omniture

Cision® Perkenal Cision Cloud Communications® Generasi Seterusnya, Direka untuk Perkasa Pasukan Komunikasi

Susulan pengambilalihannya yang terbaru, Cision bina teknologi Pengurusan Media Reputasi Wajar yang terkenal dengan generasi akan datang Cision Communications Cloud
Cision
2019-08-09 00:00 642

CHICAGO, 8 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Cision (NYSE: CISN) hari ini mengumumkan generasi akan datang Cision Communications Cloud - platform komunikasi syarikat yang menyampaikan pemantauan dan analitik media reputasi wajar yang terbaik dalam kelas, kempen golongan berpengaruh yang lebih baik dan penyasaran audiens berbayar. Pada bulan Januari, Cision mengumumkan bahawa ia telah memperolehi syarikat baharu TrendKite dan Falcon.io, memberikan syarikat keupayaan tambahan yang inovatif. Pemantauan dan analitik TrendKite yang mantap telah disepadukan dengan kandungan komprehensif Cision, pangkalan data media, pengedaran berita terkini, dan keupayaan atribusi hasil perniagaan. Platform Cision Communications Cloud yang dikemas kini menyampaikan pengalaman pengguna yang dipertingkat, pelaporan yang lebih pintar dan interaktif, dan pelaksanaan kempen yang lebih baik untuk pasukan PR dan komunikasi.

"Ini adalah masa yang menarik untuk Cision kerana kami terus berkembang selepas pengambilalihan baru-baru ini," kata Kevin Akeroyd, Ketua Pegawai Eksekutif Cision. "Dengan mengambil elemen-elemen terbaik dari seluruh portfolio produk kami, kami telah mewujudkan platform pengurusan media reputasi wajar yang inklusif yang membezakan kami dengan yang lain-lain di pasaran. Menurut Tinjauan Minggu Cision/PR 2018, 77% golongan profesional komunikasi merasakan mereka dapat mengukur ROI kerja mereka dengan lebih baik, dan Cision Communications Cloud generasi seterusnya dibina untuk memperkasakan pelaksanaannya. Kami menawarkan aliran kerja hujung-ke-hujung, wawasan masa nyata, dan satu-satunya platform komunikasi yang benar-benar mengukur nilai media reputasi wajar."

Cision® Perkenal Cision Cloud Communications® Generasi Seterusnya, Direka untuk Perkasa Pasukan Komunikasi
Cision® Perkenal Cision Cloud Communications® Generasi Seterusnya, Direka untuk Perkasa Pasukan Komunikasi

 

Cision® Perkenal Cision Cloud Communications® Generasi Seterusnya, Direka untuk Perkasa Pasukan Komunikasi
Cision® Perkenal Cision Cloud Communications® Generasi Seterusnya, Direka untuk Perkasa Pasukan Komunikasi

Dengan Cision Communications Cloud generasi akan datang, pasukan komunikasi kini akan mempunyai keupayaan yang dipertingkat berikut:

Pemantauan dan analitik yang pantas dan fleksibel: Pengambilalihan TrendKite oleh Cision membawakan pemantauan dan analitik media reputasi wajar baharu untuk setiap langkah aliran kerja komunikasi - daripada penemuan golongan berpengaruh kepada pelaporan hasil perniagaan. Fungsi baharu termasuk papan pemuka tanpa had, pemberitahuan masa nyata, pemahaman dikuasakan AI, pengawasan imej, dan pemantauan media sosial.

Penglibatan penonton secara peribadi dan meluas: Cision Communications Cloud mempunyai pangkalan data hubungan terbesar yang tersedia untuk golongan profesional PR, dengan lebih daripada 1.4 juta profil media profesional dan 910 juta profil golongan berpengaruh sosial, boleh dicari berdasarkan minat, kepakaran, dan demografi audiens. Pengedaran siaran akhbar oleh Cision PR Newswire, yang menghasilkan sehingga 2x lalu lintas carian seperti pesaing terdekat kami, integrasi dengan G Suite dan Office 365, dan pengurusan kempen sosial juga tersedia dalam Cloud Communications Cision yang dikemas kini.

Menyepadukan alat media berbayar untuk mendapatkan lebih banyak daripada kempen media reputasi wajar: Dibangunkan berasaskan penyelesaian ID Cision yang terkemuka industri seperti Impact, sebuah penyelesaian hasil perniagaan dan pengukuran ROI, Cision Communications Cloud kini menyampaikan penciptaan, penyasaran dan pengaktifan khalayak tersuai media reputasi wajar termaklum. Cision menyediakan satu-satunya penyelesaian untuk mengukur capaian media reputasi wajar merentasi jutaan penerbitan dalam talian. Pengguna boleh mencipta audiens minat tersuai berdasarkan penglibatan media reputasi wajar untuk pengaktifan penyelesaian MadTech ™ mereka dan mengukur penukaran kempen-kempen ini.

"Ada sebabnya The Brookings Institution bekerja dengan Cision untuk tempoh yang lama sebegini," kata Brennan Hoban, Pengurus Komunikasi The Brookings Institution, pelanggan Cision. "Cision membuat kemajuan dengan keperluan para pelanggan, meningkatkan tahap aliran kerja dan hasil keseluruhan. Mereka mendorong industri ke hadapan, dan kami tidak sabar untuk melihat apa lagi yang tersedia."

Cision Communications Cloud generasi akan datang kini boleh didapati di Amerika Syarikat dan tidak lama lagi akan tersedia di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cision Communications Cloud, sila lawati www.cision.com.

Latar Belakang Cision
Cision Ltd (NYSE: CISN) ialah penyedia global terkemuka perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar kepada profesional perhubungan awam dan komunikasi pemasaran. Perisian Cision membolehkan pengguna untuk mengenal pasti pengaruh utama, mereka dan mengedarkan kandungan strategik, dan mengukur impak yang bermakna. Cision mempunyai lebih 4,000 kakitangan dengan pejabat di 22 negara di seluruh Amerika, EMEA, dan APAC. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatannya yang memenangi anugerah, termasuk Cision Communications Cloud, lawati www.cision.com dan ikuti Cision di Twitter @Cision.

Hubungan Media:
Rebecca Dersh 
Pengurus PR & Media Reputasi Wajar, Cision 
cisionpr@cision.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190807/2545772-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190807/2545772-1-b?lang=0

Source: Cision
Related Stocks:
NYSE:CISN
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service New products/services