omniture

Apto Global Berkembang di Asia Tenggara dengan risconsulting

Apto Global
2019-08-06 23:15 147

Syarikat Umum Pelanggan-pelanggan Terbaharu International Language Program dan XL Axiata  

NASHVILLE, Tennessee, 6 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Apto Global, platform kemahiran penyesuaian global yang pertama di dunia, mengumumkan pengembangannya ke Asia Tenggara bersama rakan kongsi strategiknya, risconsulting, sebuah pertubuhan pembelajaran yang mengkhusus dalam kemahiran pembangunan kepimpinan. risconsulting akan membantu Apto Global dalam pengembangan aplikasi dalam taliannya serta khidmat runding strategik ke enam negara di Asia Tenggara (SEA) termasuk yang berikut: Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Kemboja. Apto Global turut mengumumkan pemerolehan pelanggan baharunya termasuk International Language Program (ILP), yang menyediakan pengalaman semester di luar negara untuk pelajar-pelajar kolej dan XL Axiata, penyedia perkhidmatan telekomunikasi mudah alih yang berpangkalan di Indonesia. Apto Global akan menyediakan ILP dengan pakej pembelajaran campuran untuk Bahasa Inggeris perniagaan yang dikenali sebagai BEPRO. Syarikat e-pembelajaran ini akan menyediakan perkhidmatan yang disesuaikan untuk XL Axiata bagi memudahkan interaksi silang budaya antara kakitangan.


"Kami telah menyaksikan begitu banyak daya tarikan di Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, menerusi peningkatan pengguna organik sejak pelancaran Apto 2.0 pada Februari lalu," kata Traci Snowden, pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Apto Global. "Organisasi-organisasi berpandangan jauh seperti International Language Program dan XL Axiata bersedia untuk penyelesaian latihan global dunia sebenar bagi mempersiapkan pelajar-pelajar di merata tempat untuk menyesuaikan diri di mana-mana juga.

Platform SaaS Apto Global menyediakan latihan kemahiran bahasa, budaya dan penyesuaian global melalui pengalaman video aksi sebenar yang interaktif bersama penduduk tempatan dalam kehidupan sebenar.

"Apto ialah satu-satunya penyelesaian yang menyediakan kandungan setempat bagi meningkatkan produktiviti kakitangan dalam mempelajari bahasa serta budaya," kata Khrisna Ramadan, pengasas, risconsulting. "Kami teruja untuk membawakan penyelesaian inovatif ini kepada syarikat-syarikat Asia Tenggara dalam industri telekomunikasi, minyak dan gas, perlombongan serta insurans."

Ketahui lebih lanjut di https://www.aptoglobal.com/.

Latar Belakang risconsulting
risconsulting ialah sebuah pertubuhan pembelajaran yang menawarkan khidmat runding, penilaian, pembinaan sahsiah kepimpinan dan kemahiran. Syarikat ditubuhkan pada tahun 2011 dan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin dalam industri komunikasi, minyak dan gas, perlombongan, insurans dan juga utiliti. Kunjungi https://www.ris.co.id/.

Latar Belakang Apto Global
Apto Global ialah platform kemahiran penyesuaian global yang pertama di dunia. Pelajar-pelajar di 135 negara aktif menggunakan Apto Global sebagai persiapan untuk pengembaraan, penempatan semula dan interaksi di seluruh dunia. Apto Global ialah satu-satunya platform pembelajaran berasaskan pengalaman yang menggabungkan latihan untuk budaya dan bahasa dengan pengetahuan tempatan. Syarikat turut bekerjasama dengan Nissan, Mitsubishi, Bridgestone dan Asurion, antara lain. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.aptoglobal.com

Perhubungan Media: 
Julie Lilliston
615-663-2121 
julielilliston@aptoglobal.com 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/799612/Apto_Global.jpg

Source: Apto Global
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Multimedia/Online/Internet Workforce Management/Human Resources Contracts Corporate Expansion