omniture

Pengerusi Perfect World Chi Yufeng: Terokai cara baharu kembangkan industri esukan

Perfect World Co., Ltd.
2019-08-08 22:06 117

SHANGHAI, 8 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- "Persidangan Esukan Global 2019" yang dinantikan ramai bermula di Shanghai pada 3 Ogos lalu. Persidangan tersebut, dipimpin oleh pihak kerajaan, menghimpunkan tokoh-tokoh industri terkemuka bagi membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh industri esukan global, termasuk infrastruktur keseluruhan, pengeluaran dan pengkomersialan, selain titik pertumbuhan baharu untuk industri ini secara keseluruhan.

Chi Yufeng, pengerusi Perfect World Investment & Holding Group, menghadiri acara berkenaan dan menyampaikan ucapan dengan berkata, "Perfect World sentiasa mencari cara baharu antara permainan dan sukan tradisional sebagai titik kemasukan ke dalam dunia esukan. Perniagaan esukan akan menjadi salah satu hala tuju baharu yang paling penting untuk syarikat."

Pengerusi Perfect World Investment & Holding Group Chi Yufeng
Pengerusi Perfect World Investment & Holding Group Chi Yufeng

Esukan, sebuah industri baharu yang semakin meningkat popularitinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mendapat popularitinya bukan sahaja hasil minat awam yang semakin meningkat, tetapi juga kemajuan besar dalam teknologi yang mendorong pembangunan sektor berkenaan. En. Chi percaya bahawa esukan mungkin pada awalnya merupakan derivatif permainan video, namun telah berkembang menjadi bidang serba baharu yang benar-benar berbeza daripada permainan berkenaan. Potensi masa depannya seharusnya dikaji terutamanya dari perspektif sukan.

En. Chi membandingkan NBA dan DOTA2 sebagai contoh untuk menunjukkan bagaimana esukan boleh dibandingkan dengan sukan tradisional dari segi model perniagaan, aspek kompetitif dan tarikan visual, lantas menunjukkan potensi besarnya.

Berhubung trend pembangunan masa depan pula, En. Chi berkata bahawa "5G akan menjadi rangsangan besar untuk esukan, sementara penyepaduannya ke dalam banyak platform akan membuka banyak kemungkinan lain, khususnya sebagai medium untuk menyebarkan budaya Cina ke seluruh dunia."

Perfect World ialah salah sebuah syarikat pertama yang mengendalikan dan mengurus produk dan acara esukan di China. Dengan kejayaan operasi produk-produk esukan yang terkenal termasuk DOTA2 dan Counter-Strike: Global Offensive (CS: GO), dan acara-acara berkaitan, syarikat telah mencipta dan meningkatkan sistem acara 3D miliknya dan mengumpul pengalaman yang beraneka dalam pengurusan perlawanan dunia.

Kejohanan DOTA2 Antarabangsa (International DOTA2 Championships, TI9) semakin hampir, yang akan diadakan di Shanghai pada Ogos ini. Ini merupakan kali pertama perlawanan ini diadakan di China dan ia mempunyai jumlah hadiah terbesar dalam acara esukan tunggal seumpamanya. Perfect World, penyedia perkhidmatan DOTA2 di tanah besar China, akan memanfaatkan kecekapannya untuk membantu mengadakan acara besar-besaran ini.

Persidangan Esukan Global tahunan ialah acara penting di dalam dan luar industri esukan. Persidangan tahun ini bukan sahaja mencetuskan pandangan rintis tentang pembangunan industri esukan global, tetapi turut menganjurkan perasmian Minggu Esukan Shanghai. Ia turut mengumumkan standard untuk pembinaan dan operasi tempat-tempat esukan, berserta dasar-dasar sokongan untuk industri esukan Kawasan Baharu Pudong. Langkah-langkah ini akan membantu mengukuhkan kedudukan Shanghai sebagai "ibu kota esukan" dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190806/2544484-1?lang=0

Source: Perfect World Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications