omniture

XCMG Terus Sokong Pembinaan Infrastruktur BRI

Lebih 330 Keping Peralatan Siapkan Penaiktarafan Struktur Stadium Piala Dunia FIFA 2022
XCMG
2019-08-06 08:24 94

XUZHOU, China, 6 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera pembinaan Cina yang terkemuka XCMG (000425.SZ) melaporkan penyempurnaan kerja-kerja pengubahsuaian pada struktur konkrit 40,000 tempat duduk bagi Stadium Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar. Sejumlah 330 jenis peralatan XCMG berbeza kini disediakan bagi menyokong kerja-kerja penaiktarafan yang sedang berjalan. Projek berkenaan, dilancarkan pada tahun 2016, dianggarkan selesai menjelang akhir tahun 2020.

George Annich, Pengurus Besar AHA, yang mewakili XCMG di Qatar, berkata, "Produk-produk XCMG dapat mencapai matlamat yang ditetapkan oleh pihak penganjur dengan sempurna menerusi kos yang munasabah tanpa bayaran selepas jualan yang mahal. Masa depan pembuatan kini di China."

Berserta projek Stadium Piala Dunia FIFA 2022, XCMG telah mewujudkan operasi yang besar dalam pasaran-pasaran di negara-negara "Jalur dan Jalan" sejak tahun 2013. XCMG menjual kepada 63 negara dan wilayah dalam inisiatif ini dengan ekport menyumbang sebanyak 74 peratus daripada jumlah perdagangan global.

XCMG kini mengendalikan lima usaha sama dan kilang pemasangan di Uzbekistan, Malaysia, Poland dan Kazakhstan, dengan 67 pengedar utama, 72 pusat alat ganti luar negara, lapan syarikat subsidiari, 13 pejabat tempatan, lebih 300 stesen perkhidmatan dan 155 stesen alat ganti di seluruh negara-negara "Jalur dan Jalan".

Untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan dan meluaskan kerjasama dengan negara-negara "Jalur dan Jalan", XCMG merancang untuk menambah dua syarikat pemasaran, empat pejabat perwakilan, sepuluh pengedar utama serta 16 stesen perkhidmatan dan alat ganti.

 "XCMG aktif menyokong projek-projek infrastruktur seperti Stadium Piala Dunia 2022 Qatar di seluruh negara-negara Inisiatif "Jalur dan Jalan". Kami bukan sahaja merebut peluang pembangunan, tetapi juga menekankan tanggungjawab sosial kami dalam membantu pembangunan ekonomi di negara-negara 'Jalur dan Jalan'," ujar Jiansen Liu, Naib Presiden XCMG. 

Pusat alat ganti serantau langsung luar negara pertama XCMG mula beroperasi pada 6 Januari 2018 di Nairobi, Kenya. Perkhidmatannya di Afrika Timur menyumbang kepada pengukuhan perkongsian di rantau berkenaan.

Nigeria, sebagai negara pengeluar minyak No.1 di Afrika, mempunyai purata penggunaan petrol harian mencecah 40 juta liter, namun lebih 80 peratus perlu diimport. Projek kilang penapis Dangote dalam Zon Bebas Lekki berhampiran Lagos telah membeli lebih 1,400 peralatan XCMG berjumlah berjuta-juta dolar sejak tahun 2015; kren perangkak 1,250-tan ialah peralatan paling berat di China yang pernah dieksport.

http://www.xcmg.com

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Construction/Building Transportation