![]() |
Peruncit memperingati 20 tahun menjadikan rekaan hebat boleh diakses kepada semua menerusi Koleksi Ulang Tahun edisi terhad
MINNEAPOLIS, 2 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pada musim luruh ini, Target Corporation (NYSE: TGT) meraikan ulang tahun ke-20 bagi perkongsian pereka pertamanya, satu usaha berani yang terus membezakan peruncit besar ini sebagai penyedia reka bentuk yang bergaya dan berpatutan. Usaha yang dimulakan bersama arkitek terkemuka Michael Graves pada tahun 1999 telah membawa kepada lebih 175 perkongsian pereka sepanjang dua dekad yang lalu. Bagi meraikan pencapaian penting ini, Target membuka arkibnya bagi menawarkan tetamu-tetamu dengan koleksi edisi terhad yang menampilkan 20 perkongsian pereka terdahulunya.
"Target telah mengubah landskap runcit selama-lamanya dengan melakukan sesuatu yang pernah dianggap sebagai mustahil – menawarkan reka bentuk hebat pada harga luar biasa. Ulang tahun ini meraikan kekayaan sejarah rekaan kami dan pelbagai perkongsian yang kami tawarkan kepada tetamu kami sejak 20 tahun yang lalu," kata Mark Tritton, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai pembarangan, Target. "Setiap perkongsian membawa sesuatu yang istimewa dan mengujakan kepada tetamu-tetamu kami dan dengan 20 tahun yang telah berlalu, kami baru saja bermula. Kami berharap dapat membawakan tetamu-tetamu kami dengan rekaan yang lebih luar biasa, menginspirasikan dan berpatutan, lantas dapat mewujudkan keutamaan kepada Target setiap kali dan setiap hari."
Bagi meraikan ulang tahunnya, Target membawa kembali hampir 300 item asal yang ikonik daripada 20 perkongsian pereka terdahulu. Koleksi edisi terhad ini mencakupi pakaian, aksesori, hiasan rumah dan keperluan dapur. Koleksi Ulang Tahun akan disediakan, sementara stok masih ada, pada 14 September di kesemua kedai Target dan Target.com, dengan harga bermula daripada $7 hingga $160. Koleksi dan item pereka berbeza mengikut kedai dan tetamu-tetamu boleh membeli sehingga lima item bagi setiap saiz dan warna. Tetamu-tetamu boleh mengunjungi Target.com sebaik sahaja buku katalog (look book) tersedia untuk merancang perjalanan mereka sewajarnya. Menekankan komitmen Target terhadap keterangkuman, semua pakaian wanita akan menyediakan saiz tambahan. Rakan-rakan kongsi rekaan yang dibawakan dalam Koleksi Ulang Tahun ini ialah:
"Rekaan sentiasa menjadi sebahagian daripada elemen utama Target. Bermula dengan kedai kami dan produk yang kami cipta hinggalah kepada perkongsian yang kami pupuk, tumpuan kami terhadap rekaan yang boleh diakses membezakan Target dan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tetamu-tetamu gemar membeli belah dengan kami," kata Rick Gomez, naib presiden eksekutif, ketua pegawai pemasaran dan digital, Target. "Kempen pemasaran kami akan meraikan sifat inklusif rekaan di Target, termasuk buku dan dokumentari yang menonjolkan kesan Target terhadap industri runcit dan kehidupan tetamu kami dengan menjadikan rekaan hebat boleh diakses kepada semua."
Selain pelancaran Koleksi Ulang Tahun oleh Target, Rizzoli, sebuah syarikat penerbitan yang terkenal dengan himpunan luas buku-bukunya yang indah dan berkualiti tinggi, melancarkan buku yang mencatatkan kekayaan sejarah Target dalam bidang rekaan, menampilkan ulasan daripada pereka dan peminat kolaborasi peruncit berkenaan, boleh didapati pada hari Selasa, 3 September. Target turut mendapatkan bantuan RadicalMedia, rakan kongsi penerbitan, bagi menghasilkan dokumentari yang akan disiarkan pada musim luruh ini, melihat dengan lebih dekat bagaimana pendekatan inovatif Target terhadap rekaan yang berpatutan selama-lamanya mengubah industri runcit. Filem ini memaparkan individu yang memainkan peranan utama dalam kolaborasi peruncit dengan kedua-dua pereka-pereka dan jenama-jenama yang baru muncul dan telah mantap. Maklumat lanjut boleh ditemui di Target.com/abullseyeview. Tetamu-tetamu diundang untuk menyertai perbualan di media sosial menggunakan #Target20.
Latar Belakang Target
Target Corporation (NYSE: TGT) yang berpangkalan di Minneapolis menawarkan perkhidmatan kepada tetamu-tetamu di lebih 1,850 kedai dan di Target.com. Sejak tahun 1946, Target telah memberi 5% daripada keuntungannya kepada komuniti yang hari ini bersamaan dengan berjuta-juta dolar seminggu. Untuk bilangan kedai terkini atau maklumat lanjut, kunjungi Target.com/Pressroom. Untuk tinjauan belakang tabir di Target, kunjungi Target.com/abullseyeview atau ikuti @TargetNews di Twitter.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/954885/Target_XXO_Logo.jpg