESBReimagined. Untuk merancang lawatan anda dan membeli tiket, sila kunjungi www.empirestatebuilding.com.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri dari seluruh dunia. Bangunan Empire State dinamakan sebagai destinasi perjalanan yang paling popular di dunia dalam satu kajian yang dijalankan oleh Uber dan dipilih sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 30 Jun 2019, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa dalam portfolio perniagaan.

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate New products/services Future Events