omniture

MediBeacon Meterai Perjanjian Pelaburan $30 Juta dan Perkongsian Pengkomersialan Eksklusif di Rantau Besar China dengan Huadong Medicine

MediBeacon Inc.
2019-08-02 00:31 204

MediBeacon dan Huadong Medicine akan bekerjasama untuk memperoleh kelulusan kawal selia bagi seluruh portfolio aset MediBeacon di Rantau Besar China 

ST. LOUIS, 1 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- MediBeacon Inc., yang mana pemegang saham terbesarnya ialah Pansend Life Sciences, LLC, subsidiari HC2 Holdings, Inc. (NYSE MKT: HCHC), hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memeterai satu perjanjian muktamad dengan Huadong Medicine, syarikat yang didagangkan secara terbuka pada Bursa Saham Shenzhen. Perjanjian tersebut akan memberi hak-hak eksklusif kepada portfolio aset MediBeacon di Rantau Besar China. Huadong Medicine akan bertanggungjawab untuk membiayai ujian percubaan klinikal, aktiviti komersial dan kawal selia di 25 negara Asia termasuk Rantau Besar China (PRC Tanah Besar China, Hong Kong, Macau, Taiwan), Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina dan juga Singapura.

Sistem Pengukuran Kadar Penurasan Glomerular Transdermal (TGFR) MediBeacon bersedia untuk memulakan percubaan Pentingnya di A.S. dan Eropah. TGFR direka untuk mengukur fungsi ginjal di tempat jagaan tanpa memerlukan pengambilan darah atau pengumpulan air kencing. Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) A.S. memberi designasi Alat Rintis kepada TGFR pada tahun 2018.1 Agen dan alat MediBeacon tidak diluluskan untuk digunakan pada manusia oleh mana-mana agensi kawal selia.

Dianggarkan bahawa 10.8% daripada penduduk di China mengalami Penyakit Ginjal Kronik (CKD).2 Penyakit ginjal ialah "wabak tersembunyi" yang menjejaskan lebih 850 juta penduduk di seluruh dunia.3 Keupayaan untuk mengukur GFR menjadi minat klinikal yang tinggi khususnya dalam kalangan pesakit dengan, atau berisiko mengalami penyakit ginjal.

Di bawah terma-terma perjanjian, MediBeacon akan menerima bayaran ekuiti awal sebanyak $15 juta dengan penilaian sebelum pelaburan sebanyak $300 juta dan bayaran ekuiti kedua sebanyak $15 juta setelah menerima kelulusan FDA A.S. untuk TGFR dengan penilaian sebelum pelaburan sebanyak $400 juta. Huadong Medicine akan membiayai semua aktiviti komersial dan kawal selia di Rantau Besar China serta negara-negara Asia terpilih. Selain itu, MediBeacon akan menerima bayaran royalti daripada jualan bersih di negara-negara tertentu.

"Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Huadong Medicine di Rantau Besar China," kata Steve Hanley, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama MediBeacon. "Huadong mempunyai lebih 6,500 wakil yang meliputi semua kawasan China utama termasuk kehadiran kukuh dalam komuniti nefrologi. Sebagai sebuah syarikat farmaseutikal yang terkemuka di China, kami percaya bahawa mereka merupakan rakan kongsi terbaik untuk mendorong penerimaan pasaran untuk rancangan produk-produk kami."

Sebagai sebahagian daripada transaksi ini, Richard B. Dorshow, PhD, Ketua Pegawai Saintifik dan Pengasas Bersama MediBeacon Inc., akan menyandang jawatan Penasihat Saintifik Khas kepada Huadong Medicine.

Platform agen pendarfluor MediBeacon untuk digunakan dalam pemantauan fungsi fisiologi mempunyai aplikasi penting selain dalam bidang kesihatan ginjal. Sistem Kebolehtelapan Gastrousus Transdermal Syarikat telah mendapat sokongan pelbagai geran daripada Bill & Melinda Gates Foundation. Selain itu, syarikat baru sahaja menyelesaikan kajian praklinikal peringkat awal yang menilai penggunaan agen-agennya dalam pengimejan vaskulatur mata.

Latar Belakang MediBeacon Inc.

Misi MediBeacon adalah untuk mengkomersialkan agen diagnostik optik bioserasi untuk pengawasan fisiologi, panduan pembedahan dan pengimejan penyakit patologi dalam populasi manusia. Beberapa konsep produk dalam arena ini terkandung dalam estet Harta Intelek MediBeacon. Portfolio MediBeacon termasuk sistem fungsi renal yang menggunakan sensor kulit optik yang digabungkan dengan agen pengesan pendarfluor yang bersinar dengan kehadiran cahaya. Sistem ini, kini sedang menjalani percubaan terhadap manusia, direka untuk membolehkan pengukuran tempat jagaan praktikal secara klinikal bagi fungsi ginjal pesakit. Ketahui lebih lanjut tentang MediBeacon di www.medibeacon.com

Latar Belakang HC2 Holdings, Inc.

HC2 Holdings, Inc. ialah syarikat induk terpelbagai dan didagangkan secara terbuka (NYSE MKT:HCHC), yang mencari peluang untuk memperoleh dan mengembangkan perniagaan yang dapat menjana aliran tunai bebas serta pulangan menarik secara berterusan dalam tempoh jangka panjang bagi memaksimumkan nilai untuk semua pemegang kepentingan. HC2 mempunyai pelbagai subsidiari operasi merentas tujuh segmen yang boleh dilaporkan termasuk Pengilangan, Perkhidmatan Marin, Utiliti, Telekomunikasi, Sains Hayat, Insurans dan Lain-lain. Subsidiari-subsidiari operasi terbesar HC2 termasuk DBM Global Inc., keluarga syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembinaan struktur dan keluli yang bersepadu sepenuhnya serta Global Marine Systems Limited, penyedia utama bagi perkhidmatan kejuruteraan dan dalam air bagi kabel submarin. Ditubuhkan pada tahun 1994, HC2 beribu pejabat di New York, New York. Ketahui lebih lanjut tentang HC2 dan syarikat-syarikat portfolionya di www.hc2.com 

Latar Belakang Huadong Medicine Co., Ltd.

Ditubuhkan pada tahun 1993, Huadong Medicine Co., Ltd. mengkhusus dalam pengeluaran dan jualan antibiotik, ubatan paten Cina, ubatan sintetik, ubatan kejuruteraan genetik serta perniagaan borong ubatan Cina dan barat, ubatan herba Cina, radas dan instrumen perubatan. Melalui kerja-kerja selama bertahun-tahun, Huadong telah membina kedudukan pasaran yang kompetitif menerusi portfolio produk beranekanya, keupayaan komersial yang kukuh dan nama-nama jenama yang diiktiraf dengan baik dalam bidang penyakit ginjal, pemindahan organ, diabetes, GI dan dewan bedah. Syarikat ini merupakan syarikat farmaseutikal tersenarai yang besar dan komprehensif, disepadukan dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) farmaseutikal, industri farmaseutikal, pengedaran farmaseutikal, peruncitan, logistik farmaseutikal dan menjalankan tugas bagi simpanan ubatan khas kerajaan negeri, wilayah dan perbandaran. Syarikat berjaya menerbitkan 50 juta saham-A pada bursa saham Shenzhen pada Disember 1999. (Singkatan saham: Huadong Medicine; kod saham: 000963). Pada masa kini, modal berdaftar syarikat adalah sebanyak 14.58 juta yuan. Syarikat dan subsidiari-subsidiari utamanya mempunyai lebih 8,000 kakitangan. Pada tahun 2017, syarikat merealisasikan pendapatan operasi sebanyak 27.832 bilion yuan. Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat-syarikat senaraian adalah sebanyak 1.480 bilion yuan. Ketahui lebih lanjut tentang Huadong Medicine di www.eastchinapharm.com    

1 Data dalam fail. MediBeacon Inc., St. Louis, MO.
2 "Prevalence of chronic kidney disease in China: a cross-sectional survey", Zhang L. et al, Lancet. 3 Mac 2012;379(9818):815-22. doi: 10.1016/S0140-6736(12)60033-6.
3 Siaran Akhbar Bersama, 27 Jun 2018 "The hidden epidemic: Worldwide, over 850 million people suffer from kidney diseases", American Society of Nephrology – ASN (https://www.asn-online.org), ERA-EDTA (http://web.era-edta.org) dan ISN (https://www.theisn.org).

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/772208/MediBeacon_Inc_Logo.jpg

Source: MediBeacon Inc.
Related Stocks:
AMEX:HCHC NYSE:HCHC
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion Joint ventures Venture Capital