omniture

EVERSANA™ buka pejabat di Singapura & Mumbai tatkala perniagaan komersial Asia Pasifik berkembang pesat

EVERSANA
2019-08-08 01:22 193

CHICAGO, 8 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- EVERSANA™, penyedia bebas yang terkemuka bagi perkhidmatan komersial global untuk industri sains hayat, hari ini mengumumkan pengembangan pesat perniagaan Asia Pasifiknya dengan penambahan dua pejabat baharu di Singapura dan Mumbai. Pengumuman ini dibuat ketika syarikat melantik pasukan kepimpinan serantau yang akan ditempatkan di Singapura bagi mendorong pertumbuhan syarikat dan menjamin khidmat pelanggan.

EVERSANA menawarkan platform perkhidmatan komersial yang bersepadu sepenuhnya dan bebas yang diwujudkan untuk menangani cabaran sokongan pesakit, pengedaran, kuasa lapangan, pematuhan dan pemasaran dalam sektor sains hayat. Tatkala pasaran Asia Pasifik berkembang, terdapat peningkatan keperluan terhadap keupayaan penyelesaian global untuk syarikat-syarikat yang beribu pejabat di kawasan tersebut atau menyasarkan untuk berkembang di rantau berkenaan, selain syarikat-syarikat yang beribu pejabat di AS dan Eropah yang berhasrat untuk membawa penyelesaian ke pasaran APAC.

"China dan Jepun kini merupakan pasaran sains hayat kedua dan ketiga terbesar dan dianggap secara meluas sebagai penyumbang penting kepada masa depan perubatan jitu," kata Jim Lang, Ketua Pegawai Eksekutif, EVERSANA. "Kami mengambil maklum bahawa sektor sains hayat global yang berkembang maju memerlukan platform perkhidmatan komersial yang bukan sahaja menambah nilai pada setiap peringkat dalam kitaran hayat produk, tetapi turut memahami kerumitan perniagaan, pematuhan dan budaya yang unik dalam pasaran global kami."

Di seluruh dunia, EVERSANA mempunyai lebih 2,000 kakitangan yang bertugas dari 25 lokasi termasuk pejabat-pejabat di Amerika Utara, Eropah dan Asia. EVERSANA merancang untuk melabur sumber modal yang penting bagi membina jejak serantaunya dan menyokong pembangunan bakat. Syarikat berharap dapat membuka pejabat di Shanghai dan Tokyo menjelang akhir tahun 2019.

"Untuk kami dan pelanggan kami, ia bukan sekadar satu peluang ekonomi, sebaliknya ia merupakan satu kemestian moral untuk membawakan terapi yang mengubah kehidupan kepada pesakit yang berada di rantau ini," tambah Lang.

Latar Belakang EVERSANA™

EVERSANA™ ialah penyedia bebas yang terkemuka bagi perkhidmatan global untuk industri sains hayat. Penyelesaian bersepadu syarikat berakar umbi dalam pengalaman pesakit dan mencakupi semua peringkat dalam kitaran hayat produk bagi memberi nilai berterusan dalam tempoh jangka panjang kepada pesakit, pemberi preskripsi, rakan kongsi saluran dan pembayar. Syarikat menawarkan perkhidmatan kepada lebih 500 organisasi, termasuk syarikat-syarikat baharu yang inovatif dan syarikat-syarikat farmaseutikal yang mantap untuk memajukan penyelesaian sains hayat demi dunia yang lebih sihat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang EVERSANA, layari eversana.com atau berhubung melalui LinkedIn dan Twitter.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/826977/Eversana_Logo.jpg  

Source: EVERSANA
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion