![]() |
Zippo akan menanam sebatang pokok dengan setiap pemetik api yang terjual dengan kerjasama program BUY ONE. PLANT ONE. ® WOODCHUCK USA, merekodkan langkah pertama di Madagascar, bersama National Geographic
LONDON, 31 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai pencipta salah satu nyalaan api yang paling terkenal sepanjang zaman, Zippo cukup sedar tentang kebergunaan api – kuasa alam yang boleh diseru mengikut kehendak sendiri. Namun demikian, kuasa ini, apabila digunakan tanpa berhati-hati, boleh memberi kesan yang membinasakan. Tiada tempat lain yang lebih jelas tentang hal ini berbanding kesan kebakaran hutan belantara di seluruh dunia. Kebakaran hutan memusnahkan 4%* daripada permukaan Bumi setiap tahun, dengan 84%* adalah akibat daripada perbuatan tangan manusia.
Zippo bekerjasama dengan WOODCHUCK USA dan melancarkan projek Fight Fire with Fire (Lawan Api dengan Api) global yang bertujuan untuk membantu menangani kesan-kesan pembasmian hutan yang disebabkan oleh kebakaran hutan. Zippo berikrar untuk menanam sebatang pokok bagi setiap pemetik api kalis angin yang terjual daripada koleksi Fight Fire with Fire, untuk memberi kesedaran tentang kesan-kesan kebakaran hutan, bermula dengan tapak penanaman pertama Zippo di Madagascar. Pencerita yang terkenal di seluruh dunia, National Geographic, telah mendokumentasikan usaha-usaha berkenaan.
Dengan kebakaran-kebakaran hutan yang belum pernah terjadi sebelum ini dilaporkan sejauh bahagian utara Bulatan Artik dan kajian memetik manusia sebagai ancaman utama terhadap kewujudan satu pertiga daripada semua spesies haiwan yang tinggal, wujudnya sikap kesegeraan bersama untuk melindungi bumi dan biodiversiti kita. Zippo percaya bahawa setiap individu mempunyai kuasa untuk mencetuskan perubahan positif; manusia bertanggungjawab terhadap kebanyakan kebakaran, maka penyelesaiannya juga terletak di tangan kita bersama.
Untuk membantu mendidik tentang masalah kebakaran hutan dan punca-puncanya, National Geographic telah menerbitkan video untuk Zippo dan siri fotografi di Madagascar, pulau keempat yang terbesar di dunia; kawasan daratan yang mana 90% daripada hutan asalnya telah musnah. Kandungan yang diterbitkan oleh National Geographic itu, memberi tumpuan kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh orang ramai untuk memperbetulkan masalah tersebut.
Lucas Johnson, Pengurus Kanan Jenama, Pemasaran Global di Zippo mengulas: "Suhu mencecah paras tertinggi yang pernah dicatatkan dan kebakaran hutan memberi kesan kepada hampir setiap benua di Bumi, namun demikian, tidak seperti kebanyakan bencana alam, majoriti kebakaran hutan adalah disebabkan oleh manusia. Di AS sahaja, terdapat sekitar 100,000 kebakaran hutan setiap tahun yang memusnahkan sehingga 9 juta ekar tanah. Pemetik api kalis angin Zippo memberi orang ramai kuasa api yang mudah dibawa, namun kuasa ini disertai dengan tanggungjawab."
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/952826/Zippo_Fight_Fire_With_Fire.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/952827/Zippo_Logo.jpg