STOCKHOLM, 1 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Cint, platform teknologi yang mempercepatkan pengumpulan maklumat pandangan dalam penyelidikan pemasaran, hari ini mengumumkan pemerolehan 100% P2Sample olehnya, sebuah syarikat yang berpangkalan di AS dengan salah satu platform pensampelan programatik yang paling hebat dalam industri pandangan pengguna.
Pemerolehan ini merupakan satu langkah ke hadapan untuk Cint bagi mencapai wawasan utamanya untuk menjadi tulang belakang teknologi kepada syarikat-syarikat pandangan yang paling inovatif di dunia. Ia memberi tiga kelebihan strategik yang berbeza kepada Cint.
Pertama, ia akan mendapat manfaat bermula dengan penyepaduan ke dalam lebih 200 hubungan pembekal P2Sample termasuk rangkaian sekutu, rangkaian penerbit, Google, Facebook, eBay, agensi iklan serta rangkaian blog. Kini, hal ini akan membolehkan pelanggan Cint untuk mengakses lebih 100 juta ahli panel dari lebih 150 negara dalam Insight Exchange miliknya.
Kedua, melalui penyepaduan dengan P2Sample, Cint akan mendapat kelebihan dalam akses programatik berkuasa untuk mendapatkan sampel permintaan dan bekalan, lebih 100 penyepaduan API dan keupayaan pengesanan penipuan berasaskan kecerdasan buatan termaju yang dianggap sebagai yang terbaik dalam pasaran.
Ketiga, Cint akan memperoleh kakitangan P2Sample, yang mana bersama-sama dengan pekerja mereka sendiri akan membantu mencipta nilai yang luar biasa kepada pelanggan dan rakan kongsi daripada kedua-dua syarikat.
Pascapemerolehan, pengasas bersama P2Sample Mathijs de Jong (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Janna de Bruijne (Ketua Pegawai Operasi), akan kekal dalam syarikat menerusi jawatan-jawatan kepimpinan kanan dalam entiti yang digabungkan. Mereka juga akan menyertai kumpulan pengurusan global dan membantu memimpin inisiatif-inisiatf strategik yang utama dalam organisasi kolektif berkenaan.
Tom Buehlmann, Ketua Pegawai Eksekutif Cint, berkata, "Ini merupakan berita yang hebat buat pelanggan dan rakan kongsi kami. Cint dan P2Sample mempunyai perkongsian budaya yang kuat dan merupakan dua perniagaan yang amat saling melengkapi. Kami berasa kagum dengan teknologi, kepakaran, rantaian bekalan serta kakitangan P2Sample. Pemerolehan ini mewujudkan kuasa pensampelan global dengan jangkauan besar yang akan menyediakan pelanggan dengan data yang boleh dipercayai oleh mereka, kebolehpercayaan yang amat kuat dan ketenangan minda daripada rakan kongsi yang sentiasa menginovasi. Kami bersama-sama bersedia untuk menyahut cabaran era digital dalam bidang penyelidikan pasaran."
Mathijs de Jong, Ketua Pegawai Ekseukutif semasa P2Sample, berkata, "Kami berkongsi wawasan yang sama dengan Cint berhubung evolusi industri dan melihat potensi yang amat besar apabila digabungkan. Cint ialah sebuah organisasi yang mana prinsip dan budayanya hampir sama dengan kami. Kami teruja untuk menyertai pasukan Cint pada detik penting dalam tempoh ini dan kami yakin bahawa ini merupakan langkah yang tepat."
Lantaran model dibawa-ke-pasaran agnostik pembekal Cint, selepas pemerolehan, syarikat merancang untuk melupuskan kedua-dua aset panel proprietari P2Sample, Points2Shop dan SurveyRewardz.
Kedua-dua organisasi akan beroperasi sebagai entiti berasingan dan akan dihimpunkan di bawah naungan Cint Group menjelang akhir tahun 2019.
Latar Belakang Cint
Cint ialah tulang belakang teknologi bagi syarikat-syarikat pandangan yang paling berjaya di dunia. Platform Cint mempercepatkan kecekapan dalam pengumpulan data tinjauan, agar syarikat-syarikat dapat menonjolkan pandangan dengan lebih pantas, dengan cara yang berkesan kos dan boleh diskala bagi membangunkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Lebih 1,500 penyelidik, agensi dan jenama termasuk Zappi, GfK dan SurveyMonkey menggunakan Cint untuk mengubah cara mereka mengumpulkan pandangan dan berdaya saing dalam pasaran. Cint mempunyai pasukan yang berkembang pesat dalam 15 pejabat global termasuk London, New York, Stockholm, Los Angeles, Barcelona, Jepun dan Sydney. www.cint.com.
Latar Belakang P2Sample
P2Sample mengendalikan platform sampel dan panel yang paling sofistikated dalam industri penyelidikan pasaran untuk pelanggan yang tercari-cari responden yang disasarkan bagi pandangan pengguna. Platform berciri automatik sepenuhnya daripada P2Sample bersepadu secara programatik dengan ratusan pembekal sampel dan membolehkan pengurusan cekap panel-panel proprietari. Ini termasuk syarikat panel, bursa dan pasaran yang terbesar dalam industri. Selain itu, platform ini memberi akses kepada lebih 60 juta pengguna yang berprofil tinggi dan terlibat merentas lebih 150 negara. Membawakan sistem pengesanan penipuan dipacu AI dan penglibatan responden yang satu-satunya dalam industri, teknologi daripada P2Sample berfungsi melalui pelbagai kaedah, termasuk tinjauan tradisional; yang terkini dalam pendekatan neurosains dan tingkah laku; serta kajian kualitatif dan video dalam talian. Marlin & Associates merupakan penasihat strategik dan kewangan yang eksklusif untuk P2Sample. Untuk maklumat lanjut, kunjungi p2sample.com atau ikuti di @P2Sample.