Eosfinex Lengkapkan Ujian Beta & Lancar Di Mainnet Untuk Dagangan P2P Atas Rantaian Serta Merta
ROAD TOWN, British Virgin Islands, 31 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Bitfinex hari ini mengumumkan penyiapan eosfinex, sebuah platform dagangan atas rangkaian yang dibina menggunakan teknologi EOSio.
Dengan fokus pada gabungan pemencaran dan kependaman rendah, eosfinex telah dibangunkan oleh Bitfinex untuk meningkatkan lagi kebolehan pertukaran nilai rakan setara, yang membolehkan dagangan volum tinggi pada rantaian blok EOS.
Mengulas mengenai pelancaran itu, Paolo Ardoino, Ketua Pegawai Teknologi di Bitfinex, berkata, "EOS dipilih sebagai asas eosfinex kerana potensinya untuk daya pemprosesan yang tinggi, urus niaga kependaman rendah, dan keputusan tempoh beta telah mengesahkan lagi keyakinan kami terhadap keupayaannya. "
EOSio, teknologi yang mendasari eosfinex, membolehkan peluasan mendatar aplikasi terpencar, yang seterusnya membolehkan pembangun untuk mewujudkan aplikasi teragih berprestasi tinggi.
Pelancaran eosfinex menyusuli tempoh beta selama empat bulan. Pembangunan telah dilengkapi dengan program ganjaran pepijat yang dipimpin komuniti dan pelbagai permintaan ciri daripada komuniti EOS, dengan ini memberikan sumbangan yang signifikan kepada pengoptimuman dan peningkatan produk platform eosfinex.
"Pelancaran eosfinex ialah bukti selanjutnya untuk kualiti yang luar biasa daripada pasukan pembangunan Bitfinex, dan kami sangat gembira untuk meneruskan tahap kedua dalam perjalanan ini," simpul Paolo Ardoino.
Susulan pelancaran menyeluruh eosfinex, kontrak pintar platform akan menjadi sumber terbuka untuk membolehkan penyepaduan dan pembangunan komuniti dipertingkat.
Latar Belakang eosfinex
eosfinex ialah pertukaran terpencar yang berprestasi tinggi yang dibina menggunakan teknologi EOSio. Sebagai pengalaman perdagangan tanpa kepercayaan yang menyeluruh, eosfinex memudahkan rangkaian pertukaran nilai rakan setara yang sangat boleh diskala, tidak terkekang oleh sempadan geografi dan dibangunkan berasaskan ketelusan, kepantasan dan integriti. Untuk maklumat lanjut, layari www.eosfinex.com.
Latar Belakang Bitfinex
Diasaskan pada tahun 2012, Bitfinex ialah platform perdagangan aset digital yang menawarkan perkhidmatan canggih untuk peniaga mata wang digital dan penyedia kecairan global. Sebagai tambahan kepada suit ciri-ciri perdagangan canggih dan alat carta, Bitfinex menyediakan akses kepada pembiayaan rakan setara, pasaran OTC dan perdagangan margin untuk pemilihan aset digital yang meluas. Strategi Bitfinex memberi tumpuan kepada menyediakan sokongan, alat, dan inovasi unggul untuk pedagang profesional dan penyedia kecairan di seluruh dunia. Lawati www.bitfinex.com untuk mengetahui lebih lanjut.