omniture

Jumlah jualan Suning.com cecah RMB 184.2 bilion pada separuh pertama, dengan pertumbuhan 21.8%

Suning Holdings Group
2019-08-02 02:04 476

NANJING, China, 2 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pada sebelah petang 30 Julai, Suning.com (002024.SZ), peruncit pintar O2O yang terkemuka China, yang dimiliki oleh Suning Holdings Group, menyiarkan laporan prestasi setengah tahun 2019. Menurut laporan berkenaan, syarikat mencapai pendapatan kendalian pada separuh pertama tahun sebanyak RMB 134.618 bilion, lalu menyaksikan peningkatan sebanyak 21.63% berbanding tahun sebelumnya; jumlah jualan komoditi omnisaluran mencecah RMB 184.215 bilion, meningkat sebanyak 21.80% berbanding tahun sebelumnya manakala pendapatan bersih yang diagihkan kepada pemegang saham mencecah RMB 2.139 bilion.

Suning.com terus meningkatkan kebolehannya untuk memperoleh pelanggan secara dalam talian dan luar talian. Setakat 30 Jun, bilangan ahli berdaftar pada platform runcit Suning.com mencecah 442 juta; Suning.com mempunyai sejumlah 7,503 kedai kendalian sendiri dan francais serta 5,368 kedai Suning Xiaodian (kedai kejiranan) dan Diatiantian.

Pada separuh pertama tahun ini, prestasi keseluruhan bagi pasaran pengguna domestik tidak berubah. Menurut Biro Statistik Kebangsaan, dari bulan Januari hingga Jun, jumlah jualan runcit negara bagi barangan pengguna mencecah RMB 19.5 trilion. Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan menurun sebanyak 1 peratus berbanding tahun sebelumnya, yang mana kadar pertumbuhan jualan runcit dalam talian jatuh dengan ketara sebanyak 8.2%.

Meskipun berlakunya persekitaran pasaran yang lebih lunak, perniagaan dalam talian dan luar talian Suning.com mengekalkan pertumbuhan yang agak pesat, dengan pelancaran berterusan rancangan yang strategik untuk meluaskan susun atur runcit senario-penuh dan semua-kategori.

Setakat akhir Jun, syarikat mempunyai 7,503 kedai kendalian sendiri dan francais. Khususnya dalam pasaran komuniti bandar dan luar bandar, kedai-kedai francais awan runcit Suning Xiaodian dan Suning.com berkembang pesat. Bilangan keseluruhan kedai kendalian sendiri Suning Xiaodian dan Diatiantian mencecah 5,368, manakala kedai-kedai francais awan runcit Suning.com mencecah 5,108, yang membentuk ekosistem penggunaan bersepadu dalam talian dan luar talian yang komprehensif dalam industri runcit domestik.

Dari segi pembinaan rantaian bekalan, bagi menggalakkan keprofesionalan dan operasi yang diperkemas, Suning.com mengumumkan penubuhan lima kumpulan komoditi utama pada awal tahun ini, iaitu Kumpulan Perkakas Rumah, Kumpulan Barangan Elektronik Pengguna, Kumpulan Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG), Kumpulan Gedung Serbaneka Fesyen dan Kumpulan Antarabangsa. Dalam pada itu, syarikat memperoleh 37 kedai Wanda Department Store di seluruh negara dan 80% kepentingan ekuiti dalam Carrefour China, yang akan mengukuhkan keupayaan pembangunan perniagaan gedung serbanekanya dan operasi barangan pengguna bergerak pantas dengan serta merta.

Dalam masa yang sama, Suning.com mewujudkan dan menambah baik mod bekalan perolehan langsung luar negara. Dilaporkan bahawa Suning International mempunyai beberapa gudang rantaian bekalan langsung luar negara di Amerika Syarikat, Australia, Jerman, Jepun serta negara-negara lain dan syarikat akan menyiapkan pembinaan "gudang 15+15" (15 gudang luar negara, 15 gudang domestik) menjelang tahun 2020.

Pada separuh pertama tahun ini, Suning.com terus meningkatkan pelaburan dalam logistik, kewangan, teknologi dan pembinaan kapasiti utama yang lain untuk menyediakan asas kukuh bagi tujuan pertumbuhan sepanjang dekad yang akan datang.

Dari segi infrastruktur logistik, menjelang akhir Jun 2019, jumlah kawasan pergudangan dan kemudahan sokongan berkaitan untuk Suning Logistics dan TTK Express adalah seluas lebih 10 juta meter persegi. Suning.com mempercepatkan pembangunan perniagaan makanan segar dan melabur dalam 46 gudang rantaian sejuk segar yang meliputi 218 bandar. Bagi meningkatkan lagi kapasiti logistik dan perkhidmatan selepas jualan untuk pasaran daerah dan bandar, Suning.com mewujudkan rangkaian perkhidmatan yang komprehensif untuk pengguna dalam pasaran-pasaran berkenaan, menggabungkan segmen pengedaran, pemasangan, penyelenggaraan dan perkhidmatan penghantaran ekspres. Menjelang akhir Jun, sebanyak 950 pusat perkhidmatan peringkat daerah telahpun ditubuhkan.   

Pada separuh pertama tahun tersebut, jumlah perniagaan kewangan pengguna bagi Suning Finance meningkat sebanyak lebih 100% berbanding tahun sebelumnya manakala jumlah perniagaan kewangan rantaian bekalan menyaksikan pertumbuhan 41.3% berbanding tahun sebelumnya. Perniagaan bayaran mudah alih luar talian berkembang pesat manakala bilangan transaksi meningkat 231% berbanding tahun sebelumnya. Semasa tempoh pelaporan, Suning Bank mengekalkan pembangunan yang pesat. Menjelang akhir Jun 2019, jumlah aset Suning Bank meningkat sebanyak 68.20% berbanding pada awal tahun.

Latar Belakang Suning
Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2018, Suning Holdings menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan milik bukan kerajaan di China yang terkemuka dengan pendapatan tahunan mencecah 80.85 bilion USD (557.9 bilion RMB). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentas Industri-industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Sukan, Media & Hiburan dan Pelaburan. Suning.com turut tersenarai dalam Fortune Global 500 bagi tahun 2019. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.suningholdings.com

Source: Suning Holdings Group
Related Stocks:
Shenzhen:002024
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Commerce Retail Supermarkets Earnings Sales reports