omniture

Perkhidmatan Maklumat Jalan Sutera Xinhua: daerah Wangcheng bandar Changsha berjanji wujudkan persekitaran perniagaan paling berkesan di China

Xinhua Silk Road Information Service
2019-08-02 02:11 480

CHANGSHA, China, 2 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Perkhidmatan Maklumat Jalan Sutera Xinhua melaporkan dalam sidang akhbar yang diadakan di Wangcheng pada hari Selasa:

Wangcheng, sebuah daerah di Bandar Changsha dalam bahagian tengah Wilayah Hunan China, berjanji untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang paling berkesan di China dalam sidang akhbar yang diadakan di sini pada hari Selasa.

Sidang akhbar berhubung pembinaan persekitaran perniagaan yang paling berkesan di Wangchang diadakan di Changsha, ibu kota Wilayah Hunan pada hari Selasa.
Sidang akhbar berhubung pembinaan persekitaran perniagaan yang paling berkesan di Wangchang diadakan di Changsha, ibu kota Wilayah Hunan pada hari Selasa.

Daerah Wangcheng kekal komited untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaannya dengan meningkatkan kecekapan pentadbiran, mengurangkan kos perniagaan, menjamin hak dan kepentingan undang-undang, memastikan pelaksanaan dasar dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang jujur serta tulus, menurut Fan Yanbin, ketua kerajaan daerah Wangcheng, dalam sidang akhbar berhubung pembinaan persekitaran perniagaan yang paling berkesan di Wangcheng pada hari Selasa lalu.

Pada separuh pertama tahun ini, kira-kira 2,077 perusahaan baharu bertapak di daerah berkenaan, satu peningkatan sebanyak 11.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Fan.

Difahamkan bahawa pusat perkhidmatan perniagaan (BSC) yang baru dibina di daerah ini menjadi peneraju dalam mengguna pakai perkhidmatan modular di Wilayah Hunan serta menyediakan siri modul profesional yang menumpu pada bidang-bidang seperti hal ehwal undang-undang, kewangan, pencukaian dan industri dalam usaha untuk menyepadukan sumber yang berkualiti tinggi dan menawarkan perkhidmatan berkualiti profesional.

BSC telah membina penghubung antara perusahaan yang bertapak di daerah berkenaan dan menyediakan saluran untuk perusahaan bertukar-tukar maklumat agar dapat mencapai pembangunan yang diselaraskan, kata Mao Tie, pengerusi Golden Dragon Copper Industry. 

Daerah Wangcheng telah berusaha sedaya upaya untuk mengoptimumkan proses dan merendahkan kos dalam pelbagai bidang sebagai usaha untuk membolehkan penduduk tempatan dan entiti pasaran menerima perkhidmatan yang lebih menyenangkan. Di samping itu, daerah ini telah membuka saluran hijau untuk logistik muatan dan berusaha untuk membantu perusahaan menjimatkan perbelanjaan tetap mereka serta mengurangkan kos sara hidup untuk pekerja.

Dengan mengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan di daerah ini, Wangcheng dapat meringankan beban terhadap perusahaan dengan berkesan dan memberi manfaat kepada lebih banyak peserta pasaran pada masa akan datang.

Lihat pautan asal laporan: https://en.imsilkroad.com/industry/p/307348.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190801/2539699-1?lang=0

 

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news