omniture

Keajaiban Kejuruteraan MEIL Ubah Impian Telangana Jadi Kenyataan

Megha Engineering Infrastructure Limited (MEIL)
2019-08-12 16:08 197

- Bina Projek Pengairan Angkat Terbesar Dunia: KLIP - Stesen Pam Pakej 8

HYDERABAD, India, 12 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Impian yang telah lama dinantikan oleh Telangana, kawasan tanah kering di India Selatan kini akan berubah menjadi kenyataan. Masalah air penduduk di kawasan ini tidak lama lagi akan berakhir apabila Projek Pengairan Angkat Kaleshwaram (KLIP) bersiap sedia sepenuhnya untuk memulakan operasinya. Peringkat penting Stesen Pam Pakej 8 Projek Pengairan Angkat Kaleshwaram (KLIP) yang berprestij di Ramadugu, kampung Laxmipur di daerah Karimnagar ini akan membolehkan simpanan air dibuat secara langsung di takungan air sepanjang tahun di Jalur Sungai Godavari. Rumah pam yang amat besar ini, dianggap sebagai jantung KLIP, merupakan suatu keajaiban kejuruteraan luar biasa memandangkan ia merupakan stesen pam bawah tanah terbesar di dunia yang dibina 330 meter di bawah permukaan bumi. Ini akan mengubah seluruh rupa bumi Telangana, dengan simpanan air diperkukuh yang disediakan untuk tujuan pengairan, paras air bawah tanah yang dinaikkan dan peluang mata pencarian yang dipertingkat untuk penduduk melalui aktiviti pertanian bersekutu, perikanan, pelancongan dan sebagainya. Rumah pam yang unik ini akan membolehkan pengepaman songsang air Godavari dibuat ke sungai yang sama, dan oleh yang demikian dapat menyegarkan kawasan-kawasan yang sehingga kini masih kering di sepanjang laluan.

MEIL_Package_8
MEIL_Package_8

Ketika menjelaskan tentang Rumah pam bawah tanah pakej 8, En. B. Srinivas Reddy, Pengarah, MEIL, berkata, "Ini merupakan rumah pam bawah tanah yang luar biasa, 330 meter di bawah tanah dengan terowong berkembar dan kolam pusuan yang terbesar di dunia. Ini merupakan satu projek ultra mega di dunia, mempunyai 7 motor, setiap satunya mempunyai kapasiti 139 megawatt. Motor ini dapat mengangkat 2 TMC air setiap hari. Ini merupakan contoh sebenar 'Buatan India' memandangkan Motor-motor gergasi ini dibangunkan di negara ini melalui teknologi pengkomputeran dinamik bendalir (CFD). Ciri paling ketara pada KLIP ialah ia menyiapkan pembinaan infrastruktur elektrik dengan kapasiti 3057 MW yang terdiri daripada enam substesen 400KV dan 220KV, transformer dan 260 kilometer talian transmisi, selain 7 kilometer kabel bawah tanah 400 KV XLPE. Dalam sebarang parameter, projek ini merupakan projek mega yang paling inovatif di dunia. Pujian layak diberikan kepada MEIL kerana dapat menyempurnakan tugas yang amat besar ini."

Struktur dan saiz kerja bawah tanah ini sememangnya sukar dibayangkan. Mengelilingi rumah pam akan dapat mengingatkan seseorang saat berkunjung ke pusat beli belah bawah tanah yang besar dengan berbilang tingkat. Umumnya, rumah pam untuk projek-projek pengairan angkat dibina pada paras tanah berhampiran tebing sungai untuk mengepam air ke satu ketinggian yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, struktur hebat yang unik ini, yang pertama seumpamanya di dunia, dibina di lokasi satu pertiga kilometer di bawah tanah dengan kapasiti pengepaman 2 TMC air sehari.

Gua bawah tanah yang besar telah digali untuk membina rumah pam dan kolam pusuan bagi mengangkat air yang masuk dari bawah tanah. Pam dan motor dibina untuk mengangkat air dari lokasi tersebut. Untuk keajaiban kejuruteraan buatan manusia berdasarkan alasan saintifik dan teknologi ini, 21.6 lakh CuM tanah digali dari 330 meter di bawah permukaan bumi untuk membina rumah pam dengan menggunakan 4.75 lakh meter padu konkrit.

Tidak wujud di mana-mana di dunia gua yang begitu besar dengan saiz kedalaman 140 meter, 25 meter lebar dan 65 meter tinggi. Ruang Perkhidmatan Rumah Pam (PumpHouse Service Bay) terletak 221 meter di bawah tanah manakala ruang pam terletak 190.5 meter, ruang transformer pada 215 meter dan bilik kawalan pada 209 meter masing-masing di bawah permukaan bumi. Rumah pam terdiri daripada terowong berkembar unik yang dibina bersebelahan. Panjang setiap terowong ialah 4,133 meter dan diameternya berukuran 10.5 meter. Memandangkan setiap motor memerlukan 139 MW kuasa untuk beroperasi, transformer pam berkapasiti 160 KVA berserta unit-unit pemampat telah dipasang dengan jayanya.

Aspek paling hebat pada pembinaan bawah tanah ini ialah kolam pusuan dalam rumah pam. Bagi memastikan pengepaman tanpa gangguan, tiga kolam pusuan dibina untuk menyimpan air yang mencukupi. Pembinaan pam turbin pada kedalaman 138 meter di bawah tanah merupakan satu lagi ciri unik projek ini. Setiap pam motor mempunyai berat sekitar 2,376 tan metrik dan seseorang boleh membayangkan betapa besarnya saiz bagi setiap unit pam ini. Atas sebab ini, motor-motor ini dikenali sebagai 'motor Bahubali'.

Megha Engineering Infrastructure Limited (MEIL) dengan 30 tahun kepakaran teknikal yang beraneka dalam kerja-kerja elektromekanik yang sedemikian rumit dan berkualiti tinggi telah melaksanakan projek ini sebagai misi dengan objektif untuk membawa air ke tanah ladang pada waktu yang tepat dan membasahi bumi Telangana.

"Kami berasa bangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada projek impian Telangana dan projek pengairan angkat yang terbesar di dunia, KLIP. "Ia merupakan satu penghormatan dan peluang sekali seumur hidup untuk melaksanakan projek dengan teknologi bertaraf dunia melalui jalinan kerjasama dengan pembekal kejuruteraan yang terbaik di dunia dan merealisasikan impian air Telangana," kata B. Srinivas Reddy, Pengarah, MEIL

The Fact Sheet
https://svrao.wetransfer.com/downloads/5f18db4015ebdccd3de0d595f9802bf520190808050353/83ee61

 

 

 

 

MEIL_Gravity_Canal
MEIL_Gravity_Canal

 

 

Photo: https://mma.prnewswire.com/media/958220/MEIL_Package_8.jpg

Video: https://mma.prnewswire.com/media/958221/MEIL_Package_8.mp4

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/958718/MEIL_Logo.jpg

Photo:  https://mma.prnewswire.com/media/959114/MEIL_Gravity_Canal.jpg 

 

 

Source: Megha Engineering Infrastructure Limited (MEIL)
Keywords: Construction/Building Machinery Utilities Water Utilities New products/services