omniture

Digital Realty Bakal Tembusi Korea Selatan

Digital Realty
2019-07-31 04:05 135

Perluas kehadiran di Asia Timur Laut dengan kemudahan neutral-pembawa di Seoul  

SAN FRANCISCO, 31 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Digital Realty (NYSE: DLR), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian pusat data, kolokasi dan saling sambungan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian muktamad untuk memperoleh tanah di Seoul, Korea Selatan bagi tujuan pembangunan kemudahan pusat data neutral-pembawa yang baharu. Tapak ini terletak dalam Bandar Raya Media Digital Sangam di barat laut Seoul, sebuah zon perancangan bandar yang baru dibangunkan yang menumpu pada syarikat-syarikat teknologi dan media, direka bagi menggalakkan ekonomi digital Korea Selatan.


Petak tanah berkeluasan 22,000 kaki persegi itu telahpun dijual oleh Kerajaan Metropolitan Seoul dan akan menyokong pembangunan sehingga 12 megawatt kapasiti IT yang kritikal. Pembinaan ini dijangka bermula dalam beberapa bulan akan datang dan bakal siap pada tahun 2021.

"Penembusan kami ke Korea Selatan ialah satu pencapaian penting tatkala kami terus meluaskan platform kami di seluruh rantau Asia Pasifik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Digital Realty A. William Stein. "Korea Selatan berada pada kedudukan yangmenakjubkan sebagai hab digital dan pusat untuk inovasi dalam wilayah ini, dengan adanya permintaan global yang semakin meningkat untuk data raya, perkhidmatan mudah alih dan peranti terhubung. Pelaburan kami di Korea memperlihatkan komitmen kami untuk memperkasa cita-cita digital pelanggan kami merentas platform yang benar-benar bersifat global."

Setelah siap, kemudahan baharu ini akan mencakupi lebih 129,000 kaki persegi dan akan membina 10 tingkat di atas darat dan menambah tiga tingkat di bawah tanah. Kemudahan baharu ini akan menawarkan ketersambungan cemerlang kepada pelanggan dengan pelbagai laluan gentian yang dijamin melalui rakan-rakan kongsi strategik.

"Korea Selatan ialah salah satu pasaran pusat data yang terbesar di wilayah ini dan kami berasa gembira kerana berupaya untuk membantu mendorong transformasi digital negara dan membawa nilai kepada pelanggan kami di wilayah ini dan di seluruh dunia," tambah Mark Smith, Pengarah Urusan, Asia Pasifik untuk Digital Realty. "Dengan populasi seramai lebih 25 juta penduduk, Kawasan Ibu Negara Seoul ialah salah satu kawasan metropolitan yang terbesar di dunia dan tumpuan kepada separuh daripada kesemua penduduk di Korea Selatan. Ia merupakan lokasi ideal untuk membina kemudahan pertama kami di negara ini dan membawa penyelesaian neutral-pembawa kami yang berbeza bagi memenuhi permintaan pelanggan tempatan dan global yang amat kukuh."

Digital Realty ialah salah satu pemilik, pemaju dan pengendali yang terbesar di dunia bagi kemudahan pusat data yang amat andal. Pembangunan Seoul baharu akan mengukuhkan kehadiran Digital Realty di rantau Asia Pasifik, yang mana kini syarikat mengendalikan rangkaian pusat data terkemuka dalam industri yang terletak di Tokyo, Osaka, Hong Kong, Singapura, Sydney dan Melbourne. Pada tahun 2018, Digital Realty mencapai masa hidup "lima angka sembilan (99.999%)" bagi tahun ke-12 berturut-turut, melangkaui 2.1 bilion minit operasi dalam seluruh suit pusat data yang dimiliki dan dikendalikan oleh Digital Realty seluruh dunia.

Latar Belakang Digital Realty
Digital Realty menyokong strategi-strategi pusat data, kolokasi dan saling sambungan lebih 2,000 firma merentas portfolio pusat data yang selamat dan beraneka rangkaian yang terletak di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin, Asia dan Australia. Pelanggan-pelanggan Digital Realty termasuk syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa dengan pelbagai saiz, bermula dengan perkhidmatan awan dan teknologi maklumat, komunikasi dan rangkaian sosial kepada perkhidmatan kewangan, pembuatan, tenaga, penjagaan kesihatan dan produk pengguna. www.digitalrealty.com. Ikuti Digital Realty di media sosial: LinkedIn, Twitter, Facebook, Instagram dan YouTube

Untuk Maklumat Tambahan
Andrew P. Power
Ketua Pegawai Kewangan
Digital Realty
(415) 738-6500

Perhubungan Pelabur
John J. Stewart
Digital Realty
(415) 738-6500
investorrelations@digitalrealty.com

Pertanyaan Media
John Christiansen / Scott Lindlaw
Sard Verbinnen & Co.
(415) 618-8750

Kenyataan Perlindungan Selamat
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan berdasarkan jangkaan, ramalan dan andaian semasa yang melibatkan risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan hasil dan keputusan sebenar berbeza dengan ketara, termasuk kenyataan yang berkaitan dengan pemerolehan tanah Bandar Raya Media Digital (DMC) Sangam Seoul, rancangan kami untuk membangunkan pusat data ICN10 Seoul dan permintaan pusat data yang dijangkakan di Korea Selatan. Risiko-risiko dan ketidaktentuan ini termasuk, antara lain, yang berikut: pengurangan permintaan untuk pusat data atau penurunan dalam perbelanjaan teknologi maklumat; pengurangan kadar sewa, peningkatan kos pengendalian atau peningkatan kadar kekosongan; peningkatan persaingan atau bekalan ruang pusat data yang tersedia; kesesuaian pusat data kami dan infrastruktur pusat data, kelewatan atau gangguan dalam ketersambungan atau ketersediaan kuasa, atau kegagalan atau pelanggaran infrastruktur atau perkhidmatan sekuriti fizikal dan maklumat kami; kebergantungan kami terhadap pelanggan penting, kebankrapan atau ketidaksolvenan pelanggan utama atau bilangan ketara pelanggan yang lebih kecil, atau ingkar atau tiada pembaharuan pajakan oleh pelanggan; pelanggaran kewajipan atau sekatan kami di bawah kontrak kami dengan pelanggan kami; ketidakupayaan kami untuk membangunkan dan memajak dengan jayanya hartanah baharu dan ruang pembangunan, dan kelewatan atau kos tidak dijangkakan dalam pembangunan hartanah; impak ekonomi global dan tempatan semasa, kredit dan keadaan pasaran; ketidakupayaan kami untuk mengekalkan ruang pusat data yang dipajak atau dilakukan subpajakan daripada pihak ketiga; kesukaran mengurus perniagaan antarabangsa dan memperoleh atau mengendalikan hartanah dalam bidang kuasa asing dan kawasan metropolitan yang tidak dikenali; kegagalan kami untuk merealisasikan faedah-faedah yang dirancangkan daripada, atau gangguan terhadap rancangan dan operasi kami atau liabiliti yang tidak diketahui atau di luar jangkaan berkaitan dengan, pemerolehan terkini kami; kegagalan kami untuk menyepadukan dan mengendalikan dengan jayanya hartanah atau perniagaan yang diperoleh atau dibangunkan; kesukaran dalam mengenal pasti hartanah untuk diambil alih dan menyempurnakan pemerolehan; risiko berkaitan dengan pelaburan usaha sama, termasuk hasil daripada kekurangan kawalan kami terhadap pelaburan berkenaan; risiko berkaitan dengan penggunaan hutang untuk membiayai aktiviti perniagaan kami, termasuk pembiayaan semula dan risiko kadar faedah, kegagalan kami untuk membayar semula hutang apabila tiba tempohnya, perubahan buruk dalam penarafan kredit atau pelanggaran perjanjian atau terma-terma lain yang terkandung dalam kemudahan pinjaman dan perjanjian kami; kegagalan kami untuk memperoleh hutang dan pembiayaan ekuiti yang diperlukan, dan kebergantungan kami terhadap sumber modal luar; turun naik pasaran kewangan dan perubahan dalam kadar tukaran mata wang asing; perkembangan ekonomi atau hartanah yang tidak baik dalam industri kami atau sektor-sektor industri yang mendapat jualan kami, termasuk risiko yang berkaitan dengan penurunan penilaian hartanah dan caj kerosakan dan muhibah serta caj kerosakan aset tidak ketara yang lain; ketidakupayaan kami untuk mengurus pertumbuhan kami dengan berkesan; kerugian melebihi perlindungan insurans kami; liabiliti dan risiko alam sekitar berkaitan dengan bencana alam; ketidakupayaan kami untuk mematuhi kaedah dan peraturan yang terpakai untuk Syarikat kami; kegagalan kami untuk mengekalkan status kami sebagai REIT untuk tujuan cukai pendapatan persekutuan; kegagalan perkongsian operasi kami untuk memenuhi syarat sebagai perkongsian untuk tujuan cukai pendapatan persekutuan; sekatan terhadap kebolehan kami untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan tertentu; dan perubahan dalam undang-undang dan peraturan tempatan, negeri, persekutuan dan antarabangsa, termasuk berkaitan dengan cukai, hartanah dan undang-undang zon serta peningkatan dalam kadar cukai hartanah. Untuk senarai dan keterangan lanjut tentang risiko dan ketidaktentuan berkenaan, lihat laporan dan pemfailan lain oleh syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S., termasuk Laporan Tahunan syarikat pada Borang 10-K bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2018 dan Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q bagi suku tahun yang berakhir pada 31 Mac 2019. Syarikat menafikan apa-apa hasrat atau kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak mana-mana kenyataan pandang ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa akan datang atau sebaliknya.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/952008/Digital_Realty_Expands_into_South_Korea.jpg

Source: Digital Realty
Related Stocks:
NYSE:DLR
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Corporate Expansion New products/services