omniture

Leicester City Jalin Kerjasama Dengan Xpress Money

Xpress Money
2019-08-09 12:00 261

- Leicester City Football Club dan Xpress Money mengumumkan perkongsian baharu

- Xpress Money akan menjadi Rakan Pemindahan Wang Rasmi Kelab Bola Sepak

- Syarikat ialah salah satu jenama pemindahan wang paling pantas berkembang di dunia

LONDON, 9 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Leicester City Football Club bekerjasama dengan salah satu jenama pemindahan wang yang paling pantas berkembang di dunia - Xpress Money - yang akan menjadi Rakan Pemindahan Wang Rasmi Kelab tersebut.

 

(L-R) Harj Hir, Head of Partnerships at Leicester City along with Club legend Steve Walsh and Sudhesh Giriyan, CEO - Xpress Money at the signing ceremony
(L-R) Harj Hir, Head of Partnerships at Leicester City along with Club legend Steve Walsh and Sudhesh Giriyan, CEO - Xpress Money at the signing ceremony

 

Diperbadankan di United Kingdom pada tahun 1999, Xpress Money, sebuah syarikat Finablr, berkembang pesat sepanjang 19 tahun yang lalu dan terus menyediakan perkhidmatan pemindahan wang yang penting kepada lebih ramai orang.

Xpress Money kini mempunyai kehadiran yang berkembang maju di seluruh dunia menerusi kehadiran geografi di 170 negara termasuk England – yang mana perkhidmatannya membantu menghubungkan ramai ahli daripada komuniti Leicestershire bersama keluarga dan rakan taulan di seluruh dunia.

Wakil-wakil daripada Xpress Money melawat King Power Stadium minggu lalu untuk bertemu dengan legenda Kelab, Steve Walsh, yang mana mereka diberi peluang dengan lawatan di belakang tabir khas ke kemudahan-kemudahan tersebut.

Xpress Money berusaha ke arah matlamat untuk menjadikan pemindahan wang mudah kepada berjuta-juta ekspatriat yang menetap jauh dari tempat asal mereka. Syarikat tersebut dikenali sebagai salah sebuah syarikat pemindahan wang antarabangsa yang paling boleh dipercayai dan mempunyai jaringan sebanyak lebih 200,000 lokasi rakan kongsi di seluruh dunia.

Sudhesh Giriyan, Ketua Eksekutif Xpress Money, berkata: "Minat terhadap bola sepak melangkaui sempadan, bangsa dan etnik dan melalui perkongsian kami dengan Leicester City kami akan menyasarkan untuk memanfaatkan tarikan sejagat terhadap bola sepak untuk memastikan rasa seperti berada di tempat asal terus hidup dalam kalangan berjuta-juta penduduk di serata dunia."

"Industri pengiriman wang sentiasa berada di ambang evolusi dan perkongsian dengan taraf seperti ini dapat memangkinkan rancangan pengembangan kami dan membantu kami berhubung dengan komuniti yang lebih besar. Ringkasnya, mencipta peluang dan menghubungkan komuniti adalah penting untuk perkongsian kami bersama Kelab Bola Sepak tersebut."

Menjelang musim Liga Perdana baharu, acara dan pengalaman eksklusif dirancang untuk pelanggan Xpress Money serta peminat LCFC di serata dunia.

Harj Hir, Ketua Perkongsian di Leicester City, berkata: "Kami berbesar hati untuk menjalin kerjasama dengan salah sebuah syarikat pemindahan wang yang terbesar di dunia. Kami benar-benar tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pasukan Xpress Money dan populariti global kami dapat memberi platform yang sempurna untuk perkongsian tersebut menyediakan beberapa inisiatif yang menarik."

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Xpress Money.

Latar Belakang 'Xpress Money': 

Diperbadankan pada tahun 1999, 'Xpress Money' ialah jenama pemindahan wang global dengan kehadiran yang berkembang maju di lebih 170 negara di seluruh dunia melalui perkongsian yang mempunyai jaringan melebihi 200,000 lokasi. Ia merupakan salah satu jenama pemindahan wang antarabangsa yang paling boleh dipercayai dan terkenal di seluruh dunia. 'Xpress Money' menyediakan pelanggan dengan cara yang mudah, ringkas dan selamat untuk memindahkan wang merentas geografi. Jaringan meluasnya diperkukuh oleh kolaborasi dengan organisasi-organisasi terkenal termasuk pengendali pemindahan wang antarabangsa (IMTO), institusi perbankan dan bukan perbankan, rangkaian runcit, pengusaha pengiriman wang dalam talian dan syarikat teknologi kewangan. Dasar pematuhan dan sekuriti termaju Xpress Money menjamin pelanggan dengan proses pemindahan wang yang selamat dan mudah.

Xpress Money merupakan sebahagian daripada Finablr, platform global untuk penyelesaian Pembayaran dan Tukaran Asing. Dengan pengetahuan kawal selia yang mendalam, kepakaran teknologi dan perkongsian yang utama dalam industri, syarikat-syarikat Finablr menyediakan pelbagai penyelesaian kewangan yang disesuaikan dan dipercayai untuk pengguna dan perniagaan. Dengan capaian global mencakupi lebih 170 negara, syarikat-syarikat Finablr memproses lebih 150 juta transaksi pada tahun 2018, mengurus hampir USD 115 bilion untuk pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di Facebook: www.facebook.com/XpressMoney, Twitter: @Xpress_Money LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/xpress-money-services-ltd/ atau kunjungi www.xpressmoney.com

 

Xpress Money partners with Leicester City as its Official Money Transfer Partner
Xpress Money partners with Leicester City as its Official Money Transfer Partner

 

 

Source: Xpress Money
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Mobile Entertainment Sporting Events Sports Telecommunications Joint ventures Licensing/marketing agreements Financial Technology