omniture

CLS Alu-alukan Bank Pihak Ketiga Cina Pertama kepada CLS Settlement

CLS
2019-08-07 00:59 131

- CLS alu-alukan China CITIC Bank International Limited kepada perkhidmatan penyelesaian

LONDON dan NEW YORK, 6 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- CLS, kumpulan infrastruktur pasaran yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian, pemprosesan dan penyelesaian data, hari ini mengumumkan bahawa China CITIC Bank International Limited (CNCBI) menjadi bank Cina pertama untuk mengakses CLSSettlement sebagai pelanggan pihak ketiga.

Penambahan terkini CNCBI di Asia Pasifik menandakan pertumbuhan keseluruhan dari segi penyertaan pihak ketiga dalam CLSSettlement di seluruh rantau tersebut. Momentum ini dipacu oleh peningkatan 21% dalam bilangan keseluruhan pihak ketiga (bank serantau/pihak ketiga, dan, institusi kewangan korporat dan bukan bank) selain peningkatan 36% dalam jumlah purata harian kasar yang diselesaikan oleh peserta-peserta pihak ketiga sejak tiga tahun lalu.

Pemacu-pemacu industri yang membawa kepada peningkatan penggunaan CLSSettlement antara pelanggan-pelanggan pihak ketiga di Asia Pasifik termasuk peningkatan kesedaran risiko yang berkaitan dengan penyelesaian FX, keupayaan untuk menunjukkan penerimaan proaktif amalan terbaik global dalam mengurangkan risiko dan mewujudkan kawalan yang lebih kukuh, dorongan untuk meningkatkan kecekapan pengendalian dan mengurangkan kos. Di samping itu, inisiatif-inisiatif industri seperti pengenalan kepada Kod Global FX terus meningkatkan kesedaran terhadap keperluan untuk menerima pakai pendekatan amalan terbaik kepada penyelesaian dan pemprosesan pasca perdagangan antara kesemua peserta pasaran FX.

En Bai Lijun, Pengarah Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif Ganti dan Bendahari, CNCBI, berkata, "Dengan menjadi peserta dalam CLSSettlement, CNCBI menyasarkan untuk mengurangkan risiko penyelesaian, mengurangkan kos pengendalian berkaitan perdagangan FX dan mencipta peluang untuk pengembangan perniagaan dengan membolehkan CNCBI untuk menjalankan lebih banyak perniagaan dengan bilangan rakan niaga yang lebih besar."

Margaret Law, Ketua Pengurusan Pelanggan, Asia Pasifik, CLS menambah, "Meluaskan penyertaan pihak ketiga dalam CLSSettlement merupakan bahagian penting dalam strategi pertumbuhan perniagaan kami di Asia Pasifik. CLS dicipta oleh industri untuk industri dan penambahan CNCBI menunjukkan bahawa pihak ketiga menjadi lebih aktif terlibat dalam mengurus risiko penyelesaian, sebagai sebahagian daripada gerakan yang lebih luas di rantau tersebut ke arah menunjukkan amalan terbaik dan mencapai kecekapan pengendalian dan kecairan. Secara keseluruhan, ini akan membantu membina pasaran FX global yang lebih tangkas."

Latar Belakang CLS 
CLS membantu pelanggan menavigasi pasaran FX yang berubah-ubah – mengurangkan risiko dan mewujudkan kecekapan. Rangkaian luas dan kecerdasan pasaran kami yang mendalam membolehkan pakar-pakar CLS memimpin pembangunan penyelesaian yang seragam untuk masalah pasaran sebenar. Produk-produk kami yang inovatif dan berpandangan jauh menjadikan proses perdagangan lebih pantas, lebih mudah, lebih selamat dan lebih berkesan kos – lalu memperkasa kejayaan pelanggan kami.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/956572/CLS_Logo.jpg

 

Source: CLS
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Joint ventures