![]() |
HYDERABAD, India, 2 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pakar Telekomunikasi yang Disanjungi, Amrita Gangotra menyertai Lembaga Tanla Solutions sebagai Pengarah Bebas berkuat kuasa pada 31 Julai 2019.
Dengan 30 tahun pengalaman, Cik Amrita pernah bekerja dengan syarikat-syarikat Telekomunikasi, FMCG dan IT seperti Airtel, Vodafone, Nestle, HCL Comnet dan Allen Bradley menerusi pelbagai jawatan dalam bidang penyelidikan dan IT. Cik Amrita merupakan kuasa terbukti dalam bidang perkhidmatan Telekomunikasi dan IT.
Sepanjang tempoh bertugas beliau bersama Vodafone, sebagai Pengarah Teknologi Syarikat Kendalian (CTIO), beliau beroperasi dari lokasi-lokasi Antarabangsa di Eropah dan UK serta telah mengusahakan teknologi yang inovatif seperti memperkenalkan rangkaian 4G dan bersiap sedia untuk pengenalan rangkaian 5G yang telah mengubah Industri Telekomunikasi.
Sepanjang tempoh sedekad beliau berkhidmat sebagai Pengarah IT & Ketua Pegawai Maklumat dengan Bharti group, Cik Amrita memainkan peranan penting dalam melancarkan platform teknologi yang disasarkan untuk menjana aliran pendapatan baharu seperti awan, pertukaran media digital, m-dagang (perdagangan mudah alih), m-iklan (pengiklanan mudah alih) serta pengutomatan hujung-ke-hujung bagi pengurusan kitaran hayat pelanggan.
Dengan pengalaman Cik Amrita yang membuahkan hasil dan memenangi anugerah, pengetahuan luas berkenaan transformasi IT dalam sektor Telekomunikasi, FMCG dan ITES, pendedahan antarabangsa dan kepakaran dalam teknologi inovatif seperti 5G untuk Perusahaan, pengautomatan proses perniagaan berasaskan IoT, Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin (ML), beliau akan menjadi peneraju yang terbaik bagi membimbing Tanla Solutions dalam perjalanannya ke arah peluasan global dan pertumbuhan yang dipercepatkan.
Latar Belakang Tanla Solutions:
Tanla memulakan perjalanannya tatkala memasuki alaf baharu bersama sekumpulan kecil pakar pemesejan mudah alih, yang berpangkalan di Hyderabad, India, untuk mencipta perkhidmatan pemesejan bertaraf dunia. Hari ini, Tanla merupakan peneraju global dalam domainnya sebagai salah satu penyedia Komunikasi Awan yang terbesar, mengendalikan lebih 120 bilion komunikasi perniagaan setahun. Tanla menginovasi cara dunia berkomunikasi, terus meninggikan piawaian melalui tahap kelajuan yang dipertingkat, kemudahan dan keringkasan penyelesaian Komunikasi Awan, mengguna pakai teknologi-teknologi canggih bagi memenuhi keperluan bijak pelbagai kumpulan pelanggan, bermula dengan syarikat-syarikat perusahaan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi merentas geografi. Tanla ialah sebuah syarikat awam berhad yang tersenarai dalam bursa saham India utama (NSE: TANLA) (BSE: 532790).
Perhubungan Media:
Imran Mohammad
marketing@tanla.com
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/954773/Tanla_Solutions_Limited_Logo.jpg
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/954760/Amrita_Tanla_Board_of_Directors.jpg