omniture

Bitfinex Dayakan Peringkat Pengesahan Pertengahan

Bitfinex
2019-08-15 00:19 173

ROAD TOWN, Kepulauan Virgin British, 14 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Bitfinex, platform perdagangan aset digital canggih, melancarkan peringkat pengesahan pertengahan sebagai respons kepada permintaan pelanggan yang semakin meningkat terhadap produk, termasuk token natif bursa, UNUS SED LEO.

Langkah ini akan membolehkan pengguna yang tidak disahkan yang tidak mempunyai akaun bank untuk mengesahkan akaun mereka ke peringkat pertengahan dan mendapat akses kepada pelbagai faedah termasuk:

  • Akses kepada UNUS SED LEO, yang melayakkan pemegang mendapat diskaun bayaran untuk token-token lain
  • Kelayakan untuk produk dagangan baharu pada platform tersebut
  • Kapasiti untuk mendeposit dan mengeluarkan syiling stabil seperti Tether (USDt)
  • Deposit kripto yang lebih pantas, dengan pengurangan keperluan pengesahan

Pengguna peringkat pengesahan pertengahan tidak akan mendapat akses kepada deposit dan pengeluaran kawat bank, memandangkan perkhidmatan ini kekal eksklusif untuk pengguna yang disahkan sepenuhnya.

Latar Belakang Bitfinex
Diasaskan pada tahun 2012, Bitfinex ialah platform perdagangan aset digital yang menawarkan perkhidmatan canggih untuk peniaga mata wang digital dan penyedia kecairan global. Sebagai tambahan kepada suit ciri-ciri perdagangan canggih dan alatan carta, Bitfinex menyediakan akses kepada pembiayaan rakan setara, pasaran OTC dan perdagangan margin untuk pemilihan aset digital yang meluas. Strategi Bitfinex memberi tumpuan kepada menyediakan sokongan, alatan dan juga inovasi unggul untuk pedagang profesional dan penyedia kecairan di seluruh dunia. Kunjungi www.bitfinex.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Perhubungan akhbar
Joe Morgan
press@bitfinex.com

Source: Bitfinex
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Blockchain Financial Technology