omniture

Kerabat Brunei Lancar Shine X, Studio Kecergasan Butik Direka oleh Firma Berpangkalan di Texas, Indoor Cycle Design

Indoor Cycle Design
2019-07-30 22:00 229

Yang Teramat Mulia Puteri ´Azemah Ni´matul Bolkiah dapatkan bakat-bakat yang memenangi anugerah daripada Indoor Cycle Design untuk kembangkan jenama kecergasan Shine di Asia Tenggara

DALLAS, 31 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Dalam usaha untuk mengembangkan kecergasan butik premium di Brunei, Yang Teramat Mulia Puteri ´Azemah Ni´matul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar telah melancarkan Shine X, studio kecergasan diinspirasikan kem latihan susulan kejayaan pembukaan Shine Cycle pada tahun 2018.


Barbara Chancey, pemilik Indoor Cycle Design yang berpangkalan di Dallas, ditugaskan untuk memimpin projek 12 bulan ini. Pakar-pakar global dalam perniagaan baharu kecergasan butik, Chancey dan pasukan beliau menyepadukan jenama Shine X ke dalam setiap aspek studio manakala skema warna yang gelap dan berunsur lasak dipilih dengan perhatian teliti diberikan pada pencahayaan dan komposisi.

"Kami memaksimumkan ruang untuk memberi suasana komuniti dan menggalakkan interaksi manusia. Koridor yang terang membawa kepada bilik-bilik persalinan yang serba lengkap dan sudut berkumpul yang mana perbualan dan persahabatan dapat dipupuk. Saya amat berpuas hati kerana dapat melaksanakan visi pemilik," kata arkitek Indoor Cycle Design Douglas Frey.

Lebih 180 lampu LED dengan output tinggi diprogramkan untuk menghasilkan siri pertunjukan lampu yang sentiasa berubah-ubah yang dikawal oleh sentuhan butang. Alang X yang tergantung diterangi dari belakang dengan pencahayaan, dan sistem pencahayaan yang versatil ini terulung di Asia Tenggara.

Acara perasmian besar-besaran selama tiga hari turut melibatkan kelas percuma untuk orang awam, sambutan untuk kakitangan Shine X dan Shine Cycle selain jelajah studio berpandu untuk tetamu-tetamu kehormat serta atlet-atlet profesional. Shine X merupakan penambahan yang dialu-alukan dalam segmen kecergasan Brunei dan berhasrat untuk menginspirasikan kehidupan yang sihat dan ceria buat semua penduduk.

Menerusi dua dekad pengalaman, Chancey telah membimbing pelancaran lebih 200 butik kecergasan yang berjaya di enam benua dan menawarkan kepakaran perniagaan baharu premium untuk pelabur pembeza, pemaju komersial dan pemilik studio. Sebagai suara yang dipercayai dalam industri ini, kekayaan pengetahuan beliau serta kaedah-kaedah terbukti digabungkan untuk membawakan designasi kecergasan yang tiada bandingan. Bermula daripada konsep kepada realiti, Indoor Cycle Design menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk pelan perniagaan, penjenamaan, seni bina/reka bentuk, operasi dan latihan pengajar.

Latar Belakang Indoor Cycle Design
Berpangkalan di Dallas, Texas, Indoor Cycle Design ialah firma reka bentuk kecergasan butik premium yang mengkhusus untuk mencipta studio-studio yang berjaya di seluruh dunia. Bermula dengan aktiviti berbasikal dalam kawasan tertutup dan yoga kepada tinju serta kem latihan, pelbagai perkhidmatan disediakan untuk golongan berwawasan komersial dan kediaman.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.indoorcycledesign.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/952441/SHINE_X_opens_new_studio_with_Indoor_Cycle_Design.jpg

Source: Indoor Cycle Design
Keywords: Advertising Commercial Real Estate Hotels and Resorts Real Estate Sports Travel Corporate Expansion