omniture

HUAWEI CLOUD Dinamakan Antara Penyedia Bekas Awan Awam Global Utama dan Padanan Terbaik untuk Sokongan Awan Hibrid

HUAWEI CLOUD
2019-08-14 18:56 357

SHENZHEN, China, 14 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan bahawa baru-baru ini, Forrester, sebuah firma penyelidikan dan perundingan berwibawa antarabangsa, mengeluarkan laporan The Forrester New Wave™: Public Cloud Enterprise Container Platforms, Q3 2019 (Platform Bekas Perusahaan Awan Awam, Suku Tahun Ketiga 2019). Laporan ini menunjukkan bahawa: Bekas The HUAWEI CLOUD telah memasuki segmen "pelaksana mantap" dan merupakan padanan terbaik untuk firma-firma yang tercari-cari sokongan awan hibrid.

Merupakan padanan terbaik untuk firma-firma yang mencari pengaruh sumber terbuka dan sokongan awan hibrid, Huawei mempunyai pengalaman beraneka dalam menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia. Ia telah membuat sumbangan penting untuk projek-projek sumber terbuka global seperti KubeEdge dan Istio. Tawaran MCP dan awan persendiriannya mendayakan fungsian natif-awan dalam persekitaran awan hibrid.

Menonjol dengan keupayaan sekuriti dan ALM yang tangkas. Huawei menyediakan liputan sekuriti yang luas, seperti pencegahan lepas dan kawalan trafik melalui lapisan-lapisan berbeza. Sokongan Ci/CD dan mikroservis menyelaraskan pembangunan natif-awan.

The Forrester New Wave™: Public Cloud Enterprise Container Platforms, Q3 2019

Komuniti menyumbang: yang pertama di Asia dan ketiga di dunia

HUAWEI CLOUD telah melabur dalam industri natif awan sejak tahun 2015 dan merupakan ahli pengasas dan ahli platinum Cloud Native Computing Foundation (CNCF). Sumbangannya kepada komuniti Kubernetes merupakan yang pertama di Asia dan yang ketiga di dunia. Ia merupakan salah satu kumpulan pertama penyedia perkhidmatan disahkan Kubernetes di dunia.

HUAWEI CLOUD juga mempunyai 10 kerusi Pengekal dalam komuniti Kubernetes dan bertanggungjawab terhadap penjadualan Kubernetes, federasi kluster, rangkaian, seni bina dan ciri sekuriti. Syarikat ini merupakan peneraju bagi teknologi berkaitan dalam komuniti ini.

Penyelesaian Bekas Awan Tindanan Penuh utama dalam Industri

Memanfaatkan sumbangan berterusan Huawei dan pengumpulan dalam domain natif awan selama bertahun-tahun, HUAWEI CLOUD membina penyelesaian bekas awan tindanan penuh yang lengkap berasaskan perkhidmatan infrastruktur bekas. Penyelesaian ini meliputi infrastruktur bekas, pengurusan O&M bekas dan penyelesaian bekas yang khusus untuk industri. Ia menyediakan perkhidmatan bekas awan yang terbaik dan paling tangkas untuk pelanggan.

  • Infrastruktur bekas: Cloud Container Engine (CCE) bekas Kubernetes dan Cloud Container Instance (CCI) bekas Serverless, serta bekas logam terdedah dan bekas GPU yang diperoleh daripada dua perkhidmatan asas menyediakan kluster bekas asas dan juga pengurusan aplikasi.
  • Pengurusan O&M bekas: Satu set sistem O&M bekas hujung-ke-hujung meliputi pengaturan sumber, penghantaran berterusan aplikasi bekas, pengurusan kitaran hayat aplikasi, pengimbasan sekuriti imej dan keupayaan pengawasan O&M rutin. Alatan ini menjadikannya lebih mudah untuk menggunakan bekas dan menjadikan peralihan daripada IT tradisional kepada natif awan dan O&M IT lebih cekap.
  • Penyelesaian industri: Teknologi natif awan disepadukan ke dalam senario perniagaan, seperti genetik, AI dan pengkomputeran pinggir bagi membantu pelanggan mencapai transformasi natif-awan dengan pantas.

Pada masa kini, perkhidmatan tindanan penuh bekas HUAWEI CLOUD digunakan secara meluas dalam Internet, kewangan, maklumat, genetik, permainan dan industri tebus guna daging dan binatang ternakan.

Pilihan Terbaik untuk Bekas Awan Hibrid

Pada 22 Mac 2019, di Persidangan Rakan Kongsi Ekosistem Global Huawei, HUAWEI CLOUD melancarkan Platform Bekas Berbilang Awan (MCP), penyelesaian awan hibrid bekas yang pertama di dunia.

Penyelesaian ini bukan sahaja menyediakan pelanggan dengan keupayaan pengurusan silang awan untuk kluster bekas dan aplikasi natif awan tetapi juga menyediakan pemulihan bencana yang automatik untuk aplikasi silang awan, perkongsian pintar trafik puncak dan operasi dasar berdasarkan kawasan perkhidmatan. Ia menyelesaikan masalah sekat-keluar vendor platform perkhidmatan awan dan merupakan penyelesaian silang awan yang lebih baik.

Bekas Kunpeng Keluaran Pertama Industri

Pada 23 Julai 2019, HUAWEI CLOUD melancarkan bekas Kubernetes Kunpeng dan bekas Severless Kunpeng. Ia merupakan perkhidmatan bekas pertama dalam industri yang menyokong platform Kunpeng Huawei. Bekas-bekas ini menyokong pengurusan hibrid bagi nod-nod X86 dan Kunpeng serta menyediakan keupayaan pengurusan kitaran hayat aplikasi yang berkuasa, menjadikannya lebih mudah untuk memindahkan aplikasi ke platform Kunpeng Huawei. Kelajuan peruntukan bekas adalah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding purata kelajuan industri - sehingga 1000 bekas boleh diperuntukkan sesaat. Kecekapan permintaan penghantaran adalah 50% lebih tinggi berbanding industri manakala keberkesanan kos keseluruhan meningkat sebanyak 30%.

HUAWEI CLOUD akan terus melabur dengan banyak dalam domain natif awan dan berpegang kepada konsep perkhidmatan bertumpu pelanggan untuk terus menyediakan teknologi dan penyelesaian perniagaan yang utama dalam industri dan khusus industri kepada pelanggan di seluruh dunia.

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications