omniture

Grant's Raih Hadiah Scotch Utama di Pertandingan Wain & Minuman Beralkohol Antarabangsa

William Grant and Sons
2019-08-01 14:40 233

GIRVAN, Scotland, 1 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Grant's telah memenangi Trofi Blended Scotch Whisky di Pertandingan Wain & Minuman Beralkohol Antarabangsa untuk 12-Year-Old Blended Scotch Whisky miliknya.

Grant’s Lands Top Scotch Prize at International Wine & Spirits Competition
Grant’s Lands Top Scotch Prize at International Wine & Spirits Competition

Anugerah yang menjadi rebutan ramai, Trofi Blended Scotch Whisky dianggap sebagai hadiah utama dalam apa yang dikenali sebagai kategori wiski antarabangsa yang terbesar.

Kini memasuki tahun ke-50, IWSC tahunan dicipta oleh ahli kimia wain Anton Massel, yang mana pada tahun 1969, beliau mendapat idea untuk mewujudkan pertandingan wain dan minuman beralkohol yang bukan sekadar berasaskan pengadilan organoleptik, tetapi setiap penyertaan juga perlu menjalani ujian analisis kimia. Kini, ia dianggap sebagai anugerah "Oscar" dalam industri wain dan minuman beralkohol.

Anugerah berkenaan membantu menandakan 12 bulan yang luar biasa untuk Grant's susulan reka bentuk botol serba baharu dan pertumbuhan dua digit di Afrika, Eropah Timur, Amerika Latin dan India dengan 1.2% pertumbuhan di seluruh dunia dalam kategori yang menurun .4% dari tahun 2013-2018*.

Wiski disuling Girvan kini menjual lebih 4,500,000 bekas di seluruh dunia, menjadikannya Scotch yang ketiga terbesar di dunia mengikut volum dan ketujuh terbesar antara wiski-wiski antarabangsa. Ia disenaraikan sebagai jenama minuman beralkohol ke-21 yang paling berharga di dunia^.

Danny Dyer, Duta Jenama Global Grant's berkata: "Grant's 12 Year Old ialah adunan yang telahpun wujud sejak sekian lama dan kami gembira menyaksikan ia diiktiraf di IWSC. Adunan yang diperbuat daripada begitu banyak kayu oak Amerika dan dimatangkan dalam tong bourbon, suatu yang mungkin dilihat mudah oleh kebanyakan orang, tetapi dapat menunjukkan kepada anda bahawa anda tidak perlu merumitkan keadaan apabila menghasilkan adunan yang hebat."

Apabila ditanyakan tentang apa yang membuatkan Grant's 12 Year Old istimewa "Pakar Pengadun kami Blender Brian Kinsman, kepakaran unik beliau dalam memilih malt yang sesuai untuk adunan tersebut serta kualiti kematangan tong bourbon yang segar." Beliau menyambung: "Grant's 12 ialah wiski yang lembut, lalu menjadikannya ideal untuk dikongsi bersama rakan-rakan sama ada mereka merupakan peminat wiski atau pendatang baharu ke dunia wiski."

Grant's ialah jenama terbesar mengikut volum dalam portfolio William Grant & Sons. WG&S milik keluarga itu telah dinamakan sebagai 'Penyuling Terbaik Tahunan' dan 'Pengeluar Wiski Scotch Terbaik Tahunan' menerusi anugerah Cabaran Minuman Beralkohol Antarabangsa dan Pertandingan Wain dan Minuman Beralkohol Antarabangsa, 2018. Luar biasanya, pembuat minuman beralkohol dari Scotland itu telah dianugerahkan dengan penghargaan tertinggi sebagai 'Penyuling Terbaik Tahunan' daripada anugerah-anugerah berprestij ini sebanyak 12 kali sejak 13 tahun yang lalu.

Selain Trofi Blended Scotch Whisky, Grant's dianugerahkan dengan 7 anugerah tambahan termasuk:

  • Grant's Triple Wood Whisky – Gangsa 2019  
  • Grant's Ale Cask Blended Scotch Whisky – Perak 2019
  • Grant's Triple Wood Smoky Whisky – Perak 2019
  • Grant's Rum Cask Edition Blended Scotch Whisky – Perak 2019
  • Grant's 18 Year Old Blended Scotch Whisky – Emas 2019
  • Grant's 12 Year Old Blended Scotch Whisky – Emas Cemerlang 2019
  • Grant's 8 Year Old Blended Scotch Whisky – Perak 2019

^Brand Finance, Spirits 50 2019
*IWSR CAGR

generated by system

generated by system

 

 

 

Grant’s Lands Top Scotch Prize at International Wine & Spirits Competition
Grant’s Lands Top Scotch Prize at International Wine & Spirits Competition

Source: William Grant and Sons
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Food/Beverages Retail Awards Trade show news