omniture

Saildrone Sempurnakan Pelayaran Tanpa Pemandu Keliling Antartika Pertama

Saildrone Inc.
2019-08-05 22:40 189

BLUFF, New Zealand, 5 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Kenderaan tanpa pemandu di permukaan berukuran 7-meter (23-kaki) panjang, dikuasakan oleh angin yang dikenali sebagai Saildrone, menjadi sistem tanpa pemandu pertama untuk belayar mengelilingi Antartika. Kenderaan tersebut, yang dikenali sebagai SD 1020, dilengkapi dengan suit sensor gred iklim dan data yang dikumpul di perairan yang dahulunya belum pernah diterokai, lalu memberikan pemahaman penting yang baharu tentang lautan dan proses iklim.

Saildrone SD-1020 finishing the first Unmanned Circumnavigation of Antarctica near Bluff, New Zealand. This new type of wind and solar-powered autonomous ocean vehicle designed by Saildrone, Inc. of California is designed to collect valuable scientific data from the harshest oceans around the world and help improve the understanding of our planet.
Saildrone SD-1020 finishing the first Unmanned Circumnavigation of Antarctica near Bluff, New Zealand. This new type of wind and solar-powered autonomous ocean vehicle designed by Saildrone, Inc. of California is designed to collect valuable scientific data from the harshest oceans around the world and help improve the understanding of our planet.

Misi selama 196 hari itu dilancarkan dari Southport di Bluff, New Zealand pada 19 Januari 2019, kembali ke pelabuhan yang sama pada 3 Ogos, selepas berlayar sejauh lebih 22,000 km (13,670 batu) di sekitar Antartika. Semasa melaksanakan misi berkenaan, kenderaan tersebut mampu bertahan daripada suhu beku, 15-meter (50-kaki) ombak, 130 km/j (80 bpj) angin dan perlanggaran dengan aisberg yang sangat besar.

Lautan Selatan memainkan peranan penting dalam mengawal haba dan karbon untuk planet kita. Ia terletak sangat jauh dan tidak sesuai didiami, malah kapal-kapal besar cuba mengelakkannya pada musim sejuk. Akibatnya, kawasan ini sangat kurang dikaji, lantas membiarkan persoalan-persoalan saintifik yang mendesak tidak berjawab. Walau bagaimanapun, Saildrone yang lincah dan tahan lasak bukan sahaja mampu bertahan daripada musim sejuk di Lautan Selatan, tetapi dapat menstrim kembali data baharu yang penting dari wilayah yang dahulunya tidak dikaji. 

Membawa instrumen yang dibangunkan oleh Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA) untuk mengukur fluks karbon, Saildrone merekodkan bukti bahawa Lautan Selatan mengeluarkan karbon dioksida yang signifikan semasa bulan-bulan pada musim sejuk – fakta yang boleh memberi implikasi besar kepada model-model iklim global.

"Keadaan cuaca melampau pada musim sejuk di Lautan Selatan merupakan penerokaan terakhir untuk Saildrone dan dengan selesainya pelayaran mengelilingi Antartika, kini tiada pelosok lautan lain di dunia yang tidak dapat kami ukur," kata Richard Jenkins, pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Saildrone. "Penting agar kami meningkatkan pemahaman yang drastik tentang lautan kita, yang merupakan salah satu pendorong utama iklim kita dan akhirnya, masa depan kita.

Latar Belakang Saildrone 

Saildrone, Inc. ialah penyedia data oseanografi dan atmosfera, dikumpul oleh sekumpulan kenderaan permukaan tanpa pemandu berkuasa angin dan solar yang dikenali sebagai Saildrone. Setiap kenderaan boleh berada di lautan sehingga 12 bulan, menghantar data waktu sebenar sebelum kembali ke pantai bagi tujuan servis dan tentukuran sensor. Kini, Saildrone mempunyai 30 kenderaan yang digunakan di seluruh dunia, di lokasi-lokasi bermula dengan 75°N, di pinggir ais di Artik AS, hingga ke 62°S di Lautan Selatan. Menggunakan kuasa boleh diperbaharui yang bersih, Saildrone memberi akses kepada lautan dunia dengan hanya sebahagian kecil daripada kos kaedah-kaedah berasaskan kapal tradisional.

Pelayaran Mengelilingi Antartika Saildrone 2019 dengan murah hatinya disokong oleh Li Ka Shing Foundation. Misi berkenaan berusaha untuk mendedahkan generasi masa depan tentang perubahan pesat yang berlaku di Antartika. Semua data terkumpul diedarkan tanpa sebarang kos kepada komuniti saintifik global.

Untuk maklumat lanjut tentang misi ini dan rakan kerjasama sains yang mengambil bahagian, kunjungi;

https://www.saildrone.com/news/unmanned-vehicle-completes-antarctica-circumnavigation   

Track of the first Unmanned Circumnavigation of Antarctica completed by Saildrone SD-1020. The 196 day non-stop voyage started and ended in Bluff, New Zealand.
Track of the first Unmanned Circumnavigation of Antarctica completed by Saildrone SD-1020. The 196 day non-stop voyage started and ended in Bluff, New Zealand.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/956149/Saildrone_SD_1020.jpg 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/956148/Saildrone_Unmanned_Circumnavigation_of_Antarctica.jpg

Source: Saildrone Inc.
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Environmental Issues Data Analytics