omniture

Symphony SummitAI Lancar Suit Didayakan AI Generasi Seterusnya dengan Ejen Digital Ubah Pengurusan Perkhidmatan IT di Asia Tenggara

Symphony SummitAI
2019-08-01 11:37 205

LOS ALTOS, California, 1 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Symphony SummitAI memperkenalkan versi terkini suit produk unggulannya, SummitAI Alps. Keluaran ini termasuk keupayaan AI yang dipertingkat dan ciri-ciri inovatif baharu yang lain untuk memberikan fungsi perkhidmatan meja bantuan pintar sepanjang masa sambil mengurangkan kos dan juga kerumitan.

Klik untuk Twit : . .@SymphonySummit Reveals Enhanced #AI Capabilities and Other New #ITSM Features of SummitAI Alps for Southeast Asia Customers: http://bit.ly/2YlSCkx (@SymphonySummit Perkenal Keupayaan #AI Dipertingkat dan Ciri-ciri #ITSM Baharu Lain SummitAI Alps untuk Pelanggan Asia Tenggara: http://bit.ly/2YlSCkx)

Ciri-ciri baharu dalam suit modular diperakui ITIL SummitAI Alps ini direka bentuk bagi membantu pelanggan di Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura dan juga Hong Kong untuk menyerlahkan produktiviti, mempercepatkan hasil perniagaan dan memberikan sehingga 45% penambahbaikan dalam jumlah kos pemilihan (TCO).

Ciri-ciri termasuk:

  • Ejen digital dipacu AI CINDE untuk pengguna akhir: Ejen digital SummitAI CINDE berinteraksi dengan pengguna perniagaan menggunakan bahasa tabii melalui webchat, Microsoft Teams, Slack dan Jabber. CINDE memahami konteks yang mana hasrat pengguna dinyatakan dan menggunakan penaakulan mesin untuk menentukan tindakan terbaik yang seterusnya.
  • Pengautomatan dipacu AI: CINDE menyelesaikan sehingga 30% tugasan berulang-ulang dan manual serta merta menggunakan pengautomatan dipacu AI. Untuk tugasan yang tidak dapat diselesaikan oleh CINDE, tiket-tiket difailkan untuk diselesaikan oleh ejen-ejen langsung. Status laporan dan tindakan susulan disediakan.
  • Kecerdasan perkhidmatan meja bantuan: CINDE membantu mengkategorikan dan mengutamakan tiket, dan menetapkannya secara automatik kepada kumpulan kerja dan ejen berdasarkan apa yang dipelajari daripada tiket terdahulu dan data tingkah laku ejen.
  • UX/UI dipertingkat: SummitAI Alps termasuk UX/UI baharu dan beberapa papan pemuka baharu untuk Ketua Pegawai Maklumat (CIO), pemimpin IT dan penganalisis.

Dr. Akhil Sahai, ketua pegawai produk, Symphony SummitAI, berkata: "SummitAI Alps menggunakan AI untuk mengubah cara pengguna berinteraksi dengan perkhidmatan IT. Dengan membebaskan pentadbir IT, kakitangan operasi dan perkhidmatan meja bantuan daripada tugasan yang berulang-ulang dan bersifat manual serta dengan menyediakan pandangan dan bantuan pintar, SummitAI Alps dapat mengoptimumkan pengurusan IT bagi memberikan kecekapan operasi dan pengalaman pengguna yang dipertingkat."

Mohamad Sabir Mohamad Sabri, pengarah urusan kumpulan, Dataprep Holdings Bhd, berkata:
"Solsis dan Symphony SummitAI berkongsi minat dan komitmen untuk membawakan pengalaman pelanggan yang berkualiti tertinggi. Ketika kami meneroka penyelesaian yang paling sesuai dengan keperluan pengguna akhir kami, Symphony SummitAI memenuhi dan melangkaui jangkaan kami. Kami berasa gembira dapat menjadi sebahagian daripada program rakan kongsi Symphony SummitAI dan melihat peluang-peluang untuk mempercepatkan kejayaan pelanggan bersama menerusi suit Pengurusan Perkhidmatan IT SummitAI."

Latar Belakang Symphony SummitAI
Symphony SummitAI ialah sebuah syarikat portfolio SymphonyAI. SymphonyAI ialah kumpulan syarikat yang menyediakan penyelesaian terkemuka yang mengutamakan AI untuk mengubah perusahaan perniagaan dengan memacu pertumbuhan pendapatan dan kecemerlangan operasi, untuk peruncitan, barangan berbungkus pengguna (CPG), penjagaan kesihatan dan vertikal perindustrian serta untuk kewangan, IT dan fungsi mendatar perusahaan utama yang lain. Diasaskan oleh Dr. Romesh Wadhwani, SymphonyAI ialah salah sebuah syarikat yang berkembang paling pantas dalam sektor penyelesaian AI perniagaan-kepada-perniagaan dengan rancangan untuk meraih pendapatan sebanyak $400 juta pada tahun 2019 dan menggaji 1,500 kakitangan.

Produk-produk unggulan Symphony SummitAI, SummitAI ialah penyelesaian modular termaju yang diperakui oleh ITIL dan Pink Verify. SummitAI menyatukan pengurusan perkhidmatan, pengurusan aset dan pengurusan operasi dalam satu tawaran tunggal yang mudah digunakan. Perusahaan dan penyedia perkhidmatan menggunakan SummitAI untuk mengurangkan dengan ketara kos dan kerumitan pengurusan IT mereka di samping meningkatkan kecekapan, produktiviti, kebolehramalan dan kawalan. Perusahaan-perusahaan terkemuka dalam vertikal perniagaan, perkhidmatan kewangan, insurans, penjagaan kesihatan, IT dan perundingan, automobil, pembuatan, penerbangan dan pendidikan membawakan pengalaman pengguna yang lebih baik sambil menurunkan kos pengurusan IT mereka menggunakan Symphony Summit. Laman sesawang: www.symphonysummit.com

Hubungi Perhubungan Awam:
Jessica M. Pasko
Nadel Phelan, Inc.
831-440-2412
Jessica.pasko@nadelphelan.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/787267/SUMMIT_logo_Logo.jpg

Source: Symphony SummitAI
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Telecommunications New products/services Data Analytics