omniture

42Gears Dinamakan sebagai Berwawasan dalam Magic Quadrant Gartner untuk Alatan Pengurusan Titik Akhir Seragam 2019

42Gears Mobility Systems Private Limited
2019-08-15 12:47 211

FREMONT, California, 15 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- 42Gears Mobility Systems, penyedia penyelesaian Pengurusan Titik Akhir Seragam yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah disenaraikan oleh Gartner, Inc. sebagai Berwawasan (Visionary) dalam Magic Quadrant untuk Alatan Pengurusan Titik Akhir Seragam 2019 dua tahun berturut-turut.

Quadrant_Infographic
Quadrant_Infographic

42Gears telah mengubah tempat kerja digital merentas vertikal, membantu syarikat-syarikat untuk mengurus dan melindungi peranti mudah alih mereka, komputer peribadi dan banyak jenis titik akhir yang lain. Penyelesaian UEM 42Gears menyokong penggunaan berskala luas dan memberi kawalan tahap granular terhadap peranti perniagaan.

Titik akhir seperti mesin POS, pencetak rangkaian dan fon telinga Bluetooth - yang tidak beroperasi pada sistem operasi standard, melalui get laluan IoT yang mengehoskan agen UEM, juga boleh diurus dengan Teknologi Pengurusan Benda (Things Management Technology, TMT). Platform ini turut menyokong Windows Autopilot dan Microsoft Graph API untuk mengurus aplikasi O365 melalui Intune MAM.

Baca laporan di sini.

"Agar diiktiraf sebagai satu-satunya yang Berwawasan dalam Magic Quadrant Gartner untuk Alatan Pengurusan Titik Akhir Seragam 2019, kami percaya bahawa pendekatan kami dapat membantu syarikat-syarikat bukan sahaja untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh mereka pada masa kini tetapi turut memastikan mereka berasa dilindungi pada masa depan tatkala mereka menggunakan teknologi yang lebih baharu," kata Onkar Singh, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 42Gears Mobility Systems. "Inovasi ialah satu cara hidup di 42Gears, semangat yang mendorong segala-gala yang kami lakukan dan motivasi untuk membangunkan produk-produk yang lebih baik. Baru-baru ini kami melancarkan Teknologi Pengurusan Benda yang kami harap akan dapat merevolusikan cara perniagaan melihat pengurusan titik akhir."

Awal tahun ini, 42Gears juga telah diiktiraf sebagai Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights untuk Alatan Pengurusan Titik Akhir Seragam

Tatkala organisasi-organisasi menyedari keperluan untuk membuat perubahan daripada menggunakan kombinasi penyelesaian CMT dan EMM kepada alatan UEM yang komprehensif, 42Gears bersedia untuk mencapai kejayaan dengan platform bertumpu pengguna yang kini dapat membantu mengurus titik akhir yang 'tidak-begitu-pintar' selain telefon pintar, komputer meja, komputer riba, peralatan bimbit tahan lasak dan peranti boleh pakai.

Sumber: Gartner, Magic Quadrant for Unified Endpoint Management Tools, Chris Silva et al., 6 Ogos 2019

Penafian

Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak memberi nasihat kepada pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, dinyatakan atau tersirat, berhubung penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/960070/Quadrant_Infographic.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/517153/42Gears_Mobility_Systems_Logo.jpg

 

 

Source: 42Gears Mobility Systems Private Limited
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Wireless Communications Awards Survey, Polls & Research