omniture

Sempena Ulang Tahun ke-75 Pertempuran Scheldt, Syiling Royal Canadian Mint Baharu Peringati Keberanian Tentera Kanada Dengan Kemenangan Buka Laluan untuk Bebaskan Belanda

Royal Canadian Mint
2019-08-02 00:19 172

OTTAWA, Ontario, 2 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Duit syiling perak halus Siri Pertempuran Perang Dunia Kedua terbaharu daripada Royal Canadian Mint memperingati keberanian dan pengorbanan tentera-tentera Kanada yang mana 75 tahun yang lalu telah membantu Pihak Berikat memenangi kawalan ke atas kawasan pesisir Belanda dan Belgium di sungai Scheldt yang strategik. Pertempuran yang mahal harganya ini, dipertarungkan dari September hingga Oktober 1944, memperoleh punca bekalan penting yang membantu Kanada membebaskan Belanda dan menjadikan pembebasan Eropah Barat oleh Pihak Berikat tercapai. Syiling berkenaan diperkenalkan dengan bangganya oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mint Marie Lemay dan Tuan Yang Terutama Henk van der Zwan, Duta Kerajaan Belanda ke Kanada. Upacara ini berlangsung di Pusat Kesihatan Veteran Perley dan Rideau di Ottawa, yang turut disertai oleh veteran-veteran Perang Dunia Kedua dan wakil-wakil negara-negara Bersekutu.


"Mint berbangga dapat memberi penghormatan kepada veteran-veteran Kanada melalui duit syiling yang dapat mengekalkan kisah keberanian dan pengorbanan luar biasa dalam mempertahankan nilai-nilai Kanada," kata Marie Lemay, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. "Syiling pengumpul terbaharu kami berkongsi keberanian dan kesungguhan yang menyumbang kepada kejayaan yang sukar dicapai oleh tentera-tentera Kanada dalam Pertempuran Scheldt."

"Meskipun kemenangan di Pertempuran Scheldt akhirnya membantu membuka laluan kepada pembebasan Eropah Barat oleh Pihak Berikat, ia tercapai dengan harga yang tinggi. Lebih 6,000 warga Kanada terbunuh atau cedera sepanjang lima minggu konflik yang sengit dengan pasukan Jerman yang dikawal ketat sepanjang Sungai Scheldt," kata Yang Berhormat Lawrence MacAulay, Menteri Hal Ehwal Veteran dan Menteri Bersekutu Pertahanan Negara. "Dengan berlalunya masa, penting agar kita tidak melupakan sumbangan yang dilakukan oleh warga Kanada semasa Perang Dunia Kedua dan saya bersyukur kerana Royal Canadian Mint memberi penghormatan kepada warisan abadi keberanian dan pengorbanan mereka."

"Pertempuran Scheldt ialah satu pencapaian penting dalam sejarah bersama antara Belanda dan Kanada. Dipimpin oleh warga Kanada, pertempuran getir ini menandakan permulaan pembebasan Belanda," kata Henk van der Zwan, Duta Kerajaan Belanda ke Kanada. "Kami berbangga kerana Royal Canadian Mint, dengan syiling ini, memberi penghormatan kepada tentera-tentera Kanada yang berani berjuang untuk menjadikan 75 Tahun Kemerdekaan suatu kenyataan. Upacara peringatan Pertempuran Scheldt akan diraikan di Belanda pada 31 Ogos. Ini akan menjadi permulaan kepada setahun penuh perayaan bagi menyambut Ulang Tahun ke-75 Pembebasan Belanda." 

Artis Kanada Mary McPherson mereka bentuk syiling pengumpul perak Pertempuran Scheldt, yang menunjukkan potret realistik tentera Ojibwa Kanada yang sedang bertugas pada musim luruh tahun 1944. Lambang kebesaran Tentera Kanada Pertama kelihatan pada bahagian atas askar infantri yang menggunakan senapang Bren sambil mara melepasi kincir menara. Pengangkut Serba Guna penyembur api Wasp MKII C melindungi askar infantri yang mara dari atas benteng berhampiran Sungai Scheldt. Bahagian belakang syiling menampilkan patung rupa King George VI oleh T.H. Paget.

Syiling Perak Halus $20 2019 - Second World War Battlefront Series: The Battle of the Scheldt mempunyai tempaan terhad sebanyak 8,500 unit dan dijual pada harga $94.95. Ia boleh dipesan pada 6 Ogos 2019 dengan menghubungi pihak Mint di talian 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, atau secara dalam talian di www.mint.ca.

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah sebuah kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, kunjungi www.mint.ca. Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Imej duit syiling ini disediakan di https://www.dropbox.com/sh/v1hfiieazic1tbn/AAAmL7I_D_MHiKRTyoT2Ht3qa?dl=0

Untuk maklumat lanjut: Rakan media diminta untuk menghubungi: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Royal Canadian Mint, Telefon: 613-884-6370, reeves@mint.ca; Keum Roling, Pegawai Kanan Komunikasi & Diplomasi Awam, Kedutaan Kerajaan Belanda, Telefon: 613-218-7451, Keum.Roling@minbuza.nl


Foto - https://mma.prnewswire.com/media/954082/Royal_Canadian_Mint_On_the_75th_Anniversary_of_the_Battle_of_the.jpg 
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/954930/Scheldt04.jpg

Source: Royal Canadian Mint
Related Stocks:
Toronto:MNT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Mining Mining/Metals Precious Metals New products/services Veterans Canadian Federal Government