omniture

Bitpanda Lancar Bursa Global Setelah Kumpul €43.6 Juta dalam IEO Eropah Paling Berjaya Setakat Ini

Bitpanda
2019-08-08 00:21 220

- Bitpanda kumpul €43.6 juta dengan menjual IEO mereka

- BEST ialah IEO Eropah paling berjaya setakat ini

- Bitpanda Global Exchange ialah produk pertama seluruh dunia dan diwujudkan untuk golongan profesional serta institusi

- Sasarkan untuk jadi bursa Euro terbesar dengan bayaran terendah untuk dagangan fiat-kepada-kripto dalam industri

- Bitpanda akan gunakan dana untuk dorong pengembangan syarikat 

VIENNA, 7 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Bitpanda, teknologi kewangan Vienna yang mempunyai lebih 1 juta pengguna, meraih pencapaian penting: syarikat menjual Tawaran Pertukaran Awal (IEO) pertama mereka untuk token ekosistem mereka sendiri BEST, lantas berjaya mengumpul €43.6 juta. Ini menjadikan BEST sebagai IEO yang paling berjaya di Eropah setakat ini. Hari ini, peluasan teknologi kewangan melancarkan Bitpanda Global Exchange (Bitpanda GE), bursa aset digital untuk pedagang berpengalaman, golongan profesional dan institusi. Produk pertama seluruh dunia daripada Bitpanda itu membolehkan perdagangan kripto-kepada-kripto dibuat di seluruh dunia dan juga perdagangan fiat-kepada-kripto di lebih 54 negara. Ia telah dibangunkan 100% secara dalaman sepanjang dua tahun lalu. Bitpanda GE akan turut menawarkan beberapa bayaran pembuat dan pengambil yang terendah dalam industri.

"Matlamat kami adalah untuk mengukuhkan kedudukan Bitpanda Global Exchange sebagai bursa Euro terbesar dengan bayaran terendah untuk perdagangan fiat-kepada-kripto dalam industri. Bitpanda telah beroperasi sejak tahun 2014 dan mempunyai reputasi cemerlang. Kami dapat memajukan begitu banyak sinergi dan pengalaman," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bitpanda Eric Demuth.

Bitpanda Ecosystem Token (BEST) ialah syiling Bitpanda yang menawarkan pengguna dengan pelbagai manfaat dan faedah istimewa dalam ekosistem syarikat. Sebagai contoh, mereka akan mendapat pengurangan sehingga 25% daripada bayaran perdagangan Bitpanda bermula pada suku keempat 2019 dan akan mendapat akses keutamaan untuk Bitpanda Launchpad akan datang.

Syarikat akan menggunakan €43.6 juta yang dikumpul dengan BEST untuk mendorong pengembangan melangkaui Eropah dan mata wang kripto. Bitpanda terus bekerja keras ke arah dunia kewangan peribadi yang lebih saksama, lebih telus dan boleh diakses dengan mudah.

Latar Belakang Bitpanda  

Bitpanda ialah teknologi kewangan yang berpangkalan di Vienna, Austria yang diasaskan pada tahun 2014 oleh Eric Demuth, Paul Klanschek dan Christian Trummer. Syarikat amat percaya dengan kuasa inovatif mata wang kripto, aset digital dan teknologi rantaian blok. Misi Bitpanda adalah untuk meruntuhkan halangan kepada pelaburan dan membawa produk kewangan tradisional ke abad ke-21. Hari ini, Bitpanda mempunyai kira-kira 1 juta pengguna dan lebih 120 ahli pasukan. Dengan lesen pembekal perkhidmatan pembayaran PSD2, keselamatan canggih dan pengalaman pengguna yang diperkemas, Bitpanda telah berkembang menjadi platform dagangan popular untuk pemula mahupun pakar. Pengguna kini boleh membeli Bitcoin, Etereum, emas dan lebih daripada 20 aset digital lain.

The Bitpanda Global Exchange offers the lowest fees in the industry
The Bitpanda Global Exchange offers the lowest fees in the industry

 

Source: Bitpanda
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Accounting news, issues New products/services Blockchain Financial Technology